Bantu Kongsi Tanda Sokong
As-Salam. Manusia, memang mudah dan cepat rasa bosan akan sesuatu. Yeah .... life changing! Dalam kehidupan seharian pun, kita tidak akan memakai pakaian yang sama setiap hari. Akan ada hari di mana kita akan pergi shopping dan beli baju, seluar besar, seluar kecik, baju kecik, kasut, beg tangan dan macam-macamlah yang baru. Not to stick at the same thing.
Kekerapan Tukar Header Blog
Tak ada yang baru, hidup macam dull dan boring, tak gitu? Jadi, begitulah dengan header blog. Sesekali, jika anda ada peluang dan masa, maka tukarlah header blog anda. Sekerap mana? Sukar nak jawab ... mungkin apabila anda dah rasa boring atau merasa bosan dengan penampilan sedia ada, maka itulah masa untuk cari sesuatu kelainan. Kenapa tiada masa spesifik? Kerana mood orang adalah berlainan. Jadi, jika anda merasakan perlu sesuatu perubahan, maka terus lakukan, jangan tunggu lama-lama.
Ada sesetengah blogger yang memang gemar tukar header blog silih ganti saban bulan, termasuklah diri HH sendiri. Malah bagi HH, perubahan itu bukan setakat tukar header, tetapi hampir keseluruhan template blog.
Tukar Header Menyerikan Kembali Blog
Bagi anda, yang mungkin tiada masa, cukup sekadar hanya ubah dan cari sedikit refresh menerusi header. Nak buat segala, dan tukar semua .... ia akan ambil masa, dan percayalah, anda boleh jadi migrain disebabkan tukar segala benda dalam blog. Bukan mudah, kerana anda seperti memulakan dari kosong. Maka, jika mahu ubah atau beri sesuatu yang baru bagi blog, dinasihatkan anda tukar sahaja header blog, kerana ia lebih mudah dan tidak terlalu berat untuk dilakukan.
Cubalah variasi dan pelbagaikan warna pada header blog anda. Jika tak tahu nak buat macam mana, tak reti nak reka, maka selalu dan seringlah blogwalking ke blog orang lain. Dari situ, anda akan dapat idea sendiri bagaimana anda mahukan header blog anda kelihatan. Tapi, jangan pula main cekup header blog orang lain dan tiru sebijik-sebijik ...aiseh .... takkan anda sanggup pakai baju yang sama dengan orang lain bila pergi ke rumah kenduri kahwin .. ye tak?
Buat header yang simple sahaja sudah cukup. Jangan pandang rendah dengan kesempoian header blog anda, kerana dalam seribu pengunjung blog, pasti akan ada walau sorang yang menyukai header blog anda yang simple itu!
Tukar header blog bagi menampakkan sedikit dinamika blog anda, kekerapan adalah pada kerajinan diri anda. Mahu blog tampil sentiasa menarik, lakukan sedikit perubahan ini, In Sya Allah, pasti akan ada yang beri komen mengenai perubahan header anda! Dan paling penting, diri anda akan kembali semangat untuk menulis dalam blog dan hasilkan entri menarik ... :)
Kredit: Sue Anna Joe







Info yang berguna mr HH
31 January, 2013 09:48
saya jarang tukar header blog sebab susah nak buat yg ada tulisan korea ni. buat masa ni saya just maintan dgn simple header tu je
31 January, 2013 13:37
assalamualaikum hh...yer la betul apa yg hh ckpkan tu memang kekadang terasa boring juga jadi bila dah boring tu kena tukar juga la...;)
31 January, 2013 17:31
hihi...sy dulu rjin tukarrr..skrg pemalas
31 January, 2013 21:01
betul2..sy pun kdg dapat idea rasa nk tukaq yg bru lak..
31 January, 2013 22:00
setuju.....remy pun bercadang nak tukar apa yg patut.......
02 February, 2013 13:51
susah juga nak buat header yg bertepatan dgn tema blog (bg sy yg tak terer nak buat header ni la...)
03 February, 2013 11:01
Post a Comment