Blog Haas Jaafar | Kekasih Hati Fizo Omar

As-Salam. Ehem .. Fizo Omar yang kacak sudah ada pilihan hati ye. Hmmm ... HH suka lihat Fizo Omar di TV9, mengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O. Terkini, diberitakan Fizo Omar sudah terpikat dengan gadis dari utara bernama Hasmidar Ja'afar atau lebih dikenali sebagai Haas Jaafar. Mereka berdua dikatakan sedang hangat bercinta sejak 3 bulan lalu.

Fizo berkata, mereka telah berkenalan selama beberapa tahun sebagai rakan biaasa dan baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga bulan lalu.
“Saya mengaku sedang bercinta dengan Haas dan hubungan ini masih lagi diperingkat awal dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing” jelasnya. - Wanista

Haas Jaafar Kekasih Hati Fizo Omar

Cantik orangnya. Haas Jaafar merupakan antara finalist SimplySiti Star Search 2012 bersama seorang pelakon yang kini sedang meningkat naik - Nazirah Sardi (Nazeera Sardi) yang juga ada blog. Malah, Haas yang masih menuntut di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan pernah tampil dalam satu iklan TVC InnerShine. Di akhir entri ini, HH akan selitkan untuk paparan.

blogger profile - haas jaafar

gambar hot Haas Jaafar

Blog Haas Jaafar

Oh ya, Haas Jaafar juga seorang blogger. Walaupun blognya sudah tidak lagi aktif malah telah dipadamkan, tetapi gadis ini pernah memiliki sebuah blog - http://hasmidarjaafar.blogspot.com. Dan entri terakhirnya ialah mengenai dirinya yang terpilih ke Grand Finale SimplySiti pada Oktober 2012. Dia juga menjadi pemenang kedua dalam pencarian Carefree Girl Pink Daisy pada 2011.



Mungkin sebab dah mula jadi perhatian kot, maka blognya telah dipadamkan. Mungkin juga tak mahu gembar-gemburkan hubungan dengan Fizo Omar. Tak siapa yang tahu kecuali empunya blog.

Sekarang tengok dan dengar suara lunak si Haas Jaafar ini pula....hehehee

TVC Hasmidar Jaafar (Haas Jaafar)




Kredit: Budiey.com dan Fanpage SimplySiti

{ 7 comments.. read them below or add one }

fyna ahmadfyna ahmad February 24, 2013
blogger juga rupanya dia.
Afendi Abu Talib Afendi Abu Talib February 24, 2013
wow..ye ke? baru tahu ni...
hasrulhassan hasrulhassan February 24, 2013
Ye... hmmm ... tapi blognya dah kena padam lo ...
hasrulhassan hasrulhassan February 24, 2013
Hmm itulah pasal .. sama satu group dengan Nazira Sardi tu
ainim86 Sujuainim86 Suju February 24, 2013
ramai juga artis yg ada blog ye..saya xrajin ambil tahu tentang artis Malaysia ni
hasrulhassan hasrulhassan February 24, 2013
Ohh @google-83d47e0dd74e07e52a1bf555cabc27b8:disqus dia bukan artis ... tapi buah hati pada si Fizo Omar (artis). Fizo Omar pernah kata dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, dia mahukan calon isteri yang tak dedah2 ... mahu yang tutup aurat dan tanak seksi. Kontra kepada pemilihan yang sekarang ni.
ainim86 Sujuainim86 Suju February 25, 2013
oo..haha..biasalah HH. Hati manusia berubah-ubah..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.