As-Salam. Aiyo .. aiyo .... dek kerana beberapa posting dari seorang blogger yang bercerita mengenai Hantu UiTM Lendu berdasarkan hearsay atau dengar-dengar ni, telah berlaku satu fenomena luar biasa di laman maya, di mana-mana samada di Twitter, Facebook dan blog memperkatakan tentang kewujudan Hantu UiTM Lendu ini.
Yang kita, tak berada di UiTM Lendu mungkin tak terasa sangat penangan cerita hearsay kisah hantu yang diragui kesahihan ini, tetapi bagi mereka yang memang ada di situ .. haa macam mana? Tak tertekan jiwa raga. Soal benar atau tidak pada mereka tak timbul, apa yang mereka tahu ... mereka takut andai ia memang benar, mereka takut akan menjadi 'mangsa'.
Hantu UiTM Lendu Menarik Perhatian Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Sebenarnya, kisah ini memang telah menjadikan mereka mangsa. Apabila dah ramai sangat bercerita kisah Hantu UiTM Lendu ni, disamping ada dakwaan mengatakan ia merupakan kisah benar ... maka ... jangan hairan pula, akan lebih ramai jadi histeria sebab cerita yang digembar-gemburkan ini.
Menarik sekali kisah Hantu UiTM Lendu mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka sendiri dan pihak pengurusan tertinggi UiTM, walhal cerita histeria, hantu, pukau, santau, duit hilang memang telah menjadi cerita menarik di sekolah asrama penuh, ipt tempatan, asrama pekerja, asrama kakitangan sejak lama dahulu lagi.
Kisah Histeria Memang Popular di Tempat Berasrama
Kisah histeria memang popular di kawasan yang berasrama ni. Sekolah asrama penuh, sekolah teknik, ipt yang jauh dari kesibukan kota sering dijadikan lokasi kejadian. Ditambah lagi dengan kisah hantu itu dan hantu ini.
HH sendiri pernah mengalami 3 kejadian histeria besar di sekolah menengah. Serius. Bukan cerita rekaan, benda memang berlaku, malah berlaku pada rakan-rakan ... dan HH menjadi saksi segala kejadian ini. Namun, ia tidak diceritakan secara meluas untuk pengetahuan umum, kerana ia akan disalah ceritakan. Manusia, kadangkala suka tokok tambah benda... nak bagi pelaris dan penyedap... ala macam kesan khas dalam filem, walhal bukan itu yang sebenarnya berlaku.
Cerita-cerita sebegini sepatutnya tidak perlu diceritakan secara meluas, takut nanti akan terjejas akidah. Ini bukan cerita biasa .. ini cerita yang libatkan kepercayaan. Soal alam ghaib bukanlah sesuai diceritakan oleh orang kebanyakkan macam HH serta macam anda. Tak gitu?
p.s: Terfikir kenapa kejadian ni banyak berlaku kat tempat2 macam ni ... hmmm .. adakah manusia lupa bahawa dunia ini bukan milik manusia sendiri tetapi juga dihuni oleh makhluk Allah lain. Sesungguhnya Allah telah memberi pesan kepada kita semua agar sentiasa buat baik sesama makhluk ...
Rasulullah saw bersabda: "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbalas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Ia menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayangNya pada hari kiamat nanti". (HR Muslim)
p.s: Terfikir kenapa kejadian ni banyak berlaku kat tempat2 macam ni ... hmmm .. adakah manusia lupa bahawa dunia ini bukan milik manusia sendiri tetapi juga dihuni oleh makhluk Allah lain. Sesungguhnya Allah telah memberi pesan kepada kita semua agar sentiasa buat baik sesama makhluk ...







oh..agak menyeramkan..tp kena betul2 siasat ni
20 January, 2013 17:10
Ada org ckp penulis blog tu tipu. tp budak uitm lendu yg dekat twitter sane ckp mmg ada .. rumit nie..
20 January, 2013 17:22
Ada atau tidak, sepatutnya orang luar tak perlu tahu .. ia buat panik je .. walhal yang dok dalam tu ok je. Org luar dok bercerita, tetapi cerita mereka banyak tokok tambah. Boleh jejaskan uitm dan sebar perkara tak betul
20 January, 2013 17:24
Hmmm memang nampak seram. HH dulu ... kena curfew dalam dorm bila snior histeria mengamuk bawak parang ..pukul warden .. tapi tak heboh di media pun. Senyap2 deee
20 January, 2013 17:25
Ye ke? Masa saya sekolah dulu pun ada dgr cerita hantu disekolah saya sbb mmg ada beberapa kes pelajar bunuh diri dan masa saya ting 2 pun ada student bunuh diri minum racun dan paling seram sbb sekolah saya betul2 sebelah kubur kristian n perkuburan Islam..
20 January, 2013 18:03
tahun lepas, kami berdepan dengan kes histeria pertama kali..lebih 50 orang pelajar kena
20 January, 2013 19:48
Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...
Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...
Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...
Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...
Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...
SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...
Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...
Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...
21 January, 2013 11:16
Kat mana tu @twitter-52066260:disqus ?
21 January, 2013 11:39
Post a Comment