As-Salam. Bulan ini amat kritikal di mana masalah jerebu di Malaysia telah mengakibatkan adanya pengistiharan Darurat Jerebu oleh Perdana Menteri Malaysia (telahpun tamat). Malah banyak sekolah-sekolah sekitar Johor, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak telah diarahkan tutup. Ini berikutan indeks pencemaran udara atau IPU melangkau tahap bahaya.

Langkah Keselamatan Ketika Jerebu

Langkah-langkah yang diperkenalkan atau diambil adalah untuk memastikan kesihatan penduduk terjejas dengan kabut asap ini dapat diminimakan. Amalan kesihatan terbaik di kala keadaan ini adalah dengan minum air sebaik-baiknya air 'putih' yang telah dimasak dengan lebih kerap, selain memakai topeng khas, dan elak berada di kawasan luar rumah atau terbuka.

Bagi mereka yang menjalankan kegiatan pertanian, dinasihatkan supaya tidak membuat pembakaran terbuka, manakala aktiviti-aktiviti luar seperti jogging, berbasikal, memancing dan sebagainya hendaklan dihentikan buat sementara.
OhBlogger - Semak IPU - Indeks Pencemaran Udara secara Online

Semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Online

Bagi memudahkan, saya berkongsi cara untuk anda semak kualiti udara indeks pencemaran IPU secara online. Melalui semakan IPU online ini, ia akan detect secara automatik alamat IP dan menyenaraikan kawasan-kawasan dengan stesen semakan IPU yang terdekat.


Jika bermanfaat info ini sila kongsikan kepada yang lain.Sentiasa waspada dengan persekitaran anda.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

avatar
kamilsalleh

Info yang baik dan bagus, sangat bertepatan untuk diguna pakai ketika ini. Sentiasa terkini.

Reply
avatar
kamilsalleh

Kena bayar ke Tuan HH nak pasang IPU ni di blog kita?

Reply

Ehh tidaklah. Hanya masukkan iFrame (yg tidak digalakan untuk SEO) dan kod html laman tersebut.

Reply
avatar
mailey jayley

owhh tQ bro ~ tp kt mne nk pg ek ??

Reply

pegi apa? tu ... terus je dia papar kat dalam kotak tu... :)

Reply
avatar
Hafizah Zainal Abidin

Terima kasih abang HH . Izinkan saya share Asia Air Pollution: Real-time Air Quality Index (AQI) di blog saya . Saya akan letak credit ke blog HH .

Reply
avatar
mailey jayley

owhh mean mai msuk blog abg HH n dia terus papar ek ?? baru Mai tau . . ehee :)

Reply
avatar
Potia Casadelarossa

wah... bagus bangat iframe nya... kalau tak ada sidebar buat full view mesti lawa iframe yg mcmni... tapi terbaik lah info dalam iframe tu.. updated... tak payah nak edit2 lagi...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.