Reloadfood.com - The Food Blog

Gaji Baru Polis Tentera 2013


As-Salam. Ini merupakan berita gembira yang bakal diterima oleh anggota keselamatan negara yang terdiri dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pengumuman mengenai gaji baru polis dan tentera 2013 ini bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia  dalam satu majlis hari ini (11 Mac 2013) iaitu Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pelarasan gaji PDRM 2013

Gaji Baru Polis Tentera 2013


Memetik sumber dari Berita Harian:

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini.

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.

Sumber: Berita Harian

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.

Menurut sumber itu lagi, anggota polis pelbagai pangkat akan menikmati tangga gaji baru seperti berikut:
  • Konstabel (N17)
    • P1 - RM1,013 - RM2,613.61 (P1)
    • P2 - RM1,0851.56 - RM2,681.56)
    • P3 - RM1,151.46 - RM2,751.46
  • Lans Koperal (N22)
    • P1 - RM2,164.44 - RM3,321.99
    • P2 - RM2,325.10 - RM3,657.02
  • Koperal (N26) 
    • P1 - RM2,482.33 - RM3,496.05
    • P2 - RM2,719.90 - RM3,815.70
  • Sarjan (N29) (lantikan)
    • RM1,710.39 - RM4,335.62.

Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013

  • Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. 
  • Gred jawatan dan gaji Koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 
  • Gred jawatan dan gaji Sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 27, disetarakan dengan Gred 29 perkhidmatan awam
  • Jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam 
  • Gred jawatan dan gaji Mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
  • Gred jawatan dan gaji Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam
Sumber: Sinar Harian

Harapnya dengan pelarasan ini akan melegakan hati dan rasa gundah gulana para anggota keselamatan Malaysia, yelah ... bukan mudah tugas yang kena dipikul oleh mereka. Sempadan negara sangat luas, dan bagi mereka yang menjaga keselamatan kita, seharusnya diberikan imbuhan dan pelarasan gaji yang sepatutnya.

Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan. Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan - Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Dan harapnya tiada lagi istilah rasuah yang sering dikaitkan dengan mereka terutama PDRM, setelah gaji dan elaun diberikan sesuai dengan ketentuan masa dan tugas yang dipikul. Seharusnya, kita rakyat Malaysia berasa bertuah kerana negara mempunyai anggota keselamatan yang cekap dan bersedia untuk berjuang dalam apa jua keadaan.

Nilai darah dan nyawa yang dipertaruhkan tentu tidak dapat disamakan dengan apa yang mereka dapat dalam penyata slip gaji.


Dan cadangan HH, buka peluang lebih banyak kepada kaum wanita untuk sertai PDRM dan ATM, agar mereka ini dapat memberikan perhatian kepada jenayah atau kes melibatkan wanita. Wanita kini banyak menjadi mangsa kepada kegiatan jenayah, dan ia lebih baik kerana wanita sahaja dapat memahami perasaan wanita.

p.s: Kan manis kalau anggota PDRM senyum2 cam gambar di atas tu.


Kredit Foto: http://rezabtanahmelayu.blogspot.com


[Info Penulis] Hasrul Hassan ialah seorang penulis blog bebas kelahiran Perak, dan menetap di Penang. Seorang pakar menulis artikel berkesan di carian Google, yang telah menulis puluhan artikel mengenai review produk, jenama, bisnes, servis dan acara. Antara top blogger Malaysia (Bahasa Melayu) yang inspirasikan ramai penulis blog baru, sehingga diberikan gelaran Sifu Blogger.

Untuk servis pengiklanan (advertisment service) serta artikel berbayar (paid article/advertorial), boleh hubungi penulis menerusi ruangan Contact .