As-Salam. Apakah rahsia untuk mendapatkan jumlah paparan sebanyak sehingga seribu (1000) views sejam? Mustahilkah ia dicapai? In Sya Allah ... semua blogger boleh lakukan. Malah ramai blogger yang dah berjaya mencapai seribu views dalam masa sejam.
Hanya dalam masa sejam, blog anda menerima jumlah paparan sehingga 1000 views daripada sejumlah pengunjung blog anda yang pelbagai. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyediakan kandungan blog yang boleh dibaca oleh semua orang.
Setiap pengunjung itu ada minat sendiri. Jika dia berjaya nampak satu topik yang menarik, tentu dia mahu baca topik menarik yang lain yang ada kaitan. Disinilah letaknya kebolehupayaan widget pautan dalaman seperti yang disediakan oleh Linkwithin, Outbrain dan juga Nrelate. Dengan menggunakan widget automatik seperti ini yang memberikan pautan ke entri-entri yang ada kaitan dengan entri yang dibaca pengunjung, kemungkinan untuk pengunjung itu baca entri yang ada kaitan adalah tinggi.
Inilah dinamakan rantaian entri yang punyai kategori, tag serta kata kunci yang sama. Lihat bukti diatas tadi, setakat jam 4 petang menerusi Nuffnang Analytics, setiap pengunjung yang singgah akan memberikan jumlah klik atau views melebihi separuh. Malah ada yang hampir tiga kali ganda ... 350 pengunjung unik memberikan hampir 1000 views. Bukti bahawa pengunjung ini bukan hanya membaca satu tajuk sahaja di dalam blog malah entri-entri lain.
Ambil masa anda untuk buat entri dan perkemaskan dengan link atau pautan dalaman yang anda boleh buat dengan mudah. Segalanya sudah tersedia di editor blogger anda, cuma perlu sedikit usaha dan kerajinan untuk melakukannya.
Dan hasilnya ... pasti puas hati!





thanks for info bro....... nampak keberkesanannya......
19 January, 2013 16:59
tq, saya masih gagal mencapai sasaran 1k UV sehari.
19 January, 2013 17:35
wow sgt berkesan.:)
19 January, 2013 18:30
Terima kasih bro.
Satu info yang menarik. Boleh ceritakan lebih lanjut tentang widget yang dimaksudkan.
19 January, 2013 19:46
Thanks HH for tip top tips ni..
19 January, 2013 23:23
Rahsia yang hebat :)
20 January, 2013 23:59
Post a Comment