As-Salam. Gambar merupakan antara agen terbaik untuk memberikan trafik ke blog anda. Namun, bukan semua gambar itu akan memberikan kebaikan. Seandainya anda seorang blogger yang suka beraksi di depan kamera, lalu menempekkan dalam catatan peribadi, tentu tidak mahu gambar itu diambil dan disebarkan dengan mudahnya di ruang maya. 

Seringkali mereka yang kurang bertanggungjawab akan cuba mencilok gambar anda terutama yang seksi di pandangan mata mereka untuk dijadikan modal penarik trafik ke blog. Cara mereka gunakan ialah menggunakan enjin carian sepeti Google dan Yahoo bagi mencari gambar tertentu. Lantas, penemuan yang mereka dapat membolehkan untuk ambil tanpa rela gambar seksi, cun menawan anda. 

Aaron Aziz - Gambar Seksi

Lindungi Gambar Seksi Tersebar Di Enjin Carian

Maka, praktikkan tips berikut untuk elak gambar seksi dari tersebar di enjin carian. Caranya mudah, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengarahkan enjin carian untuk tidak indeks gambar yang ada di dalam blog anda. Apabila gambar seksi tidak diindeks, maka kemungkinan untuk ia dijumpai lalu digunakan untuk tujuan tidak baik dapat dikurangkan. 

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan meletakkan arahan kepada robot carian menerusi kod html berikut yang perlu anda letakkan di atas atau awalan kod html blog anda.

Cara elak gambar kena curi menerusi enjin carian

Hmm .. itupun kalau ada gambar seksi yang anda letakkan la. Lebih baik tak perlu letak supaya tak payah susah payah nak letak kod html di atas ni... ye tak? 

Tak tahu bagaimana gambar boleh berikan trafik ke blog anda? Sila baca panduan blogger yang telah HH sediakan di entri ini - Gambar Dalam Blog Sumber Trafik Organik.

Malah, jika anda letakkan gambar comel anda .. atau gambar comel anak-anak anda dalam blog, ia sebenarnya akan beri kesan positif ke atas psikologi pengunjung dan pembaca blog. Tak percaya? Anda perlu baca entri ini - Banyakkan Gambar Comel Dalam Blog Anda.

Ok. Selamat mencuba, dan selamatkan gambar seksi dari tersebar di enjin carian. :P

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Oh..begitu ye.. Baiklah..tapi, Alhamdulillah, saya xpernah letak gambar sebegitu dalam blog saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement