As-Salam. Nampaknya semakin ramai blogger yang mula mengatur langkah untuk menjadikan blog mereka mesra SEO (Search Engine Optimization). Antara cara paling mudah ialah dengan mendapatkan template blogspot yang telah dilengkapi dengan perkara-perkara penting untuk tampil sebagai blog yang mesra SEO. Template blogspot yang kini semakin ramai digunakan sebagai template mesra SEO ialah template Thesis Blogspot.

Sebenarnya template ini merupakan olahan daripada template Thesis yang terkenal di kalangan blogger wordpress (baik yang percuma mahupun hosting sendiri). Ia memang antara template paling terbukti dan dianggap template terbaik untuk diguna-pakai bagi tampil mesra SEO.

Dalam wordpress, penggunaan template ini ditambah dengan beberapa ciri istimewa lain seperti SEO Tool Plugin akan menambahkan lagi kehebatan template berkenaan.



Tiada SEO Tool Plugins untuk Blogspot

Dalam blogspot, yang kebanyakkan blogger Malaysia gunakan, penggunaan SEO Tool Plugins ini tidak terdapat di dalam pembangunannya, maka anda perlu secara manual memahami template blogspot Thesis anda dan adaptasi teknik dan taktik SEO buat blogger blogspot. Mungkin agak berat bagi blogger baru, tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan.

Ada juga template-template lain yang telah dilengkapi mesra SEO ini. Malah, ramai blogger blogspot telah membangunkan template-template percuma untuk kegunaan blogger blogspot. Namun, di sebalik template pelbagai ini, ada perkara penting seorang blogger blogspot harus tahu. Pengguna-pengguna blogspot perlu fahami template blog masing-masing untuk menerapkan unsur SEO ini. Anda perlu selalu buat ujikaji terhadap kod html blog anda supaya anda lebih memahami apa yang terkandung di dalam kod html anda.

Cara Fahami Kod HTM Blog Anda

Antara cara yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat komen bagi setiap kod html yang ada di dalam blog anda. Cara ini akan memudahkan anda memahami dan mengetahui apakah fungsi sesuatu kod html yang ada di dalam template html blog anda.

Contoh adalah seperti berikut:

<!-- Kod ini untuk paparkan meta tag dan meta deskripsi blog untuk SEO -->
KOD HTML anda 
<!-- End Kod -->

Tulisan yang digelapkan tu adalah merupakan komen dan cara anda tulis komen dalam html. Ia bertujuan menerangkan maksud kod html anda. Setiap kali anda ubah atau mahu buat perubahan, anda perlu lihat catatan-catatan ini supaya anda tahu apa yang sedang anda lakukan. Fahami template blog anda agar anda tahu akan kelebihan dan kekurangan blog anda.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks for the information

    BalasPadam
  2. memang themes forblogger amat berkesan...:)

    BalasPadam
  3. thanks for info bro...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum hh...bagusnya tapi mama kena fahamkn juga betul2 ni...:)

    BalasPadam
  5. saya tak faham la HH

    BalasPadam
  6. Ok.. saya dah edit semula entri ini, harap dapat faham apa yang cuba disampaikan.

    BalasPadam
  7. Uncle HH. Di kalangan orang dah tak pakai. Sekarang orang pakai dalam kalangan.

    Komen HTML bermaksud boleh dibaca dengan mata kasar dan pelayar boleh baca juga kodnya. Tetapi komen HTML tidak terpapar secara hidup. ~ Just my opinion ;)

    BalasPadam
  8. Ya ..komen html memang tidak terpapar secara live, walaupun boleh dibuka menerusi editor pelayar internet, ianya hanyalah untuk pemilik blog faham apa yang ada di dalam kod blog mereka - menerusi koding dalam dashaboard-html edit untuk blogspot mereka.

    BalasPadam
  9. Baiklah, saya akan cuba fahami balik entri ni. Thanks HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement