Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Foto Zuzafrini Zulkifli @ Rini AF7 Yang Juga Blogger

Foto Zuzafrini Zulkifli @ Rini AF7 Yang Juga Blogger. Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.
Gambar Cun Rini AF7 Yang Juga Seorang Blogger
Kredit Foto: MySpace Rini AF7

Foto Kesan Taufan (Hurricane) Sandy Ke Atas Amerika Syarikat

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 
Gambar Kesan Taufan (Hurricane) Sandy ke atas Amerika Syarikat





Kredit Foto: National Geographics


Inilah Bukti Mengapa SEO Penting Buat Blog

As-Salam. Mengapa SEO (Search Engine Optimization) penting buat sesebuah blog? SEO penting kerana ia boleh memberikan trafik yang sangat besar untuk blog anda, walaupun blog anda tidak punyai entri baru setiap jam, setiap masa. HH lampirkan bukti mengapa teknik SEO perlu dibuat untuk sesebuah blog yang dahagakan trafik 'sihat' menerusi enjin carian.
Dengan pendekatan yang betul, kaedah berkesan, blog anda boleh menerima trafik ribuan setiap minggu, mahupun setiap hari jika anda bijak mengoptimakan ciri-ciri SEO di dalam blog anda. SEO membolehkan blog anda menerima trafik menerusi enjin carian, walau dalam apa jua bahasa, dalam apa jua keadaan, dalam bila-bila masa.
Siapa kata SEO hanya untuk blog berplatform Wordpress? HH buktikan bahawa blog-blog bertaraf percuma ini juga boleh meledak dengan trafik jika SEO digunakan dengan tahap yang bagus di dalam blog. Aplikasikan dan anda pasti akan berpuas-hati kelak.
Bukti SEO Penting Untuk Blog


Dengan trafik menerusi enjin carian, m…

Top Commentators Bulanan Menerusi Disqus

As-Salam. Siapakah yang paling mesra di blog www.hasrulhassan.com ini? Paling mesra bermaksud sering memberikan atau meninggalkan komen di entri-entri blog ini, dan tentulah mereka adalah rakan blogger yang sentiasa beri sokongan kepada blog ini. Siapakah yang menjadi top commentators di ruangan komen dikuasakan oleh Disqus ini?
Anda boleh lihat senarai dan berkenalan dengan blogger-blogger mesra ini di ruangan komentar di bawah, di ruangan community, di situ ada senarai blogger-blogger dan juga pengunjung blog ini yang sentiasa berikan informasi mengenai setiap entri. 
Mereka bukan sahaja menjadi pemberi komen yang mesra, malah telah berjaya mengumpul mata ganjaran rewards yang disediakan menerusi aplikasi PunchTab. Pastikan setiap kali anda singgah ke blog ini, anda klik Like, Google+ mahupun berkongsi entri yang menarik perhatian anda di ruangan Twitter, untuk mendapat 100+ mata ganjaran.
Mata terkumpul membolehkan anda menebus pelbagai hadiah yang telah disediakan di PunchTab, an…

Pendapatan Adsense Sehingga Oktober 2012

As-Salam. Pendapatan Adsense memang menjanjikan satu perolehan yang lumayan. Bayangkan, jika blog anda ada trafik yang tinggi, anda dengan mudah boleh menjana sehingga USD10 sebulan .... sama nilai dengan RM30 (lebih kurang).
Ada blogger yang tidak percaya, tetapi hakikatnya platform pengiklanan dengan Google Adsense memang lumayan, cuma apa yang perlu para blogger Malaysia lakukan ialah kekalkan tahap originaliti blog, kurangkan entri yang tiada kaitan dengan tema blog, elakkan entri salin tampal (copy-paste), dan kekalkan trafik yang baik.
Blog juga perlu sentiasa ada update terkini walaupun seminggu hanya ada 2-3 entri, yang penting ada perkara baru yang anda ceritakan di blog anda.
Sebagai untuk menaikkan semangat anda sebagai blogger menggunakan Google Adsense di dalam blog, cuba lihat penyata Google Adsense sehingga Oktober 2012 bagi blog ini - sebelum iklan tersebut disekat atas sebab-sebab tertentu.
Pendapatan Adsense Sehingga Oktober 2012

Sekarang, cuba kalikan atau darabkan…

Tips Hasilkan Password Sukar Diceroboh Tetapi Mudah Diingati

Tips atau Cara Hasilkan Password Yang Kuat. Ramai yang kurang pengetahuan tentang cara untuk hasilkan sebuah kata lalaun atau password yang kuat. Keselamatan dalam talian adalah antara perkara penting yang perlu para blogger Malaysia titik-beratkan, ia perlu bagi menjamin akaun kita selamat daripada diceroboh secara mudah. Apatah lagi jika melibatkan akaun-akaun yang sangat sensitif seperti kata laluan untuk ke akaun bank dan seumpamanya.

Blog juga perlukan keselamatan yang jitu agar apa yang telah kita lakukan dengan blog kita tidak secara mudah dicuri, dirampas, diambil dan diolah oleh pihak tidak bertanggungjawab. Malah, bukan hanya blog, password untuk akaun sosial juga perlu kuat agar tidak mudah diceroboh. Ramai yang ambil mudah bab keselamatan ini, tetapi tidak menafikannya ia adalah penting.

Untuk itu, saya berikan satu tips mudah bagaimana untuk menghasilkan kata laluan (password) yang sukar ditembusi tetapi pada masa yang sama, mudah diingati.
Tips Hasilkan Password Sukar Di…

Gagal Mohon Adsense Kerana Entri Salin Tampal

As-Salam. Ada yang nampaknya sudah putus asa dengan Google Adsense apabila tidak berjaya dalam permohonan untuk aktifkan akaun Google Adsense. Memang pihak Google Adsense agak cerewet kebelakangan ini, semuanya gara-gara terlalu banyak blog copy-paste sehingga menyebabkan banyak blog artikel asal terkena penangan penalti daripada pihak Adsense ini.
Memandangkan segala keperluan untuk blog penuhi tuntutan polisi pihak Adsense adalah bergantung kepada kita, sebagai pemilik blog, maka agak sukar sebenarnya untuk memastikan blog sentiasa berada di dalam keadaan begitu. Namun, jangan gusar ... pihak Adsense akan hubungi anda jika terdapat perlanggaran polisi yang dilakukan, samada sengaja atau tidak sengaja.
Dalam fenomena terkini, banyak blog yang sudah cekap SEO telah membunuh ramai blogger yang punyai akaun Adsense terdahulu, dek kerana entri salin tampal yang mereka gunakan dalam entri-entri mereka. Oleh kerana SEO yang cekap yang ada di dalam blog mereka, kebanyakkan blog-blog asal y…

Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 2012

As-Salam. Sekadar untuk berkongsi mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) yang bakal menemui para peminat muzik tempatan. Dilahirkan dan disenaraikan berdasarkan kepada pemilihan di dalam rancangan hiburan Muzik-Muzik, Anugerah Juara Lagu merupakan satu platform untuk memberikan pengiktirafan kepada pemuzik-pemuzik termasuklah pencipta dan penulis lirik di Malaysia.
HH dah lama tak ikuti Muzik-Muzik, mungkin sebab usia dah berada di tahap sekarang, minat ke arah itu adalah kurang, tetapi HH ambil tahu juga soal muzik ini yang sering menjadi halwa telinga di saat bosan menunggu anak di dalam kereta.

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 2012
• 11 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 1
Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & AepulIdola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & AzlanWatak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD SamadAku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah AbdullahAku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan TasneemPelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun TejaJerrypah (Aizat Amdan) – …

Masalah DNS Dalam Blogspot dan Domain Berbayar

As-Salam. Alhamdulillah, blog sudah kembali ok selepas dua hari tidak dapat diakses atas sebab-sebab tertentu yang berkaitan teknikal (DNS). Beberapa orang blogger telah memberitahu HH melalui twitter tentang ketidakbolehan akses mereka untuk ke blog ini semalam, dan HH telah dengan segera memperbetulkan kembali masalah yang berlaku.
Terima kasih kepada blogger Cik Suzlin dan Cik Nor Zilla Sensei




Memandangkan pada ketika tweet tersebut ditulis, HH tidak punyai akses ke komputer, maka dengan platform twitter ini dapatkan HH ketahui apa yang berlaku. 
Masalah DNS Dalam Pencarian Alamat Blog
Masalah DNS memang semakin kerap berlaku terutama kepada blog-blog yang berplatform blogspot, yang menggunakan nama domain sendiri. Ianya bukan satu masalah baru tetapi masalah lama yang berulang. Ianya mungkin ada kaitan dengan algoritma pencarian Google yang baru yang cuba untuk memisahkan antara alamat blog sebenar dengan alamat blog redirection (redirect nama blogspot ke nama domain sendiri).
Apa…

Takwim Persekolahan 2013 Buat Sekolah-Sekolah di Malaysia

As-Salam. Kata orang, jika mahu merancang sesuatu, rancanglah dari awal, maka tentu ramai blogger yang mahu merancang sesuatu untuk memenuhi Takwim Persekolahan 2013 buat keluarga. Jadual persekolahan bagi sekolah-sekolah di Malaysia telahpun dikeluarkan, dan berikut adalah Takwim Penuh Bagi Seluruh Sekolah di Malaysia bagi tahun 2013.

Takwim Persekolahan 2013 Sekolah-Sekolah Malaysia
Kumpulan A - Takwim Persekolahan 2013 Kedah, Kelantan dan Terengganu

Kumpulan B - Takwim Persekolahan 2013 Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis, Labuan, Putrajaya termasuklah Sabah dan Sarawak.

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE)


Tips Untuk Pergi Haji Dalam Usia Muda

As-Salam. Jangan diwujudkan pelbagai alasan untuk membolehkan anda sebagai seorang blogger Muslim menunaikan Rukun Islam ini - mengerjakan ibadah haji di Mekah. Dengan segala kemudahan yang sudah ada kini, hasrat untuk menunaikan haji dalam usia muda bukan satu perkara yang sukar nak dilakukan.
Untuk mudahkan anda sebagai blogger muda mengerjakan haji, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuka akaun simpanan di Tabung Haji. Tabung Haji ialah badan yang menguruskan haji di Malaysia, jadi jangan sia-siakan peranan yang ingin dimainkan oleh badan ini. Ia bukan diwujudkan untuk hanya simpan dan mendapatkan keuntungan kewangan semata!.
Dengan jumlah baki minima sebanyak *RM1300, anda sudah boleh mendaftarkan diri untuk menunaikan ibadah ini. Pendaftaran awal penting sebagai satu ikatan niat yang menunjukkan anda sedang berusaha ke arah itu - menunaikan ibadah haji dan Rukun Islam kelima. Perlu dan harus tahu, niat ke arah itu akan membantu anda untuk berusaha mencapainya, apatah l…

Masalah Blog Tidak Dijumpai Dengan Nama Domain Dalam Blogspot

As-Salam. Buat pengguna-pengguna blogspot yang hadapi masalah blog tidak dijumpai, yang pernah HH paparkan menerusi entri berikut: Blog Tidak Dijumpai | Webpage Cannot Be Found, HH usulkan untuk anda periksa setting url blog anda, terutama kepada pengguna-pengguna blogspot yang menggunakan nama domain berbayar (seperti blog ini).
Masalah sering timbul apabila redirection dalam blogspot tidak dapat berfungsi dengan baik, apabila jika taip hasrulhassan.com tidak membawa blog ke www.hasrulhassan.com yang sebenarnya adalah nama domain untuk hosting hasrulhassan.blogspot.com.
Untuk itu, anda seharusnya periksa kembali setting di dalam blogspot untuk ketahui samada ia sudah dilakukan seperti di bawah:

Untuk blog dengan nama domain sendiri tetapi menggunakan hosting blogspot, pastikan anda pergi ke Basic Setiting dan pilih Blog Address, klik pada edit dan paparan di atas akan kelihatan, pastikan ada tanda tick pada kotak redirect, di dalam Advanced settings tersebut.
InsyaAllah, dalam masa …

Nuffnang Tidak Lumayan Buat Blogger Malaysia?

As-Salam. Hmm ramai juga blogger yang merungut, terutama blogger baru yang baru sahaja berblog dan meletakkan iklan Nuffnang di dalam blog mereka. Rungutan mereka tidak lain, tidak bukan adalah mengenai Nuffnang yang tidak lumayan buat blogger Malaysia seperti mereka, kerana jana pendapatan online dengan Nuffnang sejak bertahun masih lagi tidak naik-naik, atau tidak memberikan sebarang perubahan positif.
Jangan terlalu gusarkan perkara ini. Dalam Nuffnang, ada ribuan malah puluh ribuan blogger yang berdaftar sedangkan pengiklan bersama Nuffnang adalah agak terhad, yang jumlahnya tidak begitu setara dengan jumlah blog yang meletakkan iklan Nuffnang.
Oleh sebab itu, kitaran untuk blogger menerima imbuhan menerusi iklan pun agak terhad. Apatah lagi jika ia dikaitakan dengan iklan Buffered Earnings dan juga Advertorials. Di sini, anda harus meletakkan kesabaran anda di tahap tinggi, di mana anda tidak berharapkan sangat akan sumber pendapatan terus meledak dengan Nuffnang. Tips Mendapatk…

Selamat Hari Raya Aidil Adha | Jangan Jadi Qurban Maya

As-Salam. Selamat Hari Raya Qurban buat semua pembaca blog ini. Andai ada salah silap, HH sekeluarga mohon maaf. Jangan lupa untuk ikuti HH melalui Instagram, Twitter mahupun di Facebook, insyaAllah ... raya-raya ni boleh 'nampak' HH di situ.
Bukan apa, sejak dapatkan pelan baru dari Maxis ni, HH tak risau sangat pasal nak layari internet .... cuma nak kena hati-hati bila si anak gunakan telefon yang boleh sentuh-sentuh skrin ni, takut disentuh benda lain, haru biru jadinya.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya Qurban. Jangan jadi mangsa Qurban yang tidak membawa makna, dan jadikan sehari, dua hari, mahupun tiga hari di Aidil Adha 2012 memberi makna Qurban terbaik untuk diri anda. Pastikan anda tidak menjadi Qurban di dunia maya, insyaAllah.


Gambar Bogel Rozita Che Wan?

As-Salam. Aduhai manusia .... gamaknya kenapa ehh? Gambar bogel Rozita Che Wan jadi satu bahan cerita yang cukup sensasi, siap ada bukti lagi. Alahai ... kalau 'bukti' itu belum dibuktikan kesahihannya, tak perlulah nak ditayang seluruh alam ... aib tu ....
Buat Rozita Che Wan, janganlah buta IT di zaman serba canggih ini. Paling tidak mesti tahu sedikit sebanyak, jangan sampai jadi mangsa mereka yang kononnya pakar IT ni, sebab bila dah tersebar malu yang tidak diundang ini, kan dah susah. Susah nak dinafikan, susah nak dipadamkan.

Che Ta perlu tahu mengenai undang-undang, jangan dibiar begitu sahaja. Laporlah pada pihak yang berwajib. Hanya itu yang boleh Rozita Che Wan lakukan untuk menutup mulut orang yang takkan berhenti bercakap mengenai gambar bogel Rozita Che Wan.
Foto Rozita Che Wan Yang Dah Cukup Seksi
Kasihan Rozita Che Wan. Gamaknya kenapa wujud gambar sebegitu ehhh .... sedangkan tuan punya badan kata dia tak pernah buat macam tu. Jadi, fikir-fikirkanlah semua ..…

Blog Anda Dibuang Dari Bloglist !!

As-Salam. Hmm ... bila habis satu segmen, ataupun contest dan giveaway .. maka berakhirlah riwayat blog dalam bloglist. Itu adat dan asam garam dalam dunia blog Malaysia. Bukan semua blogger akan terus letak blog-blog yang dahulu mereka selalu singgah ke dalam bloglist.
Kenapa? Sebabnya ada banyak .. kadangkala ada blogger tu macam kecewa dengan blog yang selama ini dia ikut, lalu ... malas dah nak layan, so dia akan buang. Ada juga blogger yang seperti HH katakan di awal tadi, blog dibuang sebab sudah abis satu-satu segmen mahupun kontest yang mewajibkan meletakkan blog penganjur dalam bloglist.
Ramai ... dan HH sendiri melihat bagaimana blog ini - www.hasrulhassan.com menjadi penghuni banyak bloglist rakan-rakan blogger tetapi akhirnya disingkirkan, alasan ..... tak dapat nak bagi sebab alasan itu ada pada pemilik blog berkenaan. Blog ini belum cukup bagus untuk memperoleh tempat seperti blogger-blogger lain, macam Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Broframestone, Denaihati…

Hilang Status Nuffnang Glitterati Jika Letak Iklan SAYS Malaysia

As-Salam. Jika anda seorang daripada ribuan pengguna platform pengiklanan Nuffnang, pastikan bahawa blog anda yang mempunyai iklan Nuffnang tidak dicampur-adukkan dengan iklan-iklan lain seperti Advertlets, Innity mahupun daripada platform pengiklanan media sosial Twitter seperti Says Malaysia.
Apabila langkah ini tidak anda lakukan, maka anda bakal hilang status Glitterati di dalam Nuffnang. Status tersebut penting jika anda mahukan blog anda mendapat tawaran pengiklanan yang lebih lumayan daripada Nuffnang seperti Buffered Earnings (BE) mahupun Advertorial.
Atau dengan kata lain, anda perlu menjadi peminat nombor satu medium pengiklanan Nuffnang untuk membolehkan banyak keistimewaan diberikan kepada anda.
Buat blog-blog yang punyai iklan daripada Nuffnang, ambil perhatian mengenai perkara ini, dan jangan lagi mengeluh jika pendapatan daripada Nuffnang tidak seberapa. Harus juga anda tahu, Nuffnang hanya memberikan kebenaran untuk anda letak iklan selain daripada platform mereka - G…

Denaihati.com Menerusi Aplikasi Android Percuma | Google Play

As-Salam. Nampaknya blog Denaihati semakin hebat, kini sudah ada aplikasi sendiri yang boleh dimuat-turun untuk para pengguna terutama blogger yang punyai telefon bimbit pintar, Android. Satu yang bagi HH sangat mengujakan dan kemajuan yang patut dicontohi ramai.
Jika ada kemahuan, semua boleh dilakukan. Di Denaihati, banyak yang anda boleh pelajari, bukan sekadar membaca entri-entri ilmiah dan pengalaman hebat yang dikongsi oleh Denaihati, tetapi juga tentang bagaimana sebuah blog biasa boleh menggegarkan dunia blog Malaysia dan menjadi satu jenama yang sangat terkenal - tanpa perlu nak paparkan kisah hiburan, gossip atau letak gambar separa bogel.
HH sangat menghormati pemilik blog Denaihati, yang tak lekang dengan idea hebat. Dan kini dengan perkembangan semasa, Denaihati punyai aplikasi Adroid yang boleh dimuat-turun percuma di Google Play Store.
Dapatkan aplikasi android percuma Denaihati di Google Play.



Restoran Cheng Ho Milik Amy Search Satu Ketika Dahulu

Restoran Cheng Ho Milik Amy Search - Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.
Wordless Wednesday - Restoran Cheng Ho Milik Amy Search Satu Ketika Dahulu
Kredit Foto: Fanpage Cheng Ho Restaurant


Pre-Wedding Photos of Dato' Lee Chong Wei - Wong Mei Choo

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.
Wordless Wednesday - Pre-Wedding Photos of Dato' Lee Chong Wei - Wong Mei Choo
Kredit Foto: Lee Chong Wei Official Fanpage

Blogger 'Copy-Paste' Yang Kantoi

As-Salam. Inilah bahana bila main copy-paste semborono, tak tahu maksud, tak tahu cerita ... main salin dan tempek je untuk dijadikan entri di dalam blog.  Kalau mahu ambil artikel dan penulisan dari laman web mahupun blog orang lain, pastikan dulu anda faham apa yang disampaikan.
Mungkin kerana nak kejar trafik sampaikan salin dan tampal benda yang sama di dalam satu entri. Kalau entri lain tu, mungkin sebab lupa dah terbitkan entri serupa ... ini tidak ... dalam satu entri, ada dua ayat yang sama. Ha .... kan dah kantoi.
Bila buat gitu, nampak benar si blogger yang copy-paste ini tidak baca apa yang dia tulis. Perlu baca entri yang kita tulis setelah siap adalah merupakan teknik betul menulis blog yang pernah HH tampilkan. Malah, dengan cara begini ia akan tingkatkan penjenamaan dan kreadibiliti anda sebagai seorang blogger yang bagus.
Blogger terkenal RedMummy pun pernah menasihati perkara ini dan memberikan panduan menulis blog yang baik - Redmummy Menasihati Blogger Baru
Bukan T…

6 Jenis Blog Yang Tidak Perlukan Pendekatan SEO

As-Salam. Hmm .. ada blogger yang bertanya, apakah itu SEO? SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization atau dengan cara lebih mudah difahami ialah keperluan blog itu untuk mudah dan senang disenaraikan dalam enjin carian apabila seseorang pengguna dunia maya, menaip perkataan tertentu atau kata kunci di laman enjin carian seperti Google, Bing atau Yahoo Search.
Blog-blog yang punyai ciri-ciri SEO adalah berkemungkinan besar akan tersenarai, lalu membolehkan blog mendapat trafik organik - hasil dari pencarian informasi.
Tetapi, bukan semua blogger mahu melengkapkan blog mereka dengan SEO ini, dan kebanyakkan mereka tidak mempunyai cukup kemahiran untuk melakukannya. Jadi, pendekatan SEO di dalam blog mereka telah diabaikan.


Usah gusar, bukan semua jenis blog memerlukan pendekatan SEO ini. Jika anda seorang blogger yang hanya ingin berkongsi kisah dan cerita, tanpa memikirkan secara serius mengenai trafik blog, maka tidak perlulah anda bertungkus-lumus untuk muatkan ciri-ci…

Tips SEO Blogspot | 2 Teknik Paling Berjaya Dalam Menjadi Juara Enjin Carian

As-Salam. Ini merupakan teknik SEO paling berjaya dalam menjadikan blog anda terpangpang pertama dalam enjin carian. Namun, teknik ini masih lagi ada beberapa syarat yang perlu ada dalam sesebuah blog itu untuk tampil nombor satu di halaman pertama di enjin carian seperti Google, Yahoo dan juga Bing.
Teknik ini dilakukan oleh hampir kesemua blogger berjaya di dunia maya ini. Dan jika anda bijak ambil peluang, insyaAllah, dua teknik unggul ini akan memastikan bahawa blog anda menjadi juara dalam enjin carian.
Dua teknik paling berjaya untuk SEO yang HH maksudkan ialah penggunaan kata kunci pada nama domain blog anda dan juga pada alamat url setiap entri anda.


Kata Kunci Dalam Nama Domain Blog
Contohnya, jika blog anda mahu mewakilkan kisah selebriti tanahair, maka nama domain yang boleh anda buat ialah - www.KisahSelebritiMalaysia.com atau www.SelebritiMalaysia.com. Pastikan kata kunci kisah selebriti, selebriti Malaysia, kisah selebriti Malaysia berada di dalam kata kunci am atau desk…

Tips SEO Blogspot | Blog Anda Perlu Mudah Diakses

As-Salam. Jika anda mahukan blog anda mesra SEO (Search Engine Optimization), anda mesti pastikan bahawa blog anda adalah mudah diakses dari pelbagai sumber - bukan setakat dari komputer di depan anda sahaja!.
Blog yang mesra SEO adalah blog yang dapat diakses oleh hampir kesemua kelajuan internet kepunyaan pengunjung dan pelayar internet. Jika blog anda memenuhi kriteria ini, maka blog anda sudah cukup bagus untuk digelintar oleh bot-bot enjin carian yang sentiasa 'pasang mata dan telinga' untuk sebarang perubahan informasi dunia maya.


Bagaimana Jadi Juara Dalam Penyebaran Informasi
Di dunia maya terdapat berbillion laman web dan juga blog. Untuk itu, bot-bot enjin carian perlu segera mengumpul maklumat untuk dikumpulkan dalam pengkalan data enjin cariannya. Dalam dunia informasi, siapa yang ada maklumat paling terkini, maka dialah juara.
Kerana itulah, blog kita perlu menjadi juara pada enjin carian, dengan memudahkan bot-bot ini mendapatkan maklumat menerusi blog kita. Blog…

Tirulah Yang Baik | Etika Untuk Blog Copy-Paste

As-Salam. Haishhh .... blog copy-paste, suatu ketika ..... itulah yang menjadi antara isi kandungan utama blog ini. Banyak informasi yang HH ambil dari dunia maya dikongsikan menerusi blog ini. Walaupun, dari satu sudut .... HH cuba menampilkan entri sebegitu dengan cara dan gaya tersendiri, namun hakikatnya, ia tetap sebuah entri yang diambil dan ditempel untuk menarik trafik.
Pada pandangan HH, tak salah nak ambil ... asalkan ambil mana yang boleh dikongsikan untuk kebaikan bersama. Dan seperti lazim yang banyak diperkatakan oleh blogger-blogger yang dah lama berblog, hargailah sumber asal apa yang anda kongsikan.
Dunia maya ini adalah dunia informasi. Dan informasi itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang faham, ada yang tak faham ... oleh kerana itulah, sebagai blogger yang suka berkongsi ilmu, panduan dan sebagainya, informasi dan pengetahuan yang telah anda dapat perlu ditulis kembali dalam bentuk yang mudah untuk orang lain faham; terutama sekali oleh diri anda sendiri.
Keta…

Blogger Blog Politik Kena Hati Keras

As-Salam. Memang perlu keras hati, sebab mereka sudah ada kepercayaan, sudah ada pegangan, sudah punyai asas mereka sendiri untuk mempercayai dan menidakkan sesuatu. Nak disangkal apa yang mereka tulis di dalam blog? Hmm ..ibarat mencurah air ke daun keladi.
HH tidak punyai hati sekeras blogger-blogger blog politik ini. Mudah lembut, dan mungkin ada masa mudah percaya akan sesuatu perkara yang dibangkitkan.
Diri masih lemah untuk berbicara soal politik di dalam blog. Bukan tak ambil peduli, tetapi nak memperkata dan membincangkannya, adalah sesuatu yang sangat memenatkan. Silap-silap boleh terpesong. 
Kata orang, politik itu kotor .... siapa yang mengotorkannya dan siapa yang terkena kotoran, hanya mereka yang bijaksana dalam bidang ini sahaja boleh menentukannya.
Namun, kebenaran itu hanya pada Allah yang Maha Mengetahui.
Oleh kerana khilaf yang ada pada diri, dan HH bukanlah seorang yang keras hati, maka HH jauhkan diri dari menjadi sebahagian dari dunia blog politik Malaysia. Anda…

Blogger Malaysia Perlu Ada Kamera DSLR

As-Salam. Blogger Malaysia perlu ada kamera DSLR kalau mahu hasilkan gambar yang sangat cantik untuk dimasukkan ke dalam blog. Namun, tidak semua orang yang tulis dan punyai blog ada kamera semahal itu. Mungkin, ia satu kelebihan buat blogger yang ada kamera DSLR ini, tetapi tidak boleh dinafikan, blogger Malaysia yang tak ada kamera hebat macam tu pun sebenarnya boleh hasilkan gambar yang cukup baik dalam blog.
Originaliti adalah satu keperluan penting untuk blog anda disukai. Antara ciri originaliti yang perlu seorang blogger titik-beratkan ialah penggunaan gambar dan idea visualisasi. Jika gambar itu milik dan hasil kreativiti anda, secara mudah anda boleh tingkatkan penjenamaan blog anda menerusi gambar.
Blogger Ternama Guna Kamera DSLR
Kamera DSLR terbukti dapat hasilkan gambar super cun. Harga paling murah yang HH dapat fikirkan bagi sebuah kamera DSLR adalah sekitar RM1600 sekali dengan satu lens standard. Jika anda ada kemampuan, dapatkan sebuah untuk anda gunakan. Ramai blogg…

Terima Email Daripada Federal Bureau of Investigation (FBI)

As-Salam. Kesalahan apakah yang telah dilakukan oleh HH sehingga menerima satu email daripada badan penyiasatan Biro Penyiasatan Persekutuan atau Federal Biro of Investigation (FBI) ini? Adakah ia berkaitan dengan beberapa info fakta yang HH ambil daripada laman web mereka untuk dijadikan entri di blog ini?
Memang terkejut apabila melihat inbox email HH mempunyai email daripada 'FBI' ini. Namun, sekilas sahaja HH dah tahu ianya merupakan satu email spam yang digunakan oleh penipu-penipu dunia maya untuk memperdaya mangsa.
Email Daripada FBI (Federal Bureau of Inverstigation) 

Nampak macam menyakinkan je kan? Tapi sebenarnya ia adalah merupakan satu email spam yang dihantar secara rawak. Apabila butang reply ditekan, didapati email ini dihantar menerusi alamat email berikut: fbi.inheritpaymentoffce@gmail.com
Agak tidak logik apabila 'FBI' menggunakan akaun Google atau Gmail ini? Adeh .. nasib baiklah ada celit IT, kalau tak mungkin jadi mangsa yang ntah apa-apa ....
Ya…

Google+ | Bina Rangkaian Dan Dapatkan Trafik Menerusinya

As-Salam. Ramai yang tahu bahawa pihak Google telah menyediakan satu platform laman sosial tersendiri iaitu Google+ dan juga Google Page. Dua-dua platform ini sebenarnya boleh membantu blog anda untuk menerima trafik dan juga boleh mengenengahkan jenama blog anda secara tidak langsung.
Apa yang mungkin anda tidak tahu, setiap kali anda berkongsi artikel atau entri menerusi Google+ mahupun Google Page, tanpa anda sedari, anda sebenarnya sedang meningkatkan peluang entri anda digelintar oleh enjin carian milik Google, iaitu Google Search.
Malah, entri anda yang dikongsi menerusi Google+ turut sama mendapat pendedahan kepada lebih berjuta-juta pengguna akaun Google yang lain. 

Buat mereka yang mempunyai Google+ dan Google Page, pernah tak anda secara tiba-tiba menerima penyertaan atau rakan dari mereka yang anda tidak sangka - seperti blogger daripada luar negara, atau pengguna Google yang bukan di kalangan yang anda biasa kenali?
Ini adalah antara hasil daripada apa yang anda telah gun…

Pemenang Giveaway Buat Follower | Hadiah Kaspersky Internet Security 2013

As-Salam. Setelah mengumumkan para peserta yang disenaraikan untuk Giveaway Buat Follower, dan juga senarai 5 blog terpilih akhir, kini tibalah masanya HH umumkan pemenang bertuah, bagi menerima hadiah berupa lesen setahun Kaspersky Internet Security 2013.
Undian 1


Undian 2



Undian 3



Dah tahu blog mana yang menang? Blog nombor 10 - rujuk nombor blog yang telah diberikan di sini: 5 Blog Tersenarai Akhir Giveaway Buat Follower
Nanti HH akan hubungi untuk pengurusan dan pemberian hadiah ...
Tahniah diucapkan.


Blog Perlu Masa Hampir 10 Tahun Untuk Dikenali Ramai

As-Salam. Fuh .. nampak penat je kan, apabila memikirkan bahawa masa selama 10 tahun diperlukan untuk sesebuah blog dikenali ramai. Ini bukan cakap orang biasa macam HH, macam anda, tetapi menerusi satu kajian.
Menurut Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah, sesebuah blog memerlukan masa sehingga 10 tahun untuk dikenali ramai, begitulah kata beliau di dalam forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 yang diadakan pada 1 April 2008.
Dalam forum itu juga, kajian mendapati bahawa Malaysia mempunyai lebih dari 500,000 blog aktif.... fuh banyak tu. Itu baru tahun 2008, kalau sekarang? HH congak mungkin dalam 1.5 juta kot ... perghhh susah tu nak bersaing ...kan kan?
Dah la ada lebih sejuta (hasil congak), pastu nak ambik masa lama lak tu nak dikenali .... HH pasti akan ada ramai blogger yang mungkin akan berblog separuh jalan. Dan hakikat ini memang tidak menghairankan sebab ada je rakan blogger HH yang sudah tidak lagi berblog, walaupun pada …

Kelantan Tak Patut Menang Piala Malaysia 2012

As-Salam. Kelantan tak sepatutnya menang 3-2 ... sepatutnya Kelantan boleh menang lebih banyak gol memandangkan pengalaman pasukan Kelantan melebihi pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Tetapi, tidak dinafikan, kemenangan tetap kemenangan, kejuaraan tetap milik Kelantan, hatta hanya satu gol yang membezakannya.
Namun, HH berpendapat, perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan ATM berbaloi untuk ditonton, memang tidak mengecewakan. Tahniah buat kedua pasukan kerana memberikan persembahan yang diharapkan untuk peminat sukan bolasepak Malaysia secara keseluruhan.
Jumlah gol yang banyak memang seronok, menampakkan ketajaman penyerang-penyerang pasukan bolasepak Malaysia. Sengit, itulah yang boleh HH katakan.
Tahniah buat pasukan Kelantan yang berjaya menggondol kejuaraan ketiga buat musim ini. Hebat.
Dan tahniah juga kepada ATM kerana memberikan tentangan menarik sepanjang perlawanan akhir ini, dan berharap musim hadapan akan makin mantap kerana sudah berada di barisan pasukan…

Blog Tidak Akan Hilang Pengikut Walau Tukar Url Blogspot

As-Salam. Terbaru, mungkin satu lagi pembaharuan yang telah pihak blogspot lakukan agar blogger-blogger yang bernaung di bawah platformnya tidak lari ke platform yang lain. HH baru sedar, bahawa walaupun kita tukar alamat blog - ke alamat atau url yang baru, blog tersebut tidak akan kehilangan pengikut.
Ia sebenarnya berbeza dengan sebelum ini, apabila kita tukar atau ubah blog yang sedia ada ke url atau alamat blog yang baru, pengikut akan reset jadi kosong kembali. Maka, buat blogger yang berhasrat untuk tukar alamat url blog anda dan jenamakan semula blog, anda boleh buat dan lakukan tanpa gusar, tanpa risau yang pengikut blog anda akan hilang.
HH dah lakukan pada blog peribadi HH, di mana url blog lama thehasrulhassan.blogspot.com telah ditukar ke lelaki76.blogspot.com 
Alhamdulillah, pengikut blog tersebut yang masih belum capai 100 masih kekal ada.
Buat rakan blogger yang mungkin tak puas hati dengan nama blog sekarang, anda boleh tukar ....tanpa risau ye.

*p.s: Tapi untuk langk…

Senarai Peserta Giveaway Buat Follower - Hadiah Kaspersky Internet Security (Updated)

As-Salam. Alhamdulillah, ada juga yang berminat dengan Giveaway yang HH buat - pemberian Kaspersky Internet Security Full Edition 2013 - Lesen Sah Setahun. Tak nak ke? Mudah dan senang je.


Tarikh tutup adalah pada 20 Oktober 2012. Jadi hantarkan penyertaan anda sebelum tarikh tersebut. Apabila tarikh dah jadi 21 Oktober ...kiranya dah tak boleh la yer ...huhuhuhuu... Anda disarankan untuk memuat-turun percuma Kaspersky Internet Security 2013 (edisi percubaan) di pautan berikut: Tech Titan Kaspersky  Senarai peserta Giveaway Buat Follower hasrulhassan.com:
http://pseudosupra.blogspot.com/2012/10/giveaway-buat-follower-hasrulhassancom.htmlhttp://amiraimanakashah.blogspot.com/2012/10/giveaway-buat-follower-hadiah-kaspersky.htmlhttp://asmarpunyablog.blogspot.com/2012/10/giveaway-buat-follower-hasrulhassancom.htmlhttp://iznawzi.blogspot.com/2012/10/giveaway-buat-follower-hasrulhassancom.htmlhttp://farahmajdiah.blogspot.com/2012/10/giveaway-buat-follower-hasrulhassancom.htmlhttp://www.mizr…

10 Kehampaan Buat Blogger Malaysia

As-Salam. Semasa mula-mula anda buat blog, apakah harapan anda? Tentu masing-masing ada target sendiri, tentu ada harapan yang diimpikan, tentu mahu capai sesuatu? Setelah beberapa lama berblog, adakah impian anda sebagai seorang blogger terlaksana? Dapatkan semuanya dicapai oleh anda menerusi blog yang anda sayangi tu?
Tak semua ... dan ada juga blogger yang hampa kerana tidak dapat memenuhi apa yang mereka impikan. Cuba selidik balik apakah kelemahan pada blog anda, jangan cepat putus asa. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi, apa yang perlu anda buat, ialah menilai tahap blog anda, dan lihat kaedah dan cara yang telah anda lakukan untuk capai impian anda menerusi blog anda tersebut.

Apakah yang sering menjadi satu kehampaan buat blogger? Mari singkap apa yang boleh disimpulkan.
10 Kehampaan Buat Blogger Malaysia
Blog tidak dapat menjana pendapatan seperti yang anda harapkan.Blog tidak punyai ramai follower atau pengikut.Trafik blog anda tidak sampai ratusan sehari, atau tak sampa…

Blogger Yang Menang Gourmet Blog Challenge 2012

As-Salam. Jika anda seorang pengunjung pencari resepi, atau mungkin seorang blogger yang suka hal masak-memasak, tentu dah tahu tentang keputusan MyChef-Ready Meals/Dishes yang dianjurkan MyChef sepanjang bulan September dan Oktober lalu. HH sendiri ada war-warkan perkara ini dalam blog, untuk beri peluang pada blog-blog masakan tujukan kehebatan mereka.
Pemenang Gourmet Blog Challenge 2012 - MyChef
Juara kategori Chef Ismail - Siti Sarah Ismail - Resipi Nasi Serai Ayam Kalio Juara kategori Chef Liza - Fadilah Nahar - Resepi Chicken Mini Quiche (delimazamrud79.blogspot.com)
Blog Fadilah Nahar


Hadiah tempat pertama bagi setiap kategori terdiri daripada wang tunai sebanyak RM2,500, sebuah ketuhar mikro gelombang dan produk myChef bernilai RM200. Pemenang sagu hati pula berkongsi hadiah yang sama iaitu wang tunai sebanyak RM500 dan produk myChef bernilai RM80.
Tahniah buat blogger-blogger yang berjaya menang.
*p.s: HH dapat info ini dari KOSMO ... ada beberapa blogger lain tapi tak dap…