As-Salam. Sejak HH mula berblog, sekitar akhir tahun 2007 ...macam-macam dah tengok. Kemudian rasa malas nak update blog dah ... kemudian, muncul sesekali .... tapi kemudian di Ogos 2009, HH mula giat aktif dalam dunia blog Malaysia apabila nampak dunia blogger ini semakin meriah, dan semakin ramai orang nak baca blog.

Pada masa itu, blog masih lagi dalam proses memperkenalkan dirinya di Malaysia. Kebanyakkan yang buat blog ada tujuan tertentu ... dan pada masa itu, banyak blog yang muncul dok cerita pasal politik. Yelah ... kalau tak salah dekat2 pilihanraya. 

Dunia Blog Banyak Cerita Dusta

Kemudian nampak blog ini ada pengaruh ... media arus perdana mula bercerita pasal blogger. Blogger politik menyerlah. Dan ramai orang di luar sana anggap bahawa dunia blog banyak cerita dusta yang tak pasti kebenaran, ramai anggap dunia blog adalah untuk kisah sensasi.

Tapi itu dulu, selepas satu persatu dunia blog Malaysia mula diberikan perhatian. Semakin ramai blogger didengari suaranya, kali ini mereka ini bukan blogger politik, tetapi blogger yang lain-lain. Ada blogger cerita pasal pengalaman di luar negara, ada blogger cerita pasal tips dan petua kecantikan, ada cerita pasal camner nak pakai tudung ... uhh macam-macamlah.

Blogger Raih RM12000 Sebulan

Blog Boleh Jadikan Seseorang Jutawan

Lepas tu, makin meletup bila blogger ternama keluar akhbar, muka depan lak tu. Perghh boleh buat duit la dengan blog! Ramai mula celik mata. Tatkala itu, dunia blog diserbu blogger-blogger baru yang cuba untuk mengapai impian dapat duit ribu-ribu hasil berblog.

Kemunculan Platform Pengiklanan Blog

Medium pengiklanan blog pun muncul satu persatu. Masing-masing cuba buat keuntungan hasil dari kebanjiran blogger yang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Hari-hari ada blog baru, malah ramai blogger yang dah lama berblog mula ada blog lebih dari dua ... uhh lebih dua ..bukan satu... semata-mata nak ambil peluang letak media iklan ini di dalam blog mereka.


Asal dunia blog ialah tempat perkongsian cerita dan informasi. Awal dunia blog, banyak blog adalah terjurus kepada blog yang ada tema dan niche tertentu. HH sering sahaja lawati blog yang dok cerita pasal basikal dari A sampai entri terbaru. HH juga pernah jumpa sebuah blog yang dok bercerita kisah kucing ... kisah kehidupan si kucing yang ditulis oleh pemiliknya (blogger).

Blog Informasi Ambil Tempat Dunia Blog

Pastu, kisah peribadi ... campur-aduk macam-macam. Kemudian, blog informasi yang lagilah bercampur aduk .. ada kisah retis, kisah politik, kisah lawak, kisah anu .. kisah ani ... macam-macam. Tak disangkal, blog-blog ini mendapat tempat yang menggalakan dalam dunia blog tanahair. Ramai suka baca ... malah enjin carian banyak berikan tempat dalam laman pertama carian mereka.

Gitulah adanya kegilaan blogger Malaysia. Dari mula biasa-biasa berblog, mula fikir soal dapat ribu-ribu dari blog, pastu ada fikir nak jadi popular, pastu ada fikir nak jadi nombor satu dalam enjin carian .... uhh macam-macam. 

HH hampir pasti sudah melihat kesemua gelagat ini - kegilaan blogger Malaysia.

20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Senyum saya baca entri ni. Saya sendiri ada dalam 3 blog tapi 2 blog yg aktif. 1 personnal n 1 lagi fan blog. Fan blog saya dah capa 1.4juta view. Alhamdulillah..cuma sekarang saya cuba untuk balance update fan blog n personnal blog. Thanks HH, banyak info yg saya dapat drpd blog HH ni

    BalasPadam
  2. betol apa yg bro HH perkatakan..ada juga bt blog semata2 nak cerita kisah seks dia....yg ni lagi la sengal kan?

    BalasPadam
  3. erm... btl tu HH... ada blog y semakin meraih keuntungan semua dh giler blogging...

    BalasPadam
  4. memang gila...sampai sanggup mencari apa saja maklumat untuk membuat duit secara berblog.

    BalasPadam
  5. slm ^^ sy mula berminat buat blog akhir 2010,itu pun sebab sy suka membaca blog 2 tempatan dan sy sendiri minat membaca dan menulis,terhasillah blog sy skrg ni.


    # nk mta tlg sgt kt bro HH, sy puas google smlm tp xda jwpn yg dpt selesaikan mslh.sy pelik knpa setiap kali sy try google nama blog /entri saya,tapi blog sy trs jumped ke link youtube "origami'?sy rasa sy x pernah share video youtube ttg origami.ada sorg kwn blogger bthu mgkn ada video dr youtube yg pernah di share utk entri,dh cracked.


    atau mgkn sy kena buang dulu semua senarai bloglist,cookies sy dh clearkan,mcm mana ye,sy x tau nk tya sapa huhu.trm ksh byk2

    BalasPadam
  6. ada mcm2 reason ye org berblogging......remy dulu pun tak tahu kenapa nak ber blog... mungkin org ckp boleh buat duit.... tapi realitynya ...tak semudah yg disangka...... tapi dunia blog buatkan remy update situasi semasa...... info terkini dan juga tip2..... so remy ambil yg positif

    BalasPadam
  7. Ya ...memang tidak mudah yang disangka. Kalau setakat buat blog kerana duit ... hmmm .... memang buang masa ... :)

    BalasPadam
  8. Betul tu @41deccb288d1c985a03dca9c250223ff:disqus ... saya pernah menjadi seperti itu satu ketika dahulu

    BalasPadam
  9. Jangan betul2 gila dah la ..sbb tak dapat untung .. lalalala

    BalasPadam
  10. Hahahaa... saya faham maksud komen anda, dan saya tahu apa yang anda sedang perkatakan .. :)

    BalasPadam
  11. Hmm .... nanti saya cuba rungkai permasalahan ini ...

    BalasPadam
  12. Kalau berblog kerana ingin memberi adalah satu pilihan yang bagus :)

    Berblog RM12K? Kaw2 dia....

    Itu kalau dapat tu memang berhenti kerja :D

    BalasPadam
  13. Mohon Cik @07ae4c8be869ac520ddca991f1d72634:disqus bagi link untuk memudahkan Tuan @hasrulhassan:disqus analisis apa yang perlu diperbaiki & apa yang saya boleh bantu....

    Hehe.... harap Tuan tanah tak marah ye ;-)

    BalasPadam
  14. Saya dah tgk blog tu ... saya terpaksa stop loading blog tu untuk tgk kod, jika blog @07ae4c8be869ac520ddca991f1d72634:disqus habis load je .. pasti akan redirect ke Youtube ... hmm cuba lihat balik redirection dalam dashboard blog, mungkin ada sesuatu di situ, sekadr untuk check kemungkinannya.

    BalasPadam
  15. saya juga ada kegilaan tersendiri. Gila update blog! Kekadang lebih dari 20 entri sehari. macam yang Ben Ashaari buat.

    BalasPadam
  16. Saya tak pasti @07ae4c8be869ac520ddca991f1d72634:disqus ..... sukar saya nak detect .. tapi ia berlaku kadang-kadang ..sbb tadi saya cuba klik blog ...ok je plak ... dari laptop.

    BalasPadam
  17. yeeahhh..redmummy :)

    BalasPadam
  18. Blogger semakin hari semakin bertambah..mcm cendawan tumbuh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement