As-Salam. Dulu, tak ada blog, malah diari yang ada pun ntah ke mana dah hilang. Jadi, inilah kesempatan buat anda sebagai orang yang ada blog untuk kongsi kisah menarik semasa zaman kecil anda. Banyak yang menarik ...percayalah. Cuba ceritakan kisah menarik anda zaman kecil kepada pembaca blog anda, tentu akan ada yang akan berikan komen best!

Kisah anda zaman kecil, bukan sedikit punya cerita ... bergantung pada ingatan anda. Anda boleh cerita samada dari A sampai Z, atau mungkin ambil klimaks sahaja dalam penceritaan anda itu. Jika rasa macam banyak nak cerita tentang satu kisah, anda boleh buat sebagai entri bersegmen, berepisod atau bersambung-sambung. Cuma kena pastikan entri pertama anda cukup ummmphhh untuk orang lain terasa ingin tahu akan sambungan cerita anda dalam blog.

Macam kisah anda pergi melancong atau ikut lawatan sekolah, macam naik Bukit Bendera ke apa ke ... mesti boleh cerita punya, tak banyak ..sedikit pun boleh.

Idea tulis Entri Blog - Kisah Zaman Kecil

Anda boleh cerita kisah anda main dalam sawah bendang, boleh cerita kisah anda kena sunat, boleh cerita kisah anda lari dari sekolah ... macam-macam cerita. Untuk permainan kata kunci pula, anda boleh kaitkan dengan berita semasa atau isu panas yang sedang dok dimainkan di blog-blog orang lain.

Atau anda boleh kaitkan dengan laman-laman web tertentu untuk membina backlinks entri blog anda. Contoh macam zaman kecil anda pernah melawat Zoo atau Muzium Penang, boleh ceritakan pengalaman anda sewaktu itu dan kaitkan dengan waktu sekarang, kedudukan muzium, perubahan yang ada .. semua-semua tu boleh menjadikan entri kisah peribadi menjadi sebuah entri berinformasi yang boleh menjana trafik kerana SEO.


Oh ya, anda boleh berikan tips2 tertentu dalam entri anda, sebagai salah satu header (h2 tag) bagi mendapatkan trafik SEO kata kunci menerusi header tag.

Contohnya, anda cerita pengalaman anda bersunat dengan tok mudim di kampung. Tentu ada petua lama yang anda ingat yang diceritakan oleh Tok Mudim atau ayah atau tok anda ketika itu. Kongsikan, pasti ia akan buat pembaca terasa best membaca entri anda.

Atau contoh lain, kisah anda zaman kecil selalu ponteng kelas .... anda pergi mana, anda buat apa, kalau ada gambar tempat anda pergi tu, anda letakkan sekali. Lepas tu, anda ceritakan kesan buruk yang telah anda dapat sebab perlakuan nakal anda zaman kecil tu. HH pasti akan ada pembaca yang seronok baca kisah anda tu kelak.

HH pernah kongsikan mengenai kisah pengalaman HH makan jagung bakar di tepi sungai dalam blog NazimHassan.com; trafik sebabkan entri tersebut memang banyak. Tak ada main SEO sangat pun, hanya berbekal gambar jagung bakar yang dipinjam dan juga kisah tentang jagung yang simple.

Cubalah. Pastinya pengalaman masing-masing masa kecil itu unik. Haaa .. dah ada satu keunikkan untuk blog anda. :)

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya sangat berharap bahawa komen saya nie boleh lepas piawaian blog HH untuk publish sebab sebelum nie selalu gagal.


    Saya setuju dengan HH. Sebab tu lah saya pun kongsikan juga development saya sejak bersekolah.

    BalasPadam
  2. Hmm .. nih elok je kuar komen .. :P ....

    BalasPadam
  3. Semua komen akan terbit automatik kecuali komen yang disertakan link url ... ia akan dikuarantin untuk elakkan spam ... jadi jangan risau ... kalau mahu dapat backlink ...terus je daftar dengan DIsqus..boleh beri bintang untuk komentor!

    BalasPadam
  4. Menarik juga sbnrnya klu hsilkn entri mcm ni

    BalasPadam
  5. Nanti nak cuba la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement