As-Salam. Nak menjadi seorang blogger yang hebat? Banyak tips dan petua dah diberikan oleh ramai blogger. Mereka ada cara tersendiri dalam penafsiran blogger hebat, dan berdasarkan penafsiran itu, petua, tips dan panduan diberikan oleh mereka. Mereka tak tipu kerana mereka mahu tolong berlandaskan kejayaan yang telah mereka capai. Ai yooo kami bukan Ahlong .. kami cuma nak tolonggggg....
Namun, apabila HH dok renung-renung kitab yang ada depan HH ni (Biografi Nabi Muhammad S.A.W) .... timbul idea, timbul persoalan dan seterusnya jawapan. HH dah tahu, untuk menjadi seorang blogger yang hebat, anda seharusnya bersandarkan kepada agama. Agama dah ajar jadi blogger hebat.
Agama Dah Ajar Jadi Blogger Hebat!
Sebab mengapa? Bila difikirkan untuk menjadi seorang blogger yang hebat, anda mesti ada ilmu. Dan ilmu itu adalah satu tuntutan dalam agama terutama agama Islam. Anda menjadi blogger yang disegani kerana cara anda menggunakan bahasa dan cara anda komunikasi sesama pengunjung dan pembaca blog ... haaa dalam agama pun dah suruh kita untuk menghormati sesama makhluk... hatta pada manusia yang melakukan banyak salah dan silap.
Agama juga ajar kita untuk menuturkan perkataan yang baik, yang seharusnya ada dalam blog kita. Agama juga ajar kita untuk menyampaikan, yang memang kita lakukan menerusi blog kita.
Ya benarlah, agama dah ajar jadi blogger hebat ... cuma kita sahaja yang kadangkala egoistik, terlalu ikut hawa nafsu sehingga lupa tentang kalimah syahadah yang kita sering sebut minimal dalam 5 kali sholat sehari semalam. Kalimah syahadah itulah merupakan janji kita pada Allah S.W.T untuk ikut tuntutan agama.
Setiap kali saranan dalam agama Islam kita abaikan, maka ... setiap itulah kita telah memungkiri janji.
p.s: Itulah antara hikmat mengapa sholat itu wajib, agar kita mudah bertaubat dan mohon ampun, dan kembali perbaharui aku janji kita pada Allah S.W.T.







betul....kita menulis ikut landasan agama..... tulis yg baik2 dan yg elok2 saja...... itukan lebih baik........perkongsian yg baik......
10 February, 2013 12:17
betul...kita kena pandai manage smua 2
10 February, 2013 12:59
Betul. Nak jadi blogger hebat perlu beradab, berhemah, beretika dan paling penting berilmu. Semua itu tuntutan agama.
10 February, 2013 13:19
Betul3... agama ada banyak tips.. boleh apply semasa berblog
10 February, 2013 13:22
Saya setuju HH.. terima kasih atas perkongsian ini. :)
10 February, 2013 14:36
ikut kembali pada fitrah,alquran sebagai panduan hidup,Islam itu indah bila kita betul2 hayati dan selami sebaiknya..
10 February, 2013 15:07
terbaik HH :D
http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/
10 February, 2013 15:58
kita manusia yg selalu alpa
10 February, 2013 22:34
itu yang sepatutnya :) kan abg HH
11 February, 2013 06:33
assalamualaikum hh...betul tu...:)
11 February, 2013 21:14
Post a Comment