Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Mei, 2013
Ramadan 2017 Promo

Tiru Sistem, Kaedah, Petua Blogger Berjaya

As-Salam. Masih ingat dengan konsep MESTI iaitu Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan dan Impian jelas? Kalau belum, boleh baca di sini - M.E.S.T.I. Saya dah ulas dan berikan kepada anda apa yang dimaksudkan dengan Mentor dan Elmu (Emosi dan Ilmu) sebagai panduan untuk menjadi blogger berjaya, dan kali ini saya mahu ulas dan singkap apa pula Sistem - perkara yang penting bagi seorang blogger baru dikenali dalam dunia blog Malaysia.

Kenapa perlu Mentor? Baca di sini (klik)
Apa itu Elmu? Baca di sini (klik)

Tiru Sistem, Kaedah, Petua Blogger Berjaya Sistem adalah merupakan sesuatu panduan yang diberikan atau langkah mahupun kaedah yang diberikan oleh blogger-blogger berjaya yang perlu anda ikut. Sistem ini merupakan sistem terbukti yang telah mereka praktikkan. Kalau mereka boleh berjaya dengan sistem yang mereka gunakan, mengapa tidak anda? Jadi, anda sebagai seorang blogger baru yang sedang mencari tapak, maka perlulah ikuti sistem yang diberikan.

Sistem boleh merupakan tips, petua, tatacar…

Entri Kerap Tetapi Tiada Nilai

As-Salam. Kerap tulis entri sebenarnya akan menjadikan anda lebih matang dalam menulis sesuatu. Apabila anda kerap update blog, anda sebenarnya mempercepatkan proses mencari identiti buat anda sebagai seorang blogger. Kerap di sini bukanlah bermaksud setiap jam perlu ada entri baru dalam blog, tetapi setidak-tidaknya, apabila seorang pembaca setia singgah dalam satu jangkamasa tertentu, ada entri baru yang boleh dia belek, baca, hadam, komen dan LIKE..... :)

Kekerapan ini bergantung dengan cerita dan kisah yang anda ada dan mahu dikongsikan. Sesetengah dari blogger terutama dari blog-blog kisah peribadi, agak sukar nak mengolah pengalaman semasa untuk dijadikan satu entri menarik di blog. Walaupun, sudah ada deretan perkara menarik yang mahu dikongsi tetapi tersekat kerana tidak tahu mahu bermula di mana.

Ada juga blogger yang tiada cerita menarik, tetapi lebih suka merapu dari memberikan sesuatu yang bermanfaat. Kerap menerbitkan entri, tetapi kalau entri itu kosong ... agak mengecew…

Peruntukkan Cuti Untuk Kesegaran Blog

As-Salam. Ramai blogger apabila terlalu lama berhadapan dengan komputer dan blog, ia akan jadi stress. Dalam bab tekanan diri, stress memang tidak boleh hilang. Ia tetap akan ada dan wujud. Namun, apa yang boleh dibuat ialah menangani masalah stress ini.
Tanggani Stress Dengan Percutian Santai Blogger mesti bijak tanggani tekanan dan stress. Kerana benda begini akan mengurangkan kualiti produktiviti, apatah lagi andai anda mahu kongsikan sesuatu yang bermakna di dalam blog, kualiti perlu jaga.

Tak kira anda blogger yang sekadar suka-suka, kalau anda buat entri cincai-cincai, tentu nanti lama kelamaan pengunjung akan malas nak singgah, kalau singgah hanya sekali tu je la, lepas tu tak ada dah. Maka, sangat penting memastikan diri ketika menulis entri baru bebas dari tekanan terlampau.

Sebagai cadangan, saya syorkan blogger ambil masa untuk pergi bercuti. Pergilah mana-mana destinasi yang murah, kerana kalau mahal tambah lagi stress .. hehehehe.... ambil masa untuk bersama keluarga, tem…

Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru

As-Salam. Siapa sini blogger baru? Mahu blog diperkenalkan tak? Kalau nak, boleh sertai segmen ini, segmen khusus untuk perkenal dan penyenaraian blog-blog baru kepada pengunjung blog ini yang kini sudah memberikan sebanyak hampir 4.5 juta hits ... dengan purata sebulan 150K hits. Tak nak? Tak nak tak apa .... tak paksa.

Tapi, ada tapinya, segmen yang dinamakan segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru ini hanya dibuka untuk blog-blog yang kurang daripada 500 follower (GFC) sahaja. Blog yang dah ramai pengikut tu, perlulah beri peluang kepada adik-adik mahupun kakak-kakak atau abang-abang yang promosikan blog.
Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru Melalui segmen ini, blog anda berpeluang dipromosikan dan diperkenalkan kepada lebih 4000 rakan blogger yang lain, tidak termasuk rakan blogger di group-group rakan blogger yang lain, yang hampir mencecah sehingga lebih daripada 25 ribu! Best kan?

Jadi macamana nak sertai segmen ini? Memandangkan anda dikategorikan sebagai blogger baru, …

Blogger Baru Perlu Kuasai Emosi dan Ilmu

As-Salam. Kalau anda mahu berjaya dalam dunia blog, perkara kedua yang perlu anda fikirkan atau terapkan ialah menguasai emosi dan juga ilmu blog. Ini adalah antara perkara utama selain mencari Mentor untuk menjadi seorang blogger berjaya. Blogger yang mahu berjaya mesti ada kekuatan supaya dapat mengawal emosinya dan mempunyai ilmu yang cukup dalam berblogging.
Konsep MESTI - Blogger Baru Perlu Kuasai Emosi dan Ilmu Mengapa emosi penting? Kerana emosi yang kuat membolehkan anda berusaha untuk berjaya dalam dunia blog. Anda perlu perasaan yang tak takut pada dugaan, perlu kuat semangat dan bangkit sekiranya gagal. Anda perlu kuat emosi supaya tidak terbawa-bawa dengan hasutan atau mungkin juga termakan benda merapu yang dibawa oleh golongan Haters menerusi blog anda.

Dengan mengawal emosi, anda tahu cara untuk menulis dengan baik tanpa ikut perasaan. Anda menulis dengan tertib dan cermat supaya apa jua yang anda terbitkan di blog tidak mengguris hati apatah lagi menimbulkan fitnah bua…

Haas Jaa'far Bertudung - Terbukakah Hati?

Gambar Haas Jaa'far Bertudung

Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Kredit: Instagram Haas Jaafar



Foto Terbaru Leuniey Natasha Bertudung Cantik

Foto Terbaru Leuniey Natasha Bertudung Cantik


Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Kredit: Instagram FahmiApexs


Senarai Nama dan Alamat Menteri Kabinet Malaysia 2013

Senarai Nama dan Alamat Menteri Kabinet Malaysia 2013 Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.
Senarai Nama dan Alamat Menteri Kabinet Malaysia 2013
Sumber: Bahagian Kabinet - Senarai Menteri Malaysia 2013

Digi WWWOW Internet for All Awards 2013

As-Salam. Digi WWWOW Awards kembali lagi, kali ini dengan nama komersil yang baru - dikenali sebagai Digi WWWOW Internet for All Awards 2013. Pada tahun 2012, adalah merupakan pertama kali ia dipertandingkan dan ia telah memperlihatkan ramai blogger dan pengamal media maya menyertainya. Anda boleh lihat beberapa siri entri saya mengenai Digi WWWOW Awards 2012 ini:

Digi WWWow Awards 2012 | Top 10 Blogger of The YearFave Kay Poh Digi WWWow Awards | Rakan Blogger Tewaskan Beautifulnara?Digi WWWow Awards | The Best of The Best 2012
Tetapi tahun 2012 menimbulkan beberapa persoalan terutama apabila keputusan rasmi pemenang diumumkan. Lalu, beberapa blogger memaklumkan bahawa mereka akan memboikot pertandingan ini di masa akan datang. Saya pernah menulis mengenainya di sini:

Blogger Malaysia Akan Boikot Digi WWWow Awards Akan Datang?
Jadi, apakah yang bakal berlaku pada tahun ini, itu saya tidak tahu. Blog saya tidak layak bertanding kerana berdasarkan syarat, blog ini tidak menepati mana-mana…

Tips Promosi Blog Dari Profil Facebook

As-Salam. Ada rakan blogger bertanya, bagaimanakah nak promosi blog kita melalui Facebook? Aha ... nasib baik saya pergi ke Seminar Fesbuk Power 2013 baru-baru ni, jadi idea promosi blog dari profil Facebook ada didedahkan. Dan sekarang, memandangkan saya dah dapat ilmu tu, maka saya akan kongsikan kepada anda. Boleh cuba tips promosi blog dari profil Facebook yang akan ditampilkan dalam entri ini.
Tips Promosi Blog Dari Profil Facebook Contoh Profil Facebook Promosi Blog Tak perlu nak cerita panjang, cuba anda lihat beberapa contoh profil Facebook berikut:




Ok. Dah jelas kan? Mudah je, letak header profile Facebook anda dengan sesuatu yang menggambarkan blog anda - disamping dan paling penting meletakkan url atau alamat blog anda di header profile. Anda juga boleh letakkan alamat ke akaun laman sosial yang lain seperti Twitter, Instagram dan sebagainya sebagai tambahan untuk menambah pengikut di laman sosial tersebut.

Di atas tu adalah antara contoh yang dapat saya sediakan kepada and…

Wan Muhammad Azri Bukan Papagomo?

As-Salam. Kenal dengan nama blogger Papagomo tak? Kalau blogger yang baca blog politik, sudah pasti nama Papagomo bukan nama asing. Dan banyak dah blog yang dedahkan siapakah Papagomo ini dalam entri mereka, dan kebanyakkannya mengatakan bahawa Papagomo ialah Wan Muhammad Azri. Saya tak tahu samada ianya benar atau tidak, sebab Papagomo memang pandai sembunyikan wajah dan watak sebenar. Dek kerana inilah, asumsi (assumption) digunakan untuk mengandaikan siapakah sebenar Papagomo.

Mungkin ada di antara pembaca blog ini yang mengenali siapa Papagomo yang sebenar. Mungkin juga ada di antara anda yang singgah ke sini mengenali siapa dia lelaki yang bernama Muhammad Azri yang didakwa sebagai Papagomo. Siapapun anda, siapapun Papagomo, ia kini sudah jadi satu kes mahkamah.

Wan Muhammad Azri Nafi Dirinya Papagomo Memetik berita dari Bernama:
Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang le…

Tips Affiliate - Bagaimana Nak Berjaya Dengan Affiliate?

As-Salam. Rasanya siapa yang pergi ke Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 mesti dah tahu serba sedikit bagaimana nak berjaya dengan affiliate ni daripada pakar affiliate di blog iaitu En. Titan - Penggemar cendol Banting nombor dua .... :). Dalam entri ini, saya akan dedahkan salah satu tips affiliate yang mungkin anda boleh cuba untuk membolehkan blog anda menjana pendapatan lumayan melaluinya.

Daftar Percuma Affiliater di JomNiaga Andai anda mendaftar percuma di JomNiaga.com, anda akan ada banyak pilihan produk untuk dipilih sebagai produk yang boleh anda pasarkan di blog. Namun, bukan semua produk itu sesuai untuk dipasarkan di blog anda. Anda perlu pilih mana yang sesuai terlebih dahulu.
Tips Berjaya Affiliate Menerusi Jomniaga Daripada pengalaman saya menerusi blog-blog rakan blogger yang lain, pembeli akan membeli sesuatu produk affiliate andai ia ada kaitan dengan blog tersebut. Contohnya, sebuah blog masakan yang dok cerita soal resepi, maka affiliate seperti Rahsia Bisnes Kuih…

Syarat Permohonan Iklan Innity

As-Salam. Innity merupakan antara syarikat pengiklanan internet di Malaysia, malah platform pengiklanan Innity merentasi Asia Tenggara, termasuklah Filipina dan China. Ia merupakan antara syarikat pengiklan internet yang mempunyai pengaruh dan antara yang dihormati di kalangan pengiat media online di Malaysia. Menerusi entri ini, saya akan dedahkan mengenai syarat permohonan iklan Innity buat blogger Malaysia.
Testimonial Pengguna Innity Testimonial mereka yang telah menggunakan khidmat Innity:

Innity has been representing CARI.com.my, and selling online digital ads for CARI for over 4 years. Innity, without a doubt, is one of the best online media partners we have as they not only support what we need from time to time but also continue to provide advice and suggestions that are very valuable to CARI.

They are a business partners that truly supports and grows together with their clients. We are sure to continue to use their services for many more years to come.

We selected Innity…

Perbezaan Penggunaan Kata Kunci Huruf Besar Bagi SEO

Apakah perbezaan dari segi SEO (Search Engine Optimization) untuk penggunaan kata kunci huruf kecil, HURUF BESAR atau Huruf Besar pada huruf pertama? Kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda perbezaan tersebut yang mungkin sesetengah dari para blogger kacak dan cun di Malaysia ini tidak tahu.

Adakah penggunaan variasi tersebut akan pengaruhi enjin carian untuk indeks blog dan entri anda? Bagaimana pula kalau penggunaan variasi huruf berkenaan dalam penulisan entri, dan apa pula kesannya jika url entri blog dalam variasi yang disebutkan di atas?
Perbezaan Penggunaan Kata Kunci Huruf Besar Bagi Search Engine Optimization (SEO) Ok. Pertama sekali mari lihat contoh yang saya berikan ini. Dengan menggunakan Crome version Incognito, saya menggunakan enjin carian Google untuk kata kunci berikut - Blog Paling Popular Malaysia, BLOG PALING POPULAR MALAYSIA dan blog paling popular malaysia. Ini hasilnya:




Sekali imbas tak nampak perbezaan ketara, sebabnya kata kunci walau macamana ia digunakan …

Blogger Baru Hanya Mahu Glamour dan Populariti

As-Salam. Ramai blogger baru timbul sana sini. Dan nampaknya, kebanyakkan dari mereka ini adalah blogger dalam kalangan belia remaja, sekitar umur 17-25 tahun. Tak pasti sebab mengapa tetiba ada ramai blogger baru dalam kalangan umur sebegini. Saya tak diamkan diri, cuba berfikir dan mencari sebab dan walla ..... ikuti entri ini sepenuhnya.

Blogger Baru Hanya Mahu Glamour dan Populariti Apa yang saya nampak ialah, kebanyakkan blogger baru dalam lingkungan usia tersebut mahu atau mencari jalan mudah untuk dikenali ramai atau dengan kata lain - gila glamor. Ya, tak main-main punya reka ni, tapi inilah antara yang saya nampak sekarang. Apatah lagi tatkala ini, banyak majalah dok promosi dan pangpangkan wajah blogger dan blog. Dan pula, kebanyakkan majalah-majalah ini mensasarkan golongan sasaran dari kalangan umur yang saya sebutkan tadi.

Serius. Nampak benar remaja Malaysia dahagakan populariti dan mahu dikenali. Yelah, mahu nampak macam superstar, mana tahu rezeki keluar majalah diseba…

Churp Churp Cashout Janji Ditepati

As-Salam. Waduhhh ... tercapai jugak angka RM100 untuk 3 bulan ni. Jenuh juga nak buat duit menerusi Churp Churp ni, kena ada strategi yang betul dan berkesan. Buat masa ini, tak ada cara lain selain dari melakukan apa yang sedang dilakukan - promosi iklan Churp Churp di Facebook dan Twitter.

Tips Dapat Duit Dari Iklan Churp Churp Cuma ada sesuatu yang saya nampak, kalau nak promosi iklan-iklan dari Churp Churp dan dapat income yang dijanjikan, pastikan anda olah ayat anda sendiri, sebab ayat-ayat yang dah tersedia tu dah ramai orang guna, jadi dah macam tak berapa nak ada umpph sangat. Buat ayat yang ada kaitan dengan iklan yang ingin disiarkan dan jangan sesekali lupa akan hashtag (#) yang diberikan. Kalau tak, sia-sia je nanti kena penalti dan akaun anda dibatalkan oleh mereka.

Bukan tak ada kes, ada je kes di mana blogger menipu, cuba pengaruhi orang lain klik iklan Churp Churp dengan ayat yang simpang jauh dari apa yang disampaikan. Contohnya seperti ini:

Jom lihat gadis ini kena…

Komisen Bertalu Dari Jomniaga.com

Alhamdulillah, rezeki RM2. Walaupun nilainya kecil, tapi kalau komisen datang bertalu, tentu akan berikan satu jumlah yang besar ye tak? Ia tetap mengujakan walaupun nilainya tak seperti sesetengah rakan blogger yang berjaya capai beratus ringgit menerusi Jomniaga.

Bukti. Sekadar nak berikan anda bukti bahawa ada cara lain untuk anda buat duit dengan blog. Nah, lihat akaun email saya yang bertalu menerima pemberitahuan daripada Jomniaga mengenai komisen yang baru saya terima. Tak banyak, RM2 je pun ....
Komisen Bertalu Dari Jomniaga.com Buka email dapat yang macam ni:
Lihat contoh saya berikan di atas, 36 kali dapat RM2 .... nah ... berapa? RM72 ... terus kalah income bertahun dalam akaun Nuffnang saya. Itu sebab saya kata ianya mudah. Bukan nak dabik dada ... nak kekwat ... pehal ye tak setakat RM72 ... tapi cukup jelas pada anda semua bahawa affiliate boleh menjana pendapatan untuk blog anda. Maka, mengapa perlu sisihkan diri dari kalangan blogger yang berjaya menjana pendapatan men…

Blog Afiq Muiz - Hero Kacak

As-Salam. Afiq Muiz, seorang pelakon lelaki kacak, yang sedang 'panas' sekarang. Saya tidak mahu bercerita kisah panas dan isu kontroversi yang dibangkitkan, tetapi sekadar nak mewarkan kepada rakan blogger Malaysia bahawa pelakon kacak ini juga ada blog, dan baru sahaja membuat blog sekitar Januari 2012.

Siapakah Afiq Muiz? Muhamad Afiq Muiz bin Azman Shah lahir pada 1 Mei 1992 dan berasal dari Kelantan, dan kini menetap di Kuala Lumpur. Anak kedua dalam empat adik beradik ini pernah muncul dalam Masterchef Selebriti terbitan Astro. Nama Afiq Muiz semakin popular semenjak muncul menjadi hero di dalam drama Mimpi Cinderella untuk slot Lestary TV3 bergandingan bersama Eina Azman.

Antara drama yang dilakonkan oleh Afiq Muiz - Mistik Alam Hitam (Darah Puntianak, Sabit Puaka), Mistik Alam Hitam 2 (Panggilan Maut), Mak Pengantin Tak Popular, Seram dan Iqra. Dia kini merupakan artis residen untuk Global Station Sdn Bhd.

Blog Afiq Muiz - Hero Mimpi Cinderella Dah lama tak update blo…

Blogger Baru Perlu Mentor

As-Salam. Apabila dah berlambakkan blogger di Malaysia ni wujud, maka amat sukar bagi mereka yang baru berblog untuk menyerlah atau diketengahkan. Memang tak menang tangan dibuatnya. Fenomena ni paling nampak ketara apabila ada segmen berkaitan 'tambah follower' atau segmen mempromosikan blog dibuat oleh rakan-rakan blogger. Jumlah blogger baru yang join pasti banyak!
Blogger Baru Perlu Mentor Untuk Berjaya Blogger baru perlu mentor untuk capai kejayaan. Apabila ada mentor, senang dan mudah untuk blogger baru ikuti segala panduan, nasihat serta tips yang diberikan oleh blogger-blogger yang dah ada pengalaman. Saya pasti ramai blogger Malaysia yang ingin bantu blogger-blogger baru.
Apa Itu Mentor? Mentor, jangan salah faham akan ertinya. Ia bukan seorang blogger yang diagungkan atau dijadikan idola, tetapi seorang 'guru' yang boleh memberikan ilmu untuk dimanfaatkan. Jangan samakan mentor dengan seorang yang menjual perkhidmatan untuk menjadikan blog anda berjaya, buka…

Mengapa SEO Penting Untuk Blogspot?

As-Salam. Nampaknya yang suka dan gemar nak tahu mengenai SEO (Search Engine Optimization) ini hanyalah blogger-blogger yang dah 3-4 tahun berblog, manakala blogger baru yang setahun dua ada blog, seolah tak ambil kesah dan tak ambik port ....

Mungkin mereka merasakan bahawa SEO itu tidak penting. Hmm ... tak mengapalah, sebab mungkin mereka tak berapa nak faham mengenainya. Tak salahkan mereka. Mungkin juga mereka merasakan bahawa blog peribadi tak perlu SEO ini.
Blogger Baru Tak Pentingkan SEO Ada blogger baru berkata, "Bang, blog B tu tak pernah pun cakap pasal SEO, elok je jadi top blogger." ....

Ya, memang boleh jadi top blogger tanpa SEO, tapi .... adakah anda benar-benar pasti bahawa blog B tu tak guna pakai konsep SEO ini? Anda harus tahu, dalam SEO ni ada banyak aspek, termasuklah juga dengan membina backlinks - seperti anjurkan kontes dan giveaway (sebagai salah satu contoh) serta penggunaan kata kunci unik.

Mengapa SEO Penting Untuk Blogspot?SEO penting untuk blog…

Ciri-Ciri Widget Memberatkan Blog

As-Salam. Ada rakan blogger bertanya, apakah ciri-ciri widget yang akan menjadikan loading blog jadi lambat atau dengan kata lain memberatkan blog? Hmm .... pertama sekali, sebagai blogger, anda seharusnya tahu mengapa dan kenapa anda mahu pasang sesuatu widget itu. Apakah peranan yang dimainkan oleh widget itu dalam blog anda?

Apabila anda dah tahu dan jelas tentang sebab untuk meletakkan sesuatu widget atau gadjet itu, maka mudahlah anda pilih mana yang sesuai dan buang mana yang dirasakan tidak perlu (kalau dah pasang dan rasa menyesal).
Widget Mestilah Bawa Manfaat Ciri-ciri sesuatu widget yang baik mestilah yang mendatangkan manfaat pada blog anda - contohnya seperti trafik blog, tingkatkan pageviews, tingkatkan jumlah pengikut, naikkan fanpage, mudahkan navigasi entri-entri dalam blog dan seumpamanya.

Pada masa yang sama, anda juga perlu memikirkan mengenai pengunjung dan pembaca blog anda. Adakah widget yang anda pasang dan sedia letak dalam blog itu beri kelebihan kepada merek…

Selamat Hari Guru Buat Rakan Blogger dan Guru Malaysia

As-Salam. Tak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru (Teacher's Day) kepada rakan-rakan blogger yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa - tak kiralah sekolah menengah atau sekolah rendah, tak kiralah tadika atau sekadar guru tuisyen. Bukan semua orang ada kebolehan untuk mendidik ini.

Profesion guru adalah antara profesion paling mulia di muka bumi ini. Tanpa guru, takkan ada pemimpin berkaliber, takkan ada juruterbang, angkasawan, ahli bomba, pakar bedah .... semua kerjaya hebat ini semuanya disebabkan oleh guru yang hebat yang telah mendidik mereka sehingga berjaya peroleh ilmu. Termasuk dalam kategori guru - ustaz dan ustazah malah pensyarah IPT. Tugas sama, tanggungjawab berat.

Guru juga melahirkan guru. Tanpa guru, seorang guru tak akan ada keupayaan dan kecekapan mendidik dengan cemerlang.

Hebatnya guru ini kerana mereka bukan sahaja boleh mendidik yang celik menjadi cerdik, tetapi juga dapat mendidik si buta mengenal huruf dan dunia. Masya Allah, itula…

Google Profile dan Pages Edisi Baru 2013

As-Salam. Anda sudah jenguk profil Google+ kepunyaan anda? Haaa..nampak lain kan? Kini, Google telah menjadikan Google+ Profile dan Google Page satu tempat menyeronokkan dengan beberapa cirian menarik yang diperkemaskan.
Google+ Profile Beri Impak Pada Jenama, Blog, Produk Seperti mana Facebook, Google+ Profile ini boleh memberikan impak kepada blog anda, mahupun perniagaan, perkhidmatan atau apa sahaja yang sedang anda usahakan. Ia boleh menjadi satu alat untuk mempromosi yang sangat berkesan jika anda memanfaatkannya. Google tentu mahu membantu mereka yang menggunakan perkhidmatan mereka mendapat yang terbaik kan?

Sebagai blogger blogspot, anda diberikan ruang cukup luas untuk mempromosikan diri dan blog mahupun bisnes menerusi Google+ Profile serta Google Pages.

Untuk blog, anda dengan mudahnya - hanya menerusi satu klik dapat kongsikan entri blog anda dalam rangkaian rakan-rakan Google, berbeza dengan Facebook yang mungkin anda perlu login terlebih dahulu untuk LIKE atau Share. De…