As-Salam. Blogger perlu jadi kaya, andai tidak kaya ... maka entri-entri yang dihasilkan pasti tidak akan berjaya. Mesti jadi kaya supaya blog akan sering menerima trafik. Blogger perlu jadi kaya, agar setiap entri yang dihasilkan adalah entri berkualiti dan padat informasi.

Mengapa blogger Malaysia perlu jadi kaya?

7 Jenis Kaya Blogger Malaysia Patut Ada dan Kenapa


  1. Blogger Malaysia perlu kaya dengan ilmu, sebab untuk membolehkan sesebuah blog itu mantap, kena ada ilmu mengenai blog. Anda boleh buat blog, tetapi untuk buat blog yang berjaya mesti perlu ilmu.
  2. Blogger Malaysia perlu kaya dengan pengalaman, sebab dengan pengalaman, anda boleh cerita pelbagai perkara dalam hidup yang boleh dikongsikan dengan pengunjung dan pembaca blog anda. Dengan pengalaman anda yang pelbagai, anda akan menerima pelbagai kategori pembaca dalam blog anda.
  3. Blogger Malaysia perlu kaya dengan budi bahasa, sebab jika anda seorang blogger yang perlekehkan budi bahasa, dan kurang praktikkan dalam penulisan blog anda, nescaya satu hari nanti .... blog anda akan dikenang orang sebagai blog yang tiada budi bahasa, dan ini merupakan tanggapan buruk kepada diri anda, dan boleh membawa 'saham' yang tidak baik di kemudian hari.
  4. Blogger Malaysia perlu kaya atau punyai ramai rakan-rakan blogger yang lain, kerana melalui rakan-rakan blogger inilah yang akan bantu blog anda untuk terus berkembang dan dikenali. Saling bantu antara rakan blogger akan membolehkan blog diterima baik dalam komuniti blogger.
  5. Blogger Malaysia perlu kaya idea, kerana dengan idea ini akan membolehkan blog anda sentiasa punyai kelainan, dan ini sangat bagus supaya ia tidak nampak kelam dan kusam. Mesti ada anjakan paradigma atau perubahan tertentu.
  6. Blogger Malaysia perlu kaya dengan pendapat, kerana pendapat itu menjadikan anda sebagai seorang blogger yang matang berfikir. Anda perlu melihat sesuatu dalam perspektif yang lebih meluas, kerana corak anda bercerita dengan corak orang yang membaca blog anda adalah berlainan. Apabila anda kaya dengan pendapat bernas, maka pengunjung boleh terima pendapat anda, dan mungkin akan menjadi pembaca setia blog anda.
  7. Blogger Malaysia perlu kaya dengan ........ pendapatan sampingan. Ya, kena dapatkan pendapatan sampingan menerusi blog anda untuk sokong apa jua yang dibuat menerusi blog, kalau tiada pendapatan yang baik, maka susah sikitlah anda mahu buat giveaway atau kontes.

Ok... itu adalah beberapa jenis kaya yang patut blogger Malaysia miliki. Tak semua boleh dicapai, tetapi tidak mustahil untuk dicapai.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kaya dengan pendapatan sampingan..yeay

    BalasPadam
  2. Bila kaya, mesti disedekahkan sedikit idea, pendapat, masa, selain dari wang. :)

    BalasPadam
  3. nice sharing but pendapatan sampingan tu belum capai target lagi...huhu

    BalasPadam
  4. nak jadi kaya ,tapi belum masanya..masih mencari ruang kekayaan utk semua benda..pastu da kaya nak disedekahkan supaya bertambah kaya lagi ..hehe

    BalasPadam
  5. Setuju dengan pendapat HH; untuk menjayakan sesuatu walau dalam apa hal sekalipun kita perlu mengisi diri dengan ilmu. Tak adalah terkedu@terpinga2 jika orang bertanyakan sesuatu.

    BalasPadam
  6. yup...Blogger Malaysia perlu kaya idea, itu saya setuju tanpa idea yang menarik dan unik blog tak ubah macam suam2 kuku

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement