Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Jun, 2013
Ramadan 2017 Promo

101 Platform Syarikat Pengiklanan Blog

As-Salam. Kalau anda baru di dalam dunia blog, mungkin anda akan hanya nampak Adsense, Nuffnang, Innity, Advertlets, Komli ... dan beberapa lagi yang tidak dapat saya sebutkan sebagai platform pengiklanan atau sumber blog untuk menjana pendapatan (income). Tetapi sebenarnya, ada banyak platform pengiklanan akternatif lain yang mungkin anda tidak perasan atau ketahui - malah ada lebih daripada 101 platform pengiklanan atau sumber penjanaan pendapatan blog di Internet.

Anda boleh pilih mana yang boleh memberikan keuntungan lebih atau membayar anda lebih baik daripada yang sedia ada. Dan menariknya, ada di antaranya ini tidak akan menjejaskan langsung status eksklusif anda di platform pengiklanan yang lain - disebabkan cara pengendalian iklan di blog itu dipaparkan dan dibayar.

Senarai Lebih 101 Platform Syarikat Pengiklanan BlogAbsolute Agency (absoluteagency.com)ad pepper media(adpepper.com)adagency1AdBriteAdconian (adconion.com)AdDynamix (addynamix.com)ADEngage (adengage.com)AdFish (a…

Bukan Semua Orang Faham

As-Salam. Lawak betul la, lain yang saya tulis lain pula pemahaman dia. Saya sering terlupa, apabila menulis entri blog kena ambil kira banyak aspek, apatah lagi andai blog anda untuk pembacaan umum. Antara aspek paling penting ialah tahap pemahaman dan latar pendidikan seseorang pembaca, oh ya, jantina pun harus diambil kira.
Bukan Semua Orang Faham Kadangkala apabila kita menulis sesuatu, kita merasakan pembaca akan faham apa yang kita tulis, apa yang kita sampaikan - tapi saya terutamanya sering terlupa, dalam menulis tiada tanda intonasi dan corak pembacaan juga berbeza. Saya pernah menulis mengenai perkara ini satu ketika dahulu, yang mana menekankan pengolahan ayat untuk membolehkan pengunjung membaca dan memahami cara isi kandungan disampaikan. Tapi kini, nampaknya sindrom 'Aku Tulis Aku Sorang Je Faham' dah terjadi pada diri saya sekali lagi!

Maaf. Apabila dah merasakan macam ramai baca blog, dan komen-komen pula dah jadi kurang, maka saya anggap bahawa semua orang dah…

3 Laman Ping Aggregator Terbaru Malaysia

3 Laman Ping Aggregator Terbaru Malaysia. Ramai blogger yang telah mendapat manfaat daripada servis dan khidmat yang diberikan oleh laman-laman ping aggregator. Antara yang popular ialah Ping Busuk, OHBelog, Gua Blog, Blogged.my serta Apesal. Sebenarnya ada banyak lagi laman ping aggregator yang boleh memberikan trafik ke blog. In Sha Allah, entri ini akan menyenaraikan lagi 3 laman ping aggregator yang boleh disifatkan sebagai baru di kalangan blogger Malaysia.
3 Laman Ping Aggregator Terbaru 2013 MalaysiaCariMember.com
Anda boleh ping entri blog anda dengan pendaftaran mudah menggunakan Facebook, atau masukkan butiran pendaftaran seperti yang diminta. Ada juga ruangan forum dan ruangan video yang agak menarik untuk anda lihat, selain ruangan muzik yang boleh anda dengar.
Tinjau.net
Ping boleh dilakukan secara automatik. Antara perkara paling menarik ialah, entri-entri blog anda juga kan diping ke 3 buah laman Facebook berasingan. Pendaftaran adalah percuma, dan anda boleh login meng…

Video Cara Duduk di Hadapan Komputer Atau Laptop Buat Semua

As-Salam. Saya nak kongsikan satu video informatif ini. Melihat sahaja video ini sudah memberikan gambaran mengenai cara duduk yang betul bila menggunakan komputer dan juga laptop. Jika anda tidak duduk dengan baik dan betul tatkala menggunakan komputer serta laptop, anda mungkin menghadapi dan mengalamai sakit belakang, sakit bahu dan lemah badan.

Jadi, seperti saya, seperti anda yang luangkan lebih banyak masa di hadapan komputer mahupun laptop, barangkali video ini adalah sangat membantu buat anda. Cuba lihat dari mula sampai habis, dan manfaatkan apa yang anda tahu dan pelajari ini supaya anda kekal sihat di hadapan komputer. Meh tengok video ini, dan cuba manfaatkan apa yang disampaikan.
Video Cara Duduk di Hadapan Komputer Atau Lapto

Harapnya semua dah dapat manfaat, maka bolehlah dikongsikan kepada yang lain ehhh? Jangan kedekut ilmu tau.


Canada Lubok Duit Adsense

As-Salam. Kalau anda ada akaun Adsense, maka pandai-pandailah anda cari apa yang orang Kanada suka baca. Jika blog dah lengkap SEO (Search Engine Optimization), maka buatlah entri mengenai perkara-perkara yang disukai oleh rakyat Kanada. Mengapa? Nanti saya huraikan ...

Pertama sekali ialah, orang Kanada menggunakan Dollar Kanada (Canadian Dollar) yang nilainya adalah 6 kali ganda lebih tinggi dari nilai Ringgit Malaysia. Iklan yang mereka bayar untuk Adsense juga dalam Dollar Kanada. Katakan mereka bayar untuk iklan Adsense terpapar sebanyak CAD0.02 jadi dalam matawang Ringgit Malaysia bersamaan MYR0.06. Banyakk tu.

Bila matawang ini tinggi, maka .... perolehan untuk blog anda yang paparkan iklan Adsense sangat cerah untuk mendapat pendapatan berganda-ganda dalam nilai yang diberikan oleh pengiklan. Itu belum lagi bonus jika iklan terpapar diklik oleh pengunjung blog... lagi masyuk.

Sebagai contoh, anda cerita mengenai keindahan negara Kanada, maka dengan sendirinya iklan-iklan Adsen…

Cara Keluarkan Pendapatan (Earnings) Nuffnang

As-Salam. Ada rakan blogger yang masih blur bagaimana nak keluarkan duit pendapatan menerusi pengiklanan Nuffnang. Ok, saya akan cuba berikan langkah untuk anda faham dan ketahui cara untuk cash-out pendapatan pengiklanan dari akaun Nuffnang anda.
Cara Keluarkan Pendapatan (Earnings) Dari Nuffnang Sebelum itu, anda harus ketahui bahawa had minima untuk membolehkan anda mengeluarkan wang pendapatan pengiklanan dari Nuffnang adalah sebanyak RM50, dan anda perlu membuat permohonan kepada pihak Nuffnang bagi membolehkan pendapatan itu dikeluarkan dalam bentuk cek. Setakat ini, hanya cek sahaja saluran untuk anda keluarkan duit pendapatan Nuffnang.

Perkara kedua yang perlu anda ambil perhatian ialah anda mestilah mengisi butiran diri anda dengan lengkap sebelum anda boleh cash-out. Butiran yang saya maksudkan itu ialah nama sebenar, alamat, poskod juga email anda, contohnya nama - perlu masukkan seperti ini - Aminah Binti Jamil. Jangan jadi seperti saya satu ketika dahulu apabila pengeluar…

Sesuaikah Perkahwinan Sesama Blogger?

As-Salam. Saja bangkitkan topik ini - Sesuaikah perkahwinan sesama blogger? Hehehe ... macam isu hangat la pulak, tapi tak ada menda pun, cuma sekadar untuk difikirkan sahaja. Manalah tahu kot-kot ada insan yang sedang mencari, dan mahu mendapatkan pandangan orang lain. Saya pasti ramai juga blogger yang berkahwin sesama blogger ni - samada berkahwin sebelum tahu masing-masing ada blog, atau memang mengetaui masing-masing ada blog.
Sudut Positif Berkahwin Dengan Blogger Dari sudut pandangan positif, perkahwinan sesama blogger akan mencambahkan kreativiti, apatah lagi andai si suami dan isteri tersebut punyai niche atau tema blog yang serba berlainan. Mungkin, sorang berblog mengenai perihal kehidupannya sebagai seorang model majalah atau pakaian muslimah, dan si suami berblog menceritakan mengenai kegiatan dan hobi dalam bidang fotografi. Boleh saling bantu menaikkan jenama blog masing-masing, dan boleh sama-sama dikenali dalam dunia blog.

Ada suami isteri berblog kerana mahu mencari …

Ping Busuk Larang 6 Jenis Blog

As-Salam. Busuk.org atau Ping Busuk memang dikenali di kalangan blogger Malaysia sebagai tempat untuk ping entri blog ke hampir 70 ribu ahli, terdiri dari kalangan blogger Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia meliputi lebih daripada 4400 blog yang menggunakan perkhidmatan Busuk Ping, samada menerusi autoping mahupun widget trafik blog.

Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa perkhidmatan Busuk Ping atau Ping Busuk.org mempunyai larangan tertentu. Saya tak pasti samada sistem larangan ini bersifat automatik atau manual. Maksud saya, samada sistem dalam Busuk.org menggunakan sistem automatik kesan blog yang tidak sepatutnya atau ia adalah sistem manual di mana admin Busuk.org yang akan memantau dan menyekat.

Apapun, saya sangat suka dengan prinsip bahawa Busuk Ping bukan tempat semudah-mudahnya untuk semua blog. Bukan apa, pernah berlaku di mana ada blog berunsur lucah melampau terlepas pandang oleh admin dan menggunakan perkhidmatan Busuk.org ini.

6 Jenis Blog Dilarang Menggunakan Khidm…

Fenomena Supermoon - Perigee - Malam Nisfu Syaaban June 2013

Fenomena Supermoon - Perigee - Malam Nisfu Syaaban June 2013 - Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.


Kredit: Falak Online - ShahGazer

Supermoon 23 June 2013 All Over The World Kredit: Stephen Rahn, Northwest Georgia June 22, 2013




10 Kelebihan Guna NRelate

As-Salam. Salah satu cara untuk buat pengunjung melekat membaca entri-entri dalam blog adalah dengan memasang widget pautan dalaman untuk entri-entri lama dan baharu yang berkaitan. Salah satu cara yang selalu atau ramai blogger Malaysia buat ialah dengan memasang Linkwithin. Namun, ada banyak lagi widget seumpama Linkwithin yang boleh dijadikan alternatif untuk blog anda.

Salah satu yang saya suka guna dalam blog-blog saya ialah NRelate. Mengapa saya pilih NRelate berbanding widget lain seperti Linkwithin atau Outbrain? In Sha Allah, saya akan kongsikan sedikit pengetahuan mengenai penggunaan NRelate untuk blog kepada anda semua.
10 Kelebihan Menggunakan NRelate Anda boleh ubahsuai penampilan NRelate mengikut kesesuaian blog anda, ada beberapa pemilihan tema yang boleh anda pilih, dan salah satunya menyerupai Linkwithin.NRelate membolehkan anda untuk memilih samada menyediakan link text sahaja, atau link text berserta imej.Entri blog yang tiada imej, akan diberikan pilihan untuk memil…

Widget Top Komentator Dengan Avatar

As-Salam. Salah satu cara untuk pikat pengunjung blog anda meninggalkan komen ialah dengan meletakkan widget komen terbanyak dengan paparan avatar menarik. Widget ini sedikit sebanyak akan membuatkan pengunjung blog anda terasa mahu meninggalkan komen supaya wajah dan juga backlink mudah boleh dilakukan.

Tentu si pengunjung terasa seronok bila avatar wajah cun kacak mereka terpapar di halaman blog anda, siap dengan jumlah komen yang dah diberikan. Bangga. Hidung kembang kempis depan komputer kerana jumlah komen mendahului orang lain .. hinsshhh ...hinsshhh .. hehehee....
Widget Top Komentator Dengan Avatar Dan menerusi widget ini juga, pengunjung lain boleh juga kenal-kenal dengan pemberi komen yang lain. Siapa avatar dia nampak menarik, kacak dan cun ada kemungkinan besar akan dikenali, dan mungkin mendapat trafik daripada widget ini. Tengok contoh yang diberikan ini:
Ok, cara nak pasang widget ini dalam blog, boleh anda lakukan dengan salin kod HTML diberikan ini, mengikut pilihan a…

Foto Jerebu di Malaysia Jun 2013

Jerebu di Malaysia Jun 2013 - Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.








Kredit: Yahoo Images


Bloggers.com Untuk Dijual!

As-Salam. Setelah bertahun-tahun, akhirnya web agregator bloggers.com yang digunakan sedunia bloggers akhirnya untuk dijual. Sebab ianya dibuka untuk jualan tidaklah diketahui, tetapi agak malang kerana segala perkhidmatan terbaik sudah tidak dapat diberikan lagi.

Saya merupakan ahli kepada Bloggers.com ini, dan sudah hampir dekat 4 tahun rasanya blog saya berada di dalam bloggers.com. Dari segi kedudukan trafik, Bloggers.com memang ada ranking trafik yang amat baik.
Bloggers.com Untuk Dijual!



Resepi Untuk Blog Terus Konsisten Dengan Pembaca

As-Salam. Ohh memang saya pernah terfikir untuk berhenti berblog, malah saya pernah buat pun. Saya pernah berhenti berblog satu masa dahulu ... time tu saya ada 4-5 running blog. Tak padam, cuma saya tak buat entri baru ... so dok biar je. Lama gak la saya tak login blogspot, sampaikan saya leh terlupa kata laluan. Siyes .. masa tu semangat blogging tak macam sekarang ni.

Yeah... itu kisah silam, kisah yang ada suka dan duka. Bila dah rasa macam batu dalam dunia blog ... boring la kan. Dulu, buat blog tak minta pun orang follow ... tak minta pun orang komen, malah kalau ada orang komen pun .. tak wat apa2 ..diam je. Baca pun tak ....

Ini realiti saya sebagai seorang penulis blog. Masa tu, saya tulis blog tak macam sekarang. Dulu, saya ada kerja dan pendapatan tetap, tetapi kini tak lagi. Malah, boleh dianggap, saya cari makan dengan blog.
Kerana itulah, sejak ada blog ini - www.hasrulhassan.com ini, saya tak leh remehkan mereka yang jenguk sini, yang baca entri2 dalam blog, yang tin…

8 Ciri-ciri Blog Yang Nampak Pro

As-Salam. Aha... sebelum ini saya ada terbaca di satu blog tu tentang ciri-ciri blog profesional. Tapi saya dah lupa kat blog mana - erkk leh gitu? Hmm siyes .... saya tak ingat blog sapa ... tapi itu sebelum berlakunya insiden blogger.com tak leh masuk, saya fikir maybe entri tu dah hilang kot. Yelah .. pihak blogger ada kata yang ada (mungkin) entri2 terbaru yang hilang.
Hmmm hilang ... uhhh ... saya ada buat 6 entri pada hari yang dikatakan tu. Hmmm sapa yang selalu jenguk blog saya tentu tahu entri apa yang hilang ... tahu tak? Takper .. tunggu je ... mana tahu dia terbit balik nanti. Kalu hilang, saya akan publish balik .. tak ada hal, sebab entri2 tu semua entri2 bergambar, so tak susah sangat saya nak ingat balik. 
8 Ciri-Ciri Blog Yang Nampak Profesional Layout kemas dan terdiri paling maksimum dengan 2-3 kolum, Satu kolum entri, satu kolum sidebar dengan dipecahkan jadi 2 bahagian kolum kecil.Warna blog nampak skema - warna yang biasa digunakan ialah putih, hitam, kelabu atau…

Semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Online

As-Salam. Bulan ini amat kritikal di mana masalah jerebu di Malaysia telah mengakibatkan adanya pengistiharan Darurat Jerebu oleh Perdana Menteri Malaysia (telahpun tamat). Malah banyak sekolah-sekolah sekitar Johor, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak telah diarahkan tutup. Ini berikutan indeks pencemaran udara atau IPU melangkau tahap bahaya.
Langkah Keselamatan Ketika Jerebu Langkah-langkah yang diperkenalkan atau diambil adalah untuk memastikan kesihatan penduduk terjejas dengan kabut asap ini dapat diminimakan. Amalan kesihatan terbaik di kala keadaan ini adalah dengan minum air sebaik-baiknya air 'putih' yang telah dimasak dengan lebih kerap, selain memakai topeng khas, dan elak berada di kawasan luar rumah atau terbuka.

Bagi mereka yang menjalankan kegiatan pertanian, dinasihatkan supaya tidak membuat pembakaran terbuka, manakala aktiviti-aktiviti luar seperti jogging, berbasikal, memancing dan sebagainya hendaklan dihentikan buat sementara…

Obefiend Blog Serius dalam What D'Tech

As-Salam. Pasti ramai kenal dengan pemilik Blog Serius - Obefiend yang juga salah seorang orang kuak lentang ... errkk kuat di Amanz Network. Kekacakan Obefiend memang tidak dinafikan kerana blognya dah menjangkau lebih 100 juta pageviews, yang pasti ramai blogger Malaysia sukar nak lawan -  tapi lawan tetap lawan .... hasrulhassan.com nak lawan, boleh?

Obefiend Blog Serius dalam What D'Tech Nak cerita, nak kongsi, mamat Obefiend ni dah muncul dalam video la pulak, muka kacak serius sangat menyerlah. Obefiend muncul dalam video YouTube saluran DiGi Communications, dalam siri What D'Tech. Aha, tak pernah tengok ke lagi? Tak mengapa, saya akan kongsikan kepada anda.

Oh ya, What D'Tech bukan cerita merapu, bukan cerita LOL, tetapi cerita informasi mengenai gajet, yang mungkin seorang blogger seperti saya dan anda patut tonton. Ia sudah pun mencapai episod kelima - kalau tak silap sayalah. Meh .. dan jom saksikan, opsss sebelum tu ... kalau anda ada facebook, bolehlah masukkan…

Presiden Indonesia Minta Maaf Pada Malaysia

As-Salam. Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, meminta maaf kepada pihak kerajaan Malaysia dan Singapura berikutan masalah jerebu yang melanda sehingga menjejaskan kualiti udara di kedua-dua buah negara. Jerebu atau kabut asap yang berlaku dikatakan akibat daripada kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.
Presiden Indonesia Minta Maaf Pada Malaysia
Berikut adalah kenyataan yang dipetik daripada pejabat Presiden Indonesia.

"Atas apa yang terjadi ini saya selaku Presiden Republik Indonesia meminta maaf dan meminta pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia. Tentu tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi ini. Dan kami bertanggung jawab untuk terus mengatasi apa yang sedang kami laksanakan sekarang ini. Dengan pengertian ini saya berharap kita akan fokus untuk mengatasi ini semua," - Presiden Yudhoyono.
Presiden Indonesia itu juga berasa kesal kerana terdapat kenyataan-kenyataan daripada pihak media dan pejabat Indonesia yang menyalahkan …

Hina Islam - Tindakan Perlu Lebih Tegas Dari Hina Agong

As-Salam. Saya bukan mahu menyemarakkan api kebencian, tetapi mahu keadilan dicanang sebaik mungkin. Saya bukan ahli politik, bukan juga ustaz, bukan juga pihak keselamatan negara, saya hanya rakyat biasa yang sedang 'bahagia' duduk di negara Malaysia tercinta.

Tidak. Saya tidak mahu kaum membenci sesama sendiri, tetapi setiap kaum perlu hormat dan tahu batasnya. Ini bukan kes baru, malah sebelum ini juga dah banyak kali berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya - terutama dalam laman media sosial yang penggunanya hampir 13 juta orang di Malaysia.

Masih ingatkah lagi dengan Hajjah Sitt Al-Wuzara? Insan yang didakwa menghina Islam di laman sosial semahu-mahunya.

Terkini, terbongkar lagi seorang yang juga menghina Islam dalam media sosial.
Sally Yen Hina Islam Hina Islam - Tindakan Perlu Lebih Tegas Dari Hina Agong Saya pasti pengguna akaun ini menggunakan nama samaran, malah gambar juga dikatakan palsu memandangkan komen yang ditinggalkan agak berniat jahat dan penuh kata …

Top 5 Saluran YouTube Malaysia

As-Salam. Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa ada saluran khas terbitan pengeluar Malaysia di YouTube, ia dikendalikan oleh YouTube Malaysia salah satu cabang dalam Google Malaysia. Saluran khas itu semakin mendapat sambutan daripada pengeluar-pengeluar filem pendek dan juga penerbit di Malaysia. Ia merupakan salah satu tempat di mana filem, cereka, animasi, video adalah berteraskan atau berkonsepkan budaya Malaysia.

Di sini, saya kongsikan beberapa saluran terbaik dan mempunyai pelanggan (subscriber) tertinggi di YouTube Malaysia.
Top 5 Saluran YouTube Malaysia Saluran Astro Gempak - 300,500 + pelanggan Saluran Jinnyboytv - 210,000 + pelanggan
Saluran Namewee - 204,000 + pelanggan
Saluran Les' Copaque - 120,000 + pelanggan Saluran Najwa Latif - 89,000 + pelanggan
Manakala saluran-saluran lain yang popular adalah Persekutuan Badminton Dunia (BWF), rancangan berasaskan pendidikan bahasa Inggeris terbitan Astro iaitu Oh My English, KRU Studios dan Animosta Studios yang mener…

Tatacara Dapatkan Kembali Akaun Google

As-Salam. Ada rakan blogger telah tersilap langkah dalam memasukkan data peribadi mengenai tarikh lahir, akibatnya, dia tak boleh akses ke perkhidmatan Google, termasuklah blogspot (blogger.com) yang mana hanya mereka berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan memiliki blog (kalau tak silap). Kerana kesilapan ini, blog yang dibuat bertahun dengan entri sudah bertingkat 'hilang' dan blog dipadamkan dari dunia blog.

Apa boleh buat, perkara nak jadi, nasi yang tadi dah boleh enak disuap masuk mulut, rupanya dah jadi bubur. Tapi tak mengapa, ia bukan satu kesudahan terakhir, nasi yang jadi bubur masih lagi boleh dimakan selagi ianya tidak basi.

Di sini, saya nak kongsikan kepada anda, seandainya berlaku masalah seperti yang disebutkan di atas, maka cepat-cepatlah anda membuat tindakan susulan dengan hubungi pihak Google.
Tatacara Dapatkan Kembali Akaun Google Selalunya, pihak Google akan menghubungi anda menerusi email seandainya terdapat kesilapan dalam memasukkan data peribadi …