8 Idea Bisnes Online Menerusi Blog - Anda teringin untuk berniaga online menerusi blog? Mungkin ada yang berminat untuk mengembangkan perniagaan sedia ada ke alam maya. Atau mungkin ada yang baru nak berjinak buat bisnes online menggunakan blog..... tetapi tidak tahu mahu menjual barang atau produk apa. In Sha Allah, melalui entri ini, saya akan berkongsi beberapa tips dan petua untuk mencari idea bisnes online untuk anda.

8 Idea Bisnes Online Menerusi Blog

Jual Hobi Anda

Apakah perkara yang anda suka lakukan di waktu lapang? Inilah yang boleh anda jual di alam maya. Contoh paling senang, jika anda suka buat cupcake atau kek cawan, maka anda boleh jadikan blog anda sebagai salah satu cara ketengahkan minat anda itu untuk dibeli oleh orang lain. Tak perlu banyak, sedikit sebagai permulaan sudah memadai. Ini baru dikatakan berbisnes dari rumah.

Jual Hobi Orang Lain

Mungkin anda tiada hobi khusus, tetapi anda tahu seseorang yang punyai hobi unik yang boleh anda pasarkan. Katakan jiran atau anak jiran anda pandai menjahit manik pada pakaian, maka anda boleh ketengahkan hasil jahitan manik si jiran anda ini di dalam blog. Anda hanya pasarkan hobi orang lain untuk anda berbisnes online.
[Baca] Tips dan panduan untuk mereka yang mahu main saham - Teknik Saham Terbaik

Jual Produk Keperluan Asas Manusia

Haaa.. masa sekolah dulu ada belajar kan .... 3 perkara asas utama bagi manusia, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. 3 perkara ini dan yang ada kaitanya dengannya adalah produk-produk yang boleh anda jual secara online melalui blog....kecuali tempat tinggal anda lah .. takkan nak jual rumah anda yang sedang anda duduk ni... huhuuhuu.... makanan dan pakaian adalah yang paling mudah. Anda boleh cuba jual dan mulakan bisnes baju kurung.

Jual Kehendak Kepada Keperluan Asas Manusia

Mudah. Bila anda dah tahu apakah keperluan asas manusia, dan anda dah dapat jual keperluan tersebut, maka juallah pula akan kehendak yang ada kaitan dengan keperluan tadi. Contohnya, anda jual baju kurung, sebagai tambahan, anda jual juga tudung serta kain. Contoh lain, katakan anda jual pakaian atau baju kurung cekak musang, anda tambah kehendak dengan jual jahitan manik pada pakaian atau baju kurung tadi. Secara tak langsung anda boleh mark-up harga dan jual dengan harga yang lebih tinggi dari biasa.

Atau mungkin anda jual karipap segera secara online, anda boleh tambah kehendak dengan membuatkan pembungkusan cantik sebagai hadiah atau hantaran perkahwinan.
[Baca] Ketahui bagaimana seorang blogger berjaya jadi usahawan tudung - Blogger Nurul Hidayati Buat Jualan RM30K Sebulan!

Jual Produk Yang Diguna Seharian

Apa yang selalu digunakan seharian? Contoh seperti minyak wangi dan juga sabun herba, anda boleh jual produk ini secara online dengan harga murah. Ia merupakan produk yang sering dipakai baik lelaki mahupun perempuan. Seperti yang di atas, anda boleh tambah kehendak pada produk anda, seperti menyediakan khidmat gubahan pada produk anda tersebut.

Jual sabun mandi, ubat gigi, sudu, garfu pun boleh kerana ia produk-produk yang digunakan seharian. Cari produk seharian yang agak unik sebagai satu nilai tambah.

Jual Produk Yang Sukar Untuk Didapati

Selalunya produk-produk vintage atau yang sudah dikategorikan sebagai antik. Produk-produk ini ada peminatnya sendiri. Baru semalam, saya ada baca satu blog yang mencari botol-botol kaca minuman lama... ini adalah produk yang boleh dijual dengan harga tinggi jika kena caranya. Jika anda ada barangan lama, cubalah anda jual ..mana tahu akan ada yang akan membelinya nanti. Boleh cari banyak barang ni di Pasar Karat

Jual Bakat Anda

Apa yang paling anda tahu buat? Katakan anda pandai lukis Doodle ... maka anda boleh jual bakat melukis anda itu secara online. Anda pandai buat header blog, maka juallah bakat anda untuk melukis header blog orang lain. Mudah kan?

Jual Pengetahuan Anda

Kalau anda tahu mengenai sesuatu, anda boleh buat ebook. Ebook sangat mudah dibuat, guna Microsoft Word pun boleh, yang kemudiannya anda tukarkan atau formatkan menjadi fail pdf. Pengetahuan sangat didamba ramai, dan ia tidak pernah lupus. Apa yang perlu anda buat ialah menjual pengetahuan yang ramai orang mahukan. Namun kena pastikan anda tahu apa yang anda tulis dan jual tersebut.

Contohnya, anda boleh menjual pengetahuan anda dalam bidang fotografi dengan buat satu buku atau ebook mengenainya. Jual dengan harga murah kerana kebanyakkan buku fotografi adalah mahal. Ini satu kelebihan buat anda.

Itulah serba sedikit idea bisnes online menerusi blog yang boleh anda praktikkan dan mulakan. Anda banyak lagi idea bisnes online yang boleh anda cari sepertimana saya mencari idea ini untuk memberikan anda idea untuk anda ketahui mengenai idea bisnes online (apa punya ayat la .. ).

Ketahui juga ciri-ciri sebuah blog niaga yang baik di sini: 20 Ciri Sebuah Blogshop yang Baik

Selamat berbisnes online!

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement