Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Bloglist 2013 dan MSMW2013

As-Salam. Dah hampir penguhunung tahun 2012. Bloglist HH yang ada telah banyak memberikan inspirasi buat blog ini. Sudah sampai masanya ia memerlukan penghuni baru. Kepada blogger yang berminat untuk dimasukkan ke dalam bloglist yang akan HH rombak buat blog ini, pastikan anda nantikan pengumuman di Facebook Fanpage blog ini.


Kepada rakan blogger, bermula 1 Januari 2013 ... HH akan memerlukan sokongan dan undian kalian untuk undi blog ini dalam MSMW2013 bagi kategori Blog Pendidikan Pilihan. Saingan nampak memberansangkan, apatah lagi ada rakan blogger popular termasuk di dalam senarai pilihan.
Calon Blog Pendidikan Pilihan MSMW 2013
MSMW2013 adalah langkah awal untuk memperkenalkan blog ini kepada dunai blog Malaysia pada tahun 2013. Tak mengharapkan apa-apa, tetapi kalau berjaya ... ianya satu bonus. Serius kata, MSMW2013 sekurang-kurangnya beri ruang untuk blog ini dikenali dan untuk membina jenama serta kredibiliti.
Dulu tak yakin, kini ada sedikit keyakinan untuk mengatakan blog …

Widget Aluan Untuk Pengunjung Blog

As-Salam. Tentu agak mengujakan apabila setiap kali kedatangan pengunjung ke blog disambut mesra. Jika anda mahu pengunjung blog anda merasa diri mereka sedang dihargai kehadiran, maka HH sarankan anda gunakan widget mudah ini untuk diletakkan di blog.
Widget ini akan memaparkan atau merekodkan kedatangan pengunjung blog anda menerusi cookies. Setiap kali pengunjung baru singgah ke blog anda, mereka akan disambut dengan kata aluan contohnya seperti - "Selamat Datang. Ini adalah kunjungan kali pertama anda!"
Atau jika pengunjung itu merupakan pengunjung blog anda secara kerap, kata aluan ini pula akan keluar di blog, contoh - "Terima kasih kerana singgah lagi. Kali terakhir anda singgah adalah pada ...."
Anda boleh lihat contoh penggunaanya di blog ciklaili.com ini:


Kod HTML Widget Aluan Pengunjung Blog
<script type = "text/javascript">
//
var days = 730; // days until cookie expires = 2 years.
var lastvisit=new Object();
var firstvisitmsg="Thi…

Jejak Backlinks Guna E-Referrer

As-Salam. Widget Pilihan kali ini, HH tampilkan E-Referrer, sebuah gadget untuk memaparkan mana-mana laman web dan blog yang memberikan backlink atau pautan-berbalik kepada blog anda. Ia sesuai digunakan untuk mengenalpasti blog-blog mana yang memberikan impak trafik secara dalam talian (online).
Dengan menggunakan E-Referrer secara tidak langsung blog anda telah membuat backlink secara automatik kepada blog-blog atau laman web yang memberikan trafik ke blog anda. Dengan pertambahan backlink berkualiti, secara tidak langsung ia akan meningkatkan keupayaan blog anda di dalam enjin carian.
Jejak Backlinks Guna E-Referrer

Dan menerusi laman web E-Referrer, anda boleh lihat senarai url yang memberikan backlinks kepada blog anda dengan lebih lagi. Malah, anda boleh tapis mana-mana url yang anda fikir tidak relevan ditunjukkan di blog anda, contohnya anda tidak mahu backlinks daripada laman web agregator seperti busuk.org, ohbelog, apesal.com dan sebagainya.
Untuk mendapatkan widget ini, a…

Cinta Tanpa Restu Blogger Namee Roslan

As-Salam. Sebelum bermula bicara lebih panjang, HH ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada rakan blogger Namee Roslan. Kenal? Mungkin ada yang tak kenal, dan mungkin ramai yang dah kenal dengan blogger cantik bernama Namee Roslan ni.
Nama sebenar Namee Roslan adalah Nameerah Roslan, seorang blogger yang lahir pada 9 Mei 1988. Pernah jadi satu isu dalam dunia blog Malaysia apabila blogger ini dikatakan bukanlah seorang perempuan! Haaa.. panas gak isu ni ... sampaikan Namee Roslan kena buat entri untuk tunjukkan bahawasanya dia adalah seorang perempuan tulen! Dan yang buat entri pasal Namee Roslan adalah lelaki ini adalah tidak lain blogger yang juga hebat iaitu Amal Espraza dengan blognya TheGarang.
Dan mungkin ada yang tertanya, adakah Namee Roslan ini ada kaitan dengan model, pelakon dan blogger bernama Lynda Roslan? Mungkin juga ada yang tertanya, apakah kaitan Namee Roslan dengan blogger bernama Ujang atau Azfar Roslan? Sebenarnya tak ada kaitan pun.
Gambar Namee Roslan

Sekali…

Bajet 2013 | Senarai Telefon Pintar Rebat RM200

As-Salam. Tentu ramai dah sedia maklum mengenai Rebat RM200 untuk belia mendapatkan telefon pintar dalam Bajet 2013. Ia satu perkhabaran gembira untuk mereka yang teringin berada di dunia serba teknologi ini. Namun, di sebalik khabar gembira, ada suara-suara yang tidak berpuas-hati mengenai syarat yang dikenakan oleh kerajaan, termasuklah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).
Apapun, setiap perkara baru tentu akan ada cacat cela. Diharap kerajaan mendengar suara-suara ini agar apa yang ingin dilakukan mencapai matlamat sebenar. 
Ok, jenis, jenama telefon pintar yang bagaimana yang telah diberikan lampu hijau untuk penerimaan rebat RM200 ini? Berikut, HH kongsikan infografik yang telah disediakan oleh MalaysiaKini.com mengenai senarai telefon pintar rebat RM200 untuk belia menerusi Bajet 2013.
Senarai Telefon Pintar (Smartphones) Rebat RM200 Bajet 2013

Dimaklumkan senarai ini adalah berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh SKMM dan senarai telefon pintar yan…

Fikir Masak Ranum Bila Buat Nama Blog

As-Salam. Ada rakan blogger yang bertanya pada HH, apakah kesan jika blog tukar nama - samada tukar nama blog, tukar nama domain, tukar url blog? Sekadar berkongsi apa yang HH tahu, memang ada kesan-kesan tersendiri apabila seseorang pemilik blog tetiba ada hasrat untuk tukar nama domain atau url blog.
Fikir Masak Ranum Sebelum Beri Nama Blog
Pertama sekali, sebelum HH dok bebel pasal kesan tukar nama domain atau url blog ini, nak nasihatkan kepada mereka yang terasa nak buat nama domain atau baru nak reka blog, fikirlah semasak-masaknya .... bukan suku masak, bukan separuh masak nama blog dan url blog kita ni. Sebabnya jika sekali dah pilih ..... ia akan terus melekat dalam dunia maya ni.
Contoh paling mudah .... cuba anda taip dalam Google perkataan ini - Bangku Kosong.


Halaman pertama enjin carian Google ... apa yang anda nampak? Kan ... ada url dan nama blog ni. Dah jadi sebati, dah senonim. Mana tidaknya, HH telah menjenamakan blog ini satu ketika dahulu dengan nama Bangku Koso…

Entri 18SX Kegemaran Ramai

As-Salam. Entri paling laris adalah entri yang ada unsur 18sx. Pasti akan ada yang mencari. Bagi seorang blogger yang bertanggungjawab, tidak salah untuk buat entri sebegitu, cumanya ... tahu cara, etika, adab, budaya .. dan terutama sekali agama.
Tak dinafikan entri sebegini memang menarik minat ramai. Boleh dapat trafik tinggi mencanak tanpa henti. Namun, dalam sibuk kita mencari trafik untuk blog, pada ketika sama cuba selitkan apa yang perlu untuk kebaikan bersama. Tajuk mungkin 18sx tetapi isi kandungan belum tentu sepenuhnya berbaur begitu.

Ada pendekatan yang boleh diketengahkan untuk menanam nilai-nilai kebaikan. Buat dengan berhati-hati, agar tidak mengaibkan .... cari fakta setepat yang mungkin agar tidak mendatangkan fitnah. Ya, bukan mudah ... tetapi boleh dilakukan.
Jika tersalah dan tersilap atau mungkin entri itu singgung perasaan yang lain, cepat perbetulkan. Dan jika nampak sudah tersasar ... maka cepat-cepatlah buat entri kemaafan.
Oh ya, HH juga insan biasa. Andai …

Ustaz Azhar Idrus vs Uncle Seekers

As-Salam. Ustaz Azhar Idrus, nama individu ini muncul di tangga keenam dalam carian Google Malaysia, selepas nama Uncle Seekers. Menurut Google Zeitgeist, nama yang paling dicari dalam Google Malaysia bagi tahun 2012 .... adalah ...
10 Individu Paling Popular Google Malaysia 2012Whitney HoustonJeremy LinShila AmzahIzwan PilusUncle SeekersUstaz Azhar IdrusAdeleSheila MarciaOne DirectionAmanda Todd
Mengikut ranking yang telah dikeluarkan di laman web Zeitgeist, carian nama Whitney Houstan telah menjadi paling popular bagi tahun 2012. Diikuti oleh Jeremy Lin dan Shila Amzah.. Kemudian oleh Izwan Pilus dan kemudiannnya blogger Uncle Seekers.


Penceramah bebas yang memang awesome - Ustaz Azhar Idrus muncul di tangga keenam. Ustaz Azhar Idrus juga ada blog seperti mana Uncle Seekers. 

Responsible Blogging 2013 | Kempen Kesedaran Blogger Malaysia

As-Salam. Mungkin tak ramai yang mengetahui mengenai satu kempen yang sedang dijalankan oleh Crowdpot, sebuah lagi medium pengiklanan blog dan laman sosial. Dan sebagai satu langkah permulaan, pihak Crowdpot telah mengilhamkan Responsible Blogging 2013.
Apakah yang membezakan Crowdpot ini? Untuk makluman, bezanya ialah Crowdpot menyediakan medium pengiklanan bersifat Advertorial atau Sponsored Blog Post. Anda dibayar untuk setiap entri yang telah anda buat untuk jenama-jenama atau pengiklan tertentu, mengikut pilihan anda. Kempen Kesedaran Blogger Bertanggungjawab 2013 Kempen ini merupakan sebuah kempen yang telah dibawakan oleh Ninetology, sebuah syarikat terkemuka pengeluar telefon pintar. The Responsible Blogging 2013 adalah sebuah kempen peringkat kebangsaan (national campaign) yang bertujuan untuk mempromosikan etika berblog yang betul dan menghormati tataterbit perkongsian maklumat yang betul dan benar.
Kempen ini memperkenalkan 9 Kata Kunci Emas (9 Golden Rules)
Ganjaran Dibe…

Rahsia Sebenar Blog Pagerank Tinggi

Rahsia Sebenar Blog Pagerank Tinggi - Ramai yang tanya, bagaimana nak tingkatkan Google Pagerank? Sebenarnya rahsia blog ada pagerank tinggi adalah bukan satu rahsia pun, malah dah berkali-kali blogger yang berpengalaman beritahu, cuma mungkin tidak secara terus .... namapun rahsia kan .. hehehe.. kenalah sipi-sipi je.
Apa yang dikatakan rahsia sangat ni? Rahsia sebab kita melakukan bukan nak nampakkan sangat kita cuba menaikkan Google Pagerank kita. Ia merupakan satu aktiviti yang telus tetapi dalam masa yang sama, ia akan mempengaruhi kedudukan Google Pagerank kita secara diam-diam. Rahsia sebenar adalah backlink. Kita perlu membina banyak backlink berkualiti untuk blog, di dalam blog, di dalam entri dan antara blog-blog yang kita singgahi, lawati, serta komen. Kena rajin sikit buat backlink untuk entri-entri yang mendapat kedudukan tinggi dalam enjin carian dengan kata kunci yang sama.
HH pernah berikan sebab-sebab lain kenapa bina backlinks ini penting, mungkin jika terlepas baca,…

10 Filem Paling Laris 2012

As-Salam. Apakah filem terlaris seluruh dunia bagi tahun 2012? Tentu dalam fikiran anda dah ada senarai-senarai filem kegemaran anda. HH fikir tak jauh telahan anda dengan senarai yang dikeluarkan oleh Box Office. Mari lihat filem apakah yang paling laris tahun ini, dan filem manakah yang mengutip jumlah kutipan paling tinggi sewaktu pembukaan.

10 Filem Paling Laris 2012

#Filem (Pengedar)Kutipan KasarKutipan PembukaanTarikh Keluaran 1Marvel's The Avengers (Disney)$623,357,910$207,438,708May 04, 20122The Dark Knight Rises (Warner Bros.)$448,139,099$160,887,295Jul 20, 20123The Hunger Games (Lionsgate)$408,010,692$152,535,747Mar 23, 20124The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 (Lionsgate / Summit)$282,440,200$141,067,634Nov 16, 20125Skyfall (Sony / Columbia)$282,221,774$88,364,714Nov 08, 20126The Amazing Spider-Man (Sony / Columbia)$262,030,663$62,004,688Jul 03, 20127Brave (Disney)$237,236,938$66,323,594Jun 22, 20128Ted (2012) (Universal)$218,665,740$54,415,205Jun 29, 20129Madagasc…

Ingin Artikel Keluar Akhbar Tempatan?

As-Salam. Peluang untuk anda mempertajamkan kemahiran menulis anda. Mudah sahaja. Anda hanya perlu ceritakan pengalaman 2012 dan harapan 2013 anda dalam 50-200 patah perkataan. Apa sahaja yang terlintas atau yang sedang bermain di fikiran anda boleh tulis asalkan tidak langgar perkara-perkara sensitif.
Jika anda berminat, sila hantarkan artikel penulisan anda itu ke sinarharian.web@gmail.com sebelum 30 Disember 2012 ini.
Mana tahu, nukilan anda keluar dalam akhbar Sinar Harian. Dan .... ia boleh menjadi satu strategi untuk anda perkenalkan dan perkukuhkan jenama blog anda. Itu sudah pasti!

Tatacara Pengeluaran Wang KWSP Tunai Haji

As-Salam. Sedia maklum bahawa kerajaan Malaysia menerusi Bajet 2013 telah bersetuju dan membenarkan pencarum-pencarum KWSP mengeluarkan caruman mereka untuk menunaikan ibadah haji. Kemudahan ini akan dikuat-kuasakan mulai 1 Januari 2013. 
Untuk mana-mana blogger atau sesiapa sahaja yang berhajat untuk menunaikan haji tetapi tidak cukup wang semasa tawaran diterima dari Lembaga Tabung Haji, bolehlah ikuti langkah-langkah berikut untuk pengurusan keluaran wang KWSP dari akaun II untuk urusan haji.
Oh ya, baca tips berikut: Tips Tunai Haji Dalam Usia Muda.


Kaedah Pengeluaran Wang KWSP Akaun II Tunai HajiAhli pencarum perlu hadir di kaunter mana-mana cawangan KWSP.Bawa kad pengenalan diri (MyKad,MyPR, KP Polis / KP Tentera)Surat tawaran status terpilih daripada Lembaga Tabung HajiBuku akaun Tabung Haji (LTH) yang telah dikemaskini dalam tempoh 6 bulan.
Tiada borang permohonan diperlukan untuk urusan ini, tetapi pencarum dikehendaki menurunkan cap ibu jari pada notis pengesahan permohona…

Ciri Header Blog Sesuai Menarik Simple

As-Salam. Penting sekali buat blogger mempunyai header blog yang menarik. Menarik bukan untuk kita, tetapi untuk pengunjung blog. Ya, mungkin sukar nak dibuat bagi sesetengah blogger. Namun, jalan terbaik adalah dengan membuat header blog paling simple, yang menampakkan url blog atau nama blog dengan jelas.
Sesetengah daripada blogger Malaysia suka menggunakan header yang besar dan sangatlah jelas sampai lubang idung pun leh nampak. Tak salah jika jenama blog anda sudah kuat. Tetapi kalau blog anda masih lagi cuba cari tapak, cuba buat header yang simple tetapi menarik.
Cirian Penting Sesebuah Header Blog
Paling penting cirian dalam header tersebut, mesti ada nama blog, logo (jika ada), tagline untuk lebih catchy serta url blog. Logo jika tidak ada boleh sahaja anda letakkan gambar wajah anda yang kiut miut, ia juga sebagai penjenamaan blog anda terutama buat blog peribadi.
Untuk blogger baru, header simple adalah penting agar blog tak nampak serabut selain tidak menggangu masa load…

216 Warna Selamat Blog

As-Salam. Mungkin tak ramai yang tahu apakah warna-warna selamat untuk sesebuah blog. Erkkk .. apa tu warna selamat? Selamat dari viruskah? Selamat dari kena ceroboh? Selamat daripada kena hacked oleh Mat Hacker bin Mat Godam ke? Hmm .. warna selamat adalah warna yang akan papar sama je kat mana-mana komputer secara relatifnya.
Secara amnya, di dunia maya ada 216 warna yang dikategorikan selamat. Ia selamat kerana kebanyakkan komputer pada masa ini menggunakan 'campuran' warna ini. Apabila ia telah diset secara standard bagi kebanyakkan komputer, maka .. masa untuk load warna-warna ini di paparan komputer atau pelayar web adalah lebih pantas.
Blog perlu menggunakan warna selamat bagi membolehkan blog tidak ada masalah 'buta warna'. Mungkin apa yang kita lihat di depan kita tak sama dengan orang lain lihat di paparan komputer kita. Maka penggunaan warna selamat ini dapat membantu untuk hilangkan masalah ini, selain daripada meningkatkan keupayaan blog kita dipaparkan d…

Warna Putih Lebih Baik Untuk SEO

As-Salam. Jika anda lihat kebanyakkan blogger yang menerapkan unsur SEO (Search Engine Optimization) dalam blog akan menggunakan warna putih sebagai latar, malah ada yang menggunakan waran putih untuk tema blog mereka.
Blog dengan warna putih akan kurang cacat cela sebab ia selaras dan boleh nampak seragam dalam semua jenis pelayar internet. Lagipun, masa untuk load blog pun lebih cepat jika guna warna asas seperti warna putih.
Dan lagi, warna putih boleh serasi dengan warna-warna lain jika ada tanpa 'rosakkan' tema blog anda. Jika mahu blog yang mesra SEO, gunakan warna putih atau warna web yang lain.

Andai anda mahu mix and match, boleh gunakan padanan warna selamat berikut: 216 Warna Selamat Untuk Blog.

Selamat mencuba.

Gambar Farid Kamil - Diana Danielle Bulan Madu

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 
Gambar Honeymoon Farid Kamil-Diana Danielle

Kredit Foto: Instagram Farid Kamil

Blog dan Gambar Cun Nazeera Sardi

Nazeera Sardi, mungkin tak ramai yang kenal dengan pelakon baru ini. Gadis cantik ini telah pun memenuhi ruang dalam drama Hanya Padamu dalam slot Zehra TV3. Nazeera Sardi berlakon bersama Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy di dalam drama tersebut.

Seperti mana Zahiril dan Beto, Nazeera juga ada blog. Gadis yang muncul dalam TVC Burger King dan juga iklan Zalora ini telah berblog sejak dari 2010 lagi. Erkkk TVC Zalora? Ya, gadis yang dok menjerit tu adalah Nazeera Sardi. Dan di dalam TVC Burger King, Nazeera Sardi muncul bertudung bersama Izara Aisyah. Anda boleh lihat TVC yang saya maksudkan di akhir entri ini nanti.
Gambar Nazeera Sardi BertudungDrama Hanya Padamu merupakan drama ketiga yang dilakonkan oleh Nazeera Sardi. Drama ini sedikit sebanyak telah memberikan impak pada pelakon cantik ini. Anda boleh Google sinopsis drama ini yang katanya berkonsep Islamik. Sebelum ini Nazeera Sardi muncul sebagai pelakon pembantu dalam Jiwa Lara dan Tasbih Cinta Qasidah.
Blog Pelakon Nazeera Sar…

Gambar Tunang Syafiq Yusof, Anak Pengarah Yusof Haslam

Gambar Tunang Syafiq Yusof, Anak Pengarah Yusof Haslam. Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. Gambar Pertunangan Syafiq Yusof Haslam




*p.s: Jenguk-jenguk blog Syafiq Yusof .. mana tahu ada gambar lagi lawa!

Kenapa Blog Fatin Liyana Best?

As-Salam. Siapa yang tidak kenal dengan blogger bernama Fatin Liyana? Tipulah kalau tak kenal. HH boleh katakan pengaruh Fatin Liyana ni cukup kuat, sampaikan ada orang sengaja buat blog hanya kerana mahu 'bersama' Fatin Liyana.
Ramai ke pembaca blog Fatin Liyana ni? Setakat yang HH tahu, memang ramai ... sangat ramai, jauh panggang dari api dengan blog HH ni. Tak terlawan dibuatnya. Sekali pergi singgah ke blog Fatin Liyana, pasti akan ada lebih 100 pengunjung sedang online! Hatta ... si Fatin Liyana tak buat entri baru .... blognya tetap ada ramai pembaca. Hebat bukan?


Susah ke nak jadi seperti blog Fatin Liyana nih? Untung Fatin Liyana kerana memiliki kebijaksanaan dan juga wajah cantik. Apatah lagi terkenal juga dalam dunia modelling. Wajahnya pernah menghiasi majalah, akhbar malah pernah dijadikan sebagai cover sebuah Ebook!
Kenapa blog Fatin Liyana best? Orang biasa gak macam anda, macam HH ... malah dia ada perangai pelik yang mungkin anda tak tahu. Nak tahu perangai pe…

Keputusan Eizil.com Blogging Contest

As-Salam. Keputusan Eizil.com Blogging Contest telah pun diumumkan oleh pihak pengelola. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Ramai juga rakan blogger yang dikenali menang contest ini. Dan mereka memang hebat-hebat belaka.


Kepututusan Eizil.com Blogging Contest
Kategori Penulisan Terbaik - Pemenangnya adalah blog Affanruslan Kategori Backlinks Terbanyak - Pemenangnya adalah kujie2.com Kategori Penulis Pendapat Terbaik - Bro Blog Keperawatan, Bro Zulkbo, Bro Naziman
Keputusan penuh Eizil.com Blogging Contest boleh anda dapatkan di blog Eizil. Hadiah yang diterima memang lumayan, terutama kepada blog-blog berplatform wordpress. 
Sekali lagi tahniah buat blog-blog terpilih. Kepada Eizil.com, terima kasih kerana menganjurkan kontest ini untuk para blogger terutama di Malaysia.

Sejam Entri Terbaik Untuk Trafik Seminggu

As-Salam. Pernah anda lihat bagaimana entri yang anda tulis panjang-panjang dan ambil masa lama meletup di enjin carian? HH banyak kali merasai perkara demikian. Tahukah anda rahsia untuk hasilkan entri sebegini yang dapat memberikan trafik hebat selama berminggu-minggu?
Apa yang perlu anda lakukan adalah pengorbanan masa anda dalam sehari. Hanya sehari diperlukan selama sejam atau lebih untuk mendapatkan satu entri berkualiti, terbaik dan yang orang lain tidak lagi terbitkan.
Entri HH mengenai Illuminati, sejarah Freemason pernah meletup semasa awal blog ini diperkenalkan. Hari-hari ada sahaja trafik menerusi entri tersebut. Dan bukan sedikit, memang banyak. Dan banyak lagi entri-entri yang HH buat .... yang ambil masa lama untuk ditulis dan diterbitkan.
Sejam Untuk Tulis Entri Terbaik Bagi Dapatkan Trafik Tinggi Seminggu
Sejam? Lama betul nak tulis entri. Ya, kalau anda mahu kongsikan satu cerita yang berfakta, memang perlu anda peruntukan masa sebegitu. Kena dalami dan fahami apa…

Peluang Promosi Blog Tahun 2013

As-Salam. Tahun 2013 bakal tiba, tatkala ini banyak strategi dibuat oleh blogger untuk tampil lebih gah di tahun mendatang. Jadi, buat blogger baru yang sedang merangkak dan mencari tapak dalam dunia blog Malaysia tentu nampak sukar dan payah.
Maka, HH ingin berikan satu kesempatan untuk semua blogger, baik blog yang dah lama untuk dipromosikan di blog ini. Tetapi, HH tak mahu buat segmen, memandangkan ada segmen HH yang belum tamat, kerana tidak lagi memilih pemenang hadiah tunai RM50 yang disediakan. Ambil masa sedikit sebab HH perlu nilai, bukan pilih secara rawak seperti kebiasaan.
Peluang Promosi Blog Baru Tahun 2013
Untuk dipromosikan, mudah sahaja. Anda perlu jadi follower blog ini, tetapi pastikan anda update profile blogger anda, dan letakkan link blog anda di dalam profil tersebut. Jika tidak, agak sukar buat HH nak promosikan blog-blog rakan blogger semua.
Dari semasa ke semasa, secara rawak ... HH akan pilih mana-mana profil blogger di ruang followerblog ini, dan menampil…

Elak Kod HTML Blog Dicuri

As-Salam. Dalam dunia blog ini, memang ada wajah-wajah yang suka 'mencuri' hasil usaha orang lain. Ia bukan setakat hasil tulisan dalam blog tetapi ada yang lebih parah sampaikan kod html sesebuah blog pun diambil dan dicuri. Sikit atau sebahagian mungkin tak salah, dan tidak menyalahi etika sistem atau kod terbuka java. Tetapi kalau dah rupa blog pun sebijik serupa kiri kanan atas bawah ... uhh payahla.
Bukan isu baru, pernah satu ketika dahulu sebuah blog memang kena tiru sebijik-sebijik, sampai ramai blogger, pengunjung yang keliru siapa pemilik sebenar blog berkenaan. Blog yang ditiru tu terus melonjak namanya dalam dunia blog. Ranking naik dan jumlah follower jadi ribu-ribuan dalam masa yang singkat.
Jadi, mungkin anda tidak mahu usaha anda membangunkan blog anda diakhiri dengan aktiviti curi, klepek, rompak sebegini. Maka, HH sediakan satu cara buat mana-mana blogger untuk sorok atau lindungi kod html blog anda.
Elak Kod HTML Blog Disalin
Cuba perhatikan link ini:

<a …

Ucapan Maaf Bukan Satu Kesalahan

As-Salam. Seandainya anda telah tersalah dan tersilap menyebarkan informasi di dalam blog anda, cepat-cepatlah anda membuat entri mohon maaf. Bukan apa, sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab, anda seharusnya prihatin dan berlaku adil terhadap segala informasi yang disebarkan.
Mungkin kesalahan lalu tidak disengajakan, tetapi tidak salah rasanya jika anda membuat entri khas mohon maaf atas sesuatu perkara. Entri sebelum ini mungkin telah tersilap fakta sehingga ada hati yang terluka, dan mungkin kerana anda tidak membuat beberapa review terperinci sebelum anda buat entri tersebut, makanya, setelah anda mendapat maklumat kebenaran, perlu dan patut anda luangkan sedikit masa untuk buat entri mohon maaf.
HH pernah beberapa kali ditegur, selain mohon maaf atas entri yang mungkin tersilap sangka, tersalah interpretasi, entri yang menjadi isu perlulah diperbetulkan, atau cara paling baik, jika entri itu jejaskan sesuatu, maka perlulah ia dibuang (atas permintaan jika berkaitan).
Uca…

Blog Toi AF6 | Khairul Nizam Baharom

As-Salam. Khairul Nizam Baharom, keluaran Akademi Fantasia ini sebenarnya memang banyak bakat, dia boleh menyanyi, tulis lagu, boleh jadi hos, boleh berjenaka dan terbaru, berlakon bersama Uqasha Senrose yang cantik jelita.
Khairul Nizam Baharom sebelum memasuki AF merupakan seorang yang aktif dalam muzik tradisional, atau dengan lebih tepat lagi Angklong. Malah Toi pernah dapat 2 pingat emas atas bakatnya yang semulajadi ini. Pingat emas diperolehi semasa membuat persembahan di World Championship of Performing Arts di Hollywood pada tahun 2005. Dia juga menjelajah sehingga ke Denmark, Dubai dan Indonesia bersama angklungnya.
Blog Toi AF6, adalah kelolaan para peminatnya. Toi lebih banyak bersosial maya di laman Twitter.
Blog Toi AF6 (Khairul Nizam Baharom)

Dengar cerita, Toi AF6 akan bergandingan dengan Tedd Lotfy serta Uqasha Senrose dalam sebuah telemovie bertajuk Studio Kecah. Walaubagaimanapun, ia masih dalam proses konsep dan diarahkan oleh Kas Roshan.
Foto Tedd Lotfy - Uqasha Se…

Gambar Separuh Bogel | Sofea Putih | Ali Akhbar

As-Salam. Tetiba dunia blog Malaysia dikejutkan dengan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Banyak blog bercerita kisah gambar separuh bogel, hampir bogel model bernama Sofea Putih dan Ali Akhbar. Dua-dua dikhabarkan merupakan model profesional di Malaysia.
Sofea Putih merupakan bekas pelajar SBP di Pahang dan didakwa merupakan bekas pelajar IPT di Selangor. Model yang berani posing maut ini dilahirkan di Pahang pada 19 Mei 1994. Info ini HH dapatkan merusi Facebook yang mungkin boleh disalah faktakan.
Facebook Sofea Putih menggunakan nama lain, yang HH tak mahu dedahkan di sini (bukan makan sorang :P). Malah header Facebook Sofea Putih pun dah giler mengancam dengan foto yang membuatkan ramai lelaki terbeliak mata!
Gempar kerana Sofea Putih telah 'berkongsi' gambar-gambar photoshoot separa bogel dengan Ali Akhbar yang menjadi tatapan ramai. Kerana 'kesilapan' ini, ada blog telah menyiarkan gambar-gambar separuh bogel mereka, yang memang perghhhhh ... 
Gambar Sof…

'Blogger' Minta Izin Pada Keluarga Untuk Berzina

As-Salam. Jangan terkejut dengan tajuk 'panas' yang HH tampilkan, sekadar nak selitkan sesuatu untuk bacaan pengunjung blog. Bukan apa, perkara-perkara kecil kalau tidak kita tanggani, akan jadi besar. Macam api, bila kecil memang seronok main tiup-tiup ... andai dah besar, tiup la macam mana pun, panggil bomba la jawabnya.
Begitulah halnya dengan dunia masa kini. Ada perkara besar yang kita ambil mudah. Bukan nak angkat diri hebat sangat, khilaf diri pun banyak, tapi tak salah rasanya HH berkongsi sesuatu kebaikan untuk anda semua tahu, baca dan faham betul-betul. Kalau tak faham, bertanya pada yang arif. 
Minta Izin Keluarga Untuk Berzina Dengan Awek Hot
Sebuah kisah .... dicedok sebahagiannya untuk bacaan mudah ... nak tahu kisah penuh, dapatkan di penghujung cerita ini.

....................

Teruna : Yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang  dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik …

Cara Letak Twitter Follower Pada Blog

As-Salam. Andai anda ada akaun laman sosial Twitter, jangan abaikan ia. Ia sebenarnya satu platform mudah untuk anda bina jenama blog anda, selain dapat dijadikan tempat untuk anda mendapatkan trafik ke blog secara selamba. Malah. dengan akaun Twitter, anda boleh menjana pendapatan dengan beberapa platform pengiklanan popular seperti Churp-Churp dan juga SAYS Malaysia.
Jumlah pengikut twitter penting bagi memastikan anda dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan laman sosial Twitter ini. Untuk itu, cara paling mudah untuk menambahkan rakan serta pengikut Twitter anda ialah dengan meletakkan Twitter Follower pada blog. Cara Letak Twitter Follower Pada Blog
Mudah je. Semuanya dah ada di dalam laman sosial Twitter, apa yang perlu anda buat hanya tempek sahaja kod yang diberikan. Kod tersebut seperti berikut:
<a href="https://twitter.com/Akaun-Twitter-Anda" class="twitter-follow-button" data-show-count="true" data-lang="en" data-size="large&qu…

Buat Menu Dropdown Mudah Guna CSS Generator

As-Salam. Kadangkala ada banyak kategori dalam blog kita yang mahu pengunjung tahu, tetapi seperti tak cukup tempat je nak letak. Aha ... masalah seperti ini boleh anda selesaikan dengan menggunakan menu dropdown. Menu dropdown ini boleh anda gunakan untuk buat senarai kategori atau label, tak perlu lagi bersepah-sepah seperti awan (cloud) mahupun senarai panjang (listing).
Mungkin agak sukar bagi sesetengah blogger, tetapi jangan bimbang, sebab kini ada cara mudah dengan bantuan Dropdown Menu CSS Generator. Tak perlu susah payah, hanya copy kod yang diberikan dan tempek je dalam kod html blog anda. Ia merupakan satu kod CSS yang telah dibangunkan oleh Ryan Hellyer, yang banyak digunakan dalam blog wordpress.
Yang menariknya ialah ... anda boleh design sendiri bentuk dropdown menu anda, iaitu dari segi visual la.... contoh nak warna apa, link warna gelap ke, cerah ke. Banyak ubahsuaian yang boleh anda lakukan hanya dengan klik sana sini je. Memang mudah (kalau ikut HH la).
Buat Menu …

Facebook Permudah Kawalan Sekuriti Pengguna

As-Salam. Jika anda sudah membuka Facebook, tentu anda perasan ada benda baharu diperkenalkan oleh Facebook. Ya, sistem sekuriti akaun Facebook anda kini dipertingkatkan. Anda punyai lebih kuasa untuk membuat pelarasan tahap sekuriti akaun Facebook anda.
Satu menu khas dinamakan Privacy Shortcuts diperkenalkan di bahagian tab atas sebelah home di Facebook. Ia untuk memudahkan anda mengawal apa yang perlu dan tidak perlu dilihat oleh orang lain terutama orang asing di Facebook anda.
Facebook Perkenal Ciri Keselamatan Baru

Secara mudahnya, anda boleh pastikan tiada orang yang bukan dalam rangkaian kenalan anda boleh tambah anda sebagai rakan sesuka hati. Ia juga membenarkan anda untuk kawal mana-mana posting atau status Facebook anda dilihat oleh orang lain termasuklah gambar dan perkara-perkara yang anda kongsikan atau orang lain kongsikan.
Kerana apa? Banyak aduan telah diterima daripada pengguna Facebook bahawa dinding mereka dipenuhi oleh benda-benda yang tidak mahu mereka lihat da…