As-Salam. Tak berkesudahan. Ada sahaja serangan komen dari Anonymous. Jenuh hari-hari kena buangkan dari sistem. Nasib baiklah blog ini menggunakan sistem komen Disqus yang terbukti berjaya tapis komen yang diiktiraf sebagai komen berbentuk spam ini.
Komen sebegini tidak patut berada di dalam sistem kerana ada kesan jangka panjang yang boleh jejaskan blog terutama jika blog anda meletakkan iklan dari Google Adsense. Apabila blog anda terdedah dengan bahaya, siapa yang mahu singgah apatah lagi untuk beriklan.
Serangan Komen Anonymous
Komen berbentuk spam selalunya akan diakhiri atau diselitkan dengan permalink (url) ke satu pautan lain - mungkin untuk promosikan sesuatu atau mungkin satu perangkap untuk menjejaskan keselamatan blog anda. Komen yang punyai permalink ini yang dianggap spam selalunya tidak disertai oleh profil penulis komen.
Aktifkan Sistem Moderasi Komen Blogspot
Untuk langkah berjaga-jaga, terutama bagi blogger blogspot yang gunakan sistem standard, anda seharusnya tapis komen-komen yang masuk. Pastikan anda aktivasi sistem moderasi komen blogspot anda. Anda boleh pergi ke settings - posts and comments dan lihat bahagian komen dan tandakan bahagian yang dikehendaki. Ada beberapa pilihan yang boleh anda gunakan.
Bagi HH, settings di atas digunakan untuk blog ini. Sesiapa pun boleh komen (perlu untuk integrasi sistem komen Disqus), untuk entri yang lebih daripada 160 hari, setting moderasi akan diaktifkan (anonymous suka komen entri lama). Namun, HH nasihatkan anda buat moderasi buat semua komen masuk - tandakan Comment Moderation - Always.
Anda tidak digalakkan untuk aktifkan sistem verifikasi kerana ia sebenarnya sesuatu komen itu sukar untuk ditinggalkan, terutama jika anda anjurkan segmen atau kontest tertntu.
Backlinks diaktifkan untuk meningkatkan kredibiliti blog di SERP atau enjin carian.
Dengan sistem komen blogspot, ditambah pula sistem Disqus yang diintegrasikan blog ini; bermakna HH gunakan dua sistem untuk lindungi ruang komen daripada serangan komentar bahaya.
Semoga entri ini akan jadi panduan untuk blog anda mesra pengunjung dan pemberi komen tetapi pada masa yang sama ... lengkap dengan sistem yang boleh lindungi blog anda dari komen spam yang tidak perlu.









nice info.. :)
15 February, 2013 15:11
saya mmg setkan moderation always. baca dulu satu satu comment baru bole approve. takot anonymous yang keji-keji ni yg komen :D
15 February, 2013 15:15
tu la..byk btol spam..nsib setting mcm nie..
15 February, 2013 15:39
sibbaik dh set kt blog
15 February, 2013 15:44
tq..
15 February, 2013 16:30
anonymous ni rajin sangat bagi komen., tapi entah ape2 je yg dia komen..
15 February, 2013 16:40
mia sepanjang masa ada . banyak pula tu.... huhuhu...
15 February, 2013 16:53
terima kasih hh kerana share info dan buat saya bersedia
15 February, 2013 17:25
sy pun bersepah komen dari anonymous ni HH...mmg mereka suka komen entri lama2...
15 February, 2013 17:38
Informasi yang amat berguna untuk PokCik di sini...Tq.....
Kesian Guru Sekarang
15 February, 2013 18:10
thanks bro......bagus jugak tutorial nie...... senang nak menghalang...
15 February, 2013 18:18
aku dah banyak kali kena serangan mcm ni..hehe..
nasib baik setting komen dari dulu always moderate
15 February, 2013 18:31
xbagus untuk blog link spam...ernah kena jugak kat blog huhu delete permanently..hehe
15 February, 2013 18:46
I always moderate the comments to my blog..Bahaya abe weii..nanti ntah apa2 yg kuar. baik kita filter awal2..dah beberapa kali kena komen anonymous mcm ni. terus sy marka s spam.
15 February, 2013 21:16
Kalau macam saya hanya Registered User je yang boleh comment..ok tak HH?
15 February, 2013 22:25
Terima kasih di atas perkongsian. Sebelum ini xkisah sesiapa pun nak komen...sekarang barulah tahu bahayanya. Memang ada set moderate...tp approve jer semua.
Sekarang ni kena lebih selektif...kena pastikan komen itu datang dari siapa.
Thx again.
15 February, 2013 22:27
hahahaha kadangkala nampak pelik semacam je kan?
16 February, 2013 22:36
Hehehee... bagus..beringat sebelum kena
16 February, 2013 22:36
Betul tu... satu kerja nak delete komen begitu
16 February, 2013 22:37
Assalamualaikum hh...betul la mama pun kerap dpt komen dr anoymous skg ni jenuh nak deletekn...
16 February, 2013 23:54
komen dari anonymous ni dah overload...hmm penat nak delete...
18 February, 2013 04:16
pernah kena juga.. tp sekarang dah disable.. tak larat nak layan..
19 February, 2013 09:14
betul3x.., macam2 ragam mereka ni. tp ada jugak anonymous yg bagi komen baik2., tp 1 dalam sejuta la. hahaha
20 February, 2013 21:00
Satu kerja dok delete komen mereka je kan ...
20 February, 2013 21:00
saya pun selalu gak kena untuk wordpress.
baru2 ni pakai plugin anti spam. tu pn masuk tapi detect as spam.
sebab takde gravatar. satu hari kalau dah ratus2 tak jenuh tangan nak delete? fuhh..
20 February, 2013 21:00
Post a Comment