As-Salam. "Sayang izinkan abang kahwin lain ..." ayat yang runtun jiwa bagi sesetengah wanita, ayat yang debar rasa bagi sesetengah lelaki. Bukan fiksyen, ini satu realiti dalam kehidupan. Ada kata, mana ada wanita sanggup suaminya kahwini wanita lain. Itu kata mereka, tapi HH dah jumpa ... ada wanita, dan dia seorang blogger memberikan keizinan untuk suaminya berkahwin lagi.
Allah Maha Kaya, Allah Maha Besar. Bukan calang wanita dapat melakukan sesuatu pengorbanan sebegini besar. HH percaya tak ramai blogger wanita, hatta yang belum kahwin yang sudi suami mereka dikongsi kasih. Bukan mudah, bukan senang; ia libatkan hati dan perasaan.
HH bukanlah mahu mendidik anda untuk menerima poligami. Tetapi ia perkara perlu atas sebab yang perlu. Allah Maha Adil. Walaupun hakikat poligami itu dibolehkan dalam agama Islam, namun ada banyak syarat yang ditetapkan. Ia bukan perkara mudah seperti mengeluarkan duit dari mesin ATM. Ya, lelaki akan tersenyum bila berkata soal poligami, lelaki memang suka nak berpoligami.
Mari ikuti luahan rasa dan kisah di sebalik - "Sayang Izinkan Abang Kahwin Lain" ini ...
Sayang Izinkan Abang Kahwin Lain
Buat isteri-isteri yang sedang membaca entri ini, lapang dada dan terimalah hakikat akan keperluan poligami itu. Errr ... jangan bombastic HH ehh, sekadar pendapat dan perkongsian sebuah cerita realiti dari seorang blogger wanita yang menghadapi situasi sukar, dan bagaimana dia membenarkan kehidupan bermadu.
Anda akan dapat membaca beberapa rentetan cerita berkaitan mengenai wanita ini di dalam blognya. Sayu.
Kepada empunya cerita, mohon maaf andai HH menjadikan kisah anda sebagai sebuah entri. HH kagum dengan anda, dan kekaguman itu HH zahirkan menerusi entri ini agar yang lain dapat sesuatu dari apa yang anda ceritakan.
p.s: Jangan report bini HH ye ... hehehehe.. huhuhuhu... lalalalal .. senyap2 sudah .. oh lala ...:P




Oh..jujur cakap la HH, andai saya ditakdirkan punya jodoh didunia ni, mungkin berat untuk benarkan suami berpoligami kecuali keadaan dah terlalu mendesak..baru saya akan pertimbangkan
01 February, 2013 20:36
Salam bro.
Tak berani nak komen sebab saya seorang lelaki. Hihihi. Any way, posting yang cukup menyegarkan.
01 February, 2013 21:58
Kadang2 dgn ketiadaan suami menjadikan kita semakin rapat dgn Allah SWT..sukar utk dgambarkn..
01 February, 2013 22:59
ikut kemampuan berpoligami ..jika tak boleh, baik jangan
01 February, 2013 23:55
poligami kalau perlu ...bukan keperluan.....
02 February, 2013 12:32
Tak repot wife HH,tapi wife HH dah terbaca artikel ini.
02 February, 2013 18:57
Saya dah pernah bersembang secara santai dgn adik pempuan sy berkenaan poligami ni. dan kami pilih -->poligami tu tak salah. rela dan merelakan dgn syarat si suami tau melaksanakan hak & tanggunghawab. Berlaku adil menurut Islam, andai mampu teruskan lah..
Dengan syarat kami adalah yg pertama -baru lah dapat payung emas =)
Tapi bicara mulut tak semestinya indah di hati kan.. Kalau boleh elak sebolehnya elakkan lah.
~pelik sbb sy sendiri masih blm berkahwin dan adik baru je lpas SPM tapi kami boleh cerita pasal kahwin + poligami.. aduhh, parah dah ni. hehe
02 February, 2013 21:08
Uiksss ... anda mempunyai sifat matang yang sangat disukai oleh ramai lelaki bujang dan bukan bujang (lagi). Saya suka @babycomel:disqus atas pendapat yang dilontarkan. Terima kasih ...
03 February, 2013 03:07
Hahhaaha.. ye la kot ...
03 February, 2013 03:07
Betul. Untuk mereka yang ada masalah .. kalau tak ada masalah ..oklah
03 February, 2013 03:07
Betul tu ... fikirkan poligami sebagai jalan alternatif terakhir ...
03 February, 2013 03:08
Benar. Namun, manusia ini ada hati ..hati ini pula sering diganggu gugat oleh bisikan iblis dan syaitan. Jalan diberikan untuk mereka yang memerlukan atas sbb agama. Bukan perkara yang dibenarkan secara seronok2 ... terima kasih atas pandangan @8a5cdd4e22b5bbdc39774280b3031e28:disqus
03 February, 2013 03:09
Terima kasih .... sesekali mahu berikan sesuatu yang diluar kebiasaan untuk difikirkan. Ia juga satu pendidikan dan peringatan untuk diri sendiri.
03 February, 2013 03:09
Post a Comment