As-Salam. HH pasti ramai blogger, pembaca dan pengunjung blog ini mempunyai kenderaan sendiri. Dan hampir pasti ramai juga yang sudah mengetahui akan AES, Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipantau dan diselenggara oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia merupakan sistem untuk mendidik para pemandu di Malaysia akan peri pentingnya untuk patuh pada undang-undang jalanraya.
Sistem ini yang disediakan oleh JPJ merupakan sistem automatik untuk mengesan pesalah jalanraya yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi hadlaju yang dibenarkan dan melanggar lampu isyarat merah.
Bagaimana AES Berfungsi?
Sistem ini telah digunakan di kebanyakkan negara maju dan didapati terbukti berkesan untuk mendidik pengguna jalanraya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalulintas tak kira masa dan keadaan. Ia merupakan sistem yang adil dan telus memandangkan ia akan mengesan kesemua pesalah tanpa mengira jantina, umur, pangkat mahupun jenis kenderaan yang dipandu.
Saman akan dikeluarkan oleh JPJ (bukan PDRM) apabila imej yang dirakam oleh AES menepati syarat-syarat perundangan dan kesalahan yang dilakukan.
Untuk info, kesemua lokasi AES ditetapkan oleh MIROS, dan kedudukannya adalah di lokasi panas yang sering berlaku kemalangan maut.
Sehingga kini, lokasi-lokasi AES adalah telus dan ianya tidak disembunyikan dari pengetahuan umum. Di mana lokasi kamera ini berfungsi, satu papan tanda amaran yang jelas akan diletakkan sebagai peringatan buat pemandu. Oleh itu, pemandu mempunyai pilihan - samada angkuh dengan peraturan atau mengikut undang-undang lalulintas yang ditetapkan.
Peta Lokasi AES di Semenanjung Malaysia
Sumber: Drivesafe






panduan yang berguna...tp dlu ramai yg x suke AES..mybe sbb diorang nie bawak kenderaan x berdisiplin kot..
31 January, 2013 07:53
kalau kita sentiasa berjaga2 dan ikut peraturan....... tak letak kamera pun takpe...semuanya insyaAllah selamat...
02 February, 2013 13:54
Ya, jikalau semua pengguna jalanraya seperti anda, tentu tak ada kemalangan maut menanti ...
03 February, 2013 02:57
Post a Comment