31 Julai 2012

Blog Adalah Untuk Menyampaikan ....

As-Salam. Blog adalah untuk menyampaikan ..... menyampaikan apa, itu terserah kepada anda sebagai seorang pemilik blog. Anda pilih, antara mahu memberikan sumbangan yang berguna untuk kemudian hari, atau sebaliknya.

Blog boleh mempengaruhi. Jangan main-main dengan apa yang anda tulis. Ia sebenarnya satu medium yang meransangkan - jika kena dengan target audience. Ia medium yang boleh menyebabkan seseorang yang membacanya membuat keputusan - berdasarkan apa yang anda tulis.

Mungkin tak nampak kesannya hari ini dengan nyata, esok lusa bagaimana? Ingat lagi kisah blogger yang menyerang pejabat kerajaan tempoh hari? Itu satu signal bahawa apa yang kita tulis boleh mempengaruhi orang yang berkunjung ke blog dan membaca entri2 kita.

Berhati-hatilah ye.



The Gourmet Blog Challenge | 1-31 Ogos 2012

As-Salam. Ini ada peluang terbuka untuk blogger-blogger yang meminati masakan, dan menjadikan blog sebagai tempat untuk menghadirkan kekreatifan dalam dunia masak memasak. MyChef - satu produk penyediaan makanan menjemput para blogger untuk join satu pertandingan iaiti the Gourmet Blog Challenge - 1 hingga 31 Ogos 2012.

Hadiah sehingga lebih RM18,000 disediakan untuk para pemenang.

The Gourmet Blog Challenge




Anda boleh rujuk pautan berikut untuk info dan maklumat lebih terperinci: myChef

Oh ya, leh juga lihat kat facebook myChef: Facebook myChef

Kepada yang join, HH ucapkan selamat berjaya.



4 Langkah Membuka Akaun Google Adsense Untuk Newbie (1/4)

As-Salam. Cerita punya cerita mengenai Adsense, HH terlupa .. mungkin ada di antara pembaca blog mahupun pengunjung blog ini agak tidak berapa tahu apa itu Adsense, selain secara amnya bahawa ia merupakan platform pengiklanan yang disediakan oleh Google dan wujud di mana-mana laman maya dan dunia internet. Oleh sebab itu, HH buat entri ini - 4 langkah membuka akaun Adsense untuk newbie.

Sebenarnya caranya amat mudah, hanya 4 langkah yang perlu anda ikuti satu persatu. Oppss tak ada jalan mudah ... mesti ikut aturan, agar nanti anda faham, dan boleh menggunakan kod pengiklanan Google Adsense ini di blog anda.

Oh ya, jangan risau tentang Nuffnang, Innity atau Advertlets; Adsense bukan saingan kepada jenama tempatan ini, maka anda tidak akan hilang taraf keistimewa Glitterati buat Nuffnang, atau risaukan tak dapat menerima pakej iklan menarik dari Innity mahupun Advertlets.

Adsense adalah mesra buat kesemua platform pengiklanan yang lain - yang HH sebutkan tadi.

4 Langkah Membuka Akaun Google Adsense Untuk Newbie

Langkah 1 - Fahami Polisi Program Google Adsense

Anda perlu pertama sekali membaca dan memahami polisi program Google Adsense ini. Kena tahu blog atau laman web yang bagaimana yang dibenarkan untuk menggunakan kod Google Adsense. Anda perlu mengetahui sebelum anda meletakkan kod, kerana apabila anda dah letak tanpa membaca apa yang boleh dan tidak boleh dalam polisi program Adsense ini, berkemungkinan anda akan disenarai-hitam, dan anda mungkin tidak dibenarkan lagi membuka akaun Adsense di masa akan datang. Baca polisi program Adsense di sini: Adsense Program Policies


Antara isi kandungan utama dan perlu anda, sebagai blogger ambil perhatian ialah:

  • Dilarang melakukan penipuan fraud-click iaitu menipu klik samada menyuruh, menyeru atau meminta pengunjung untuk klik iklan Adsense secara langsung. Malah, anda sendiri dilarang sama sekali klik iklan Adsense di blog anda sendiri.
  • Perlu patuhi peraturan isi kandungan blog yang boleh dan tidak boleh. Anda boleh baca di sini: 7 Sebab Akaun Adsense Digantung
  • Blog anda mesti original, tiada entri duplikasi. Baca sini: Adsense Tidak Suka Blog Copy-Paste
  • Blog mesti mesra pengunjung, tak boleh nak semak-semak, kena mudahkan pengunjung untuk navigasi blog anda.


- bersambung


10 Tips Blind Date Dengan Blogger

As-Salam. Aha... ada tak sesiapa pembaca atau pengunjung blog ini yang pernah buat blind date sesama blogger? Atau mungkin dengan kenalan online dan dunia maya? Atau mungkin anda bercadang nak buat blind date dengan seseorang? 

Kalau nak buat blind date tu, awas-awas diri jangan sampai terpedaya. Pastikan orang yang ingin anda buat temujanji itu, paling tidak pernah anda kenal secara tidak langsung. 

Bagaimana nak buat blind date sesama blogger?

Gambar Cun Queen Bee


10 Tips Blind Date Buat Blogger

  1. Bila buat blind date dengan seorang blogger, pastikan bahawa anda bawa juga laptop bersama. Ini menunjukkan bahawa anda dan si blind date itu ada ciri yang serupa, minat yang sama.
  2. Bertemu kali pertama dengan senyuman. Inilah ekspresi pertama bahawa kita suka akan pertemuan yang bakal dilalui. Jangan buat muka pelik, andai apa yang anda lihat secara realiti tak sama dengan apa yang anda lihat di dalam blog si dia.
  3. Bercerita soal minat yang sama, perjalanan kisah anda sebagai seorang blogger dan kenapa anda berblog. Berikan tips berblog yang mudah sebab selalunya inilah antara topik menarik antara blogger.
  4. Beritahu bahawa anda seronok berkenalan dengan seseorang yang punyai minat berblog yang sama macam anda. Dan sesekali cuba ubah topik kepada yang lebih santai mengenai diri si dia.
  5. Jangan sesekali menilai akan penampilan di kala pertemuan pertama. Jauhkan perkara-perkara yang biasanya boleh mengguris hati. Jangan terlalu bersikap ingin menilai.
  6. Sesekali berboraklah perihal benda yang melucukan semasa anda bergiat dengan blog kerana ia akan menghilangkan rasa gabra dan gugup. Namun, harus ingat ... kawal diri ... jangan sampai gelak berlebihan pulak.
  7. Jangan sesekali dok bercerita pasal pendapatan blog atau Nuffnang atau Adsense atau buat duit online dengan blog anda - kecuali kalau dia yang tanya.  Ini akan menampakkan diri anda seorang yang bersifat materialistik.
  8. Jangan tipu semasa buat blind date, bila anda berjanji untuk pakai baju biru, maka tunaikan janji anda. Jangan sesekali buat onar sebegini.
  9. Sentiasa nampak santai, dan jangan berlebih-lebihan. Tak perlu beria-ria untuk ajak tengok wayanglah, ajak ke sana ke sinilah .. cukup buat pertemuan simple di restoren biasa, sambil jamu selera. Duduk2 lepak2 di kawasan terbuka lebih baik ... tak perlu nak berdua-duaan.
  10. Bawalah teman yang juga blogger sebagai langkah keselamatan ketika bertemu dalam blind date ini. Jika anda dah rasa selesa, barulah difikirkan cara untuk bercerita lebih intim dan mesra, namun kelibat orang yang menemani anda mestilah tidak jauh dari anda.

Kredit Foto: Meja Bulat

Blog Natasha Hudson | My Soul Speaks

As-Salam.
Untuk sessi blog selebriti kali ini, HH tampilkan blogger yang juga pelakon cantik yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, April 2012 iaitu Natasha Hudson. Natasha Hudson telah bernikah dengan Khalid Kamal, seorang penerbit dan ahli perniagaan.

Gambar Natasha Hudson Bertudung Cantik

Nama sebenar Natasha ialah Natasha Liana Hudson, dilahirkan di Ipoh, Perak. Merupakan model, pelakon, penyanyi dan juga seorang penulis.

Memandangkan dia merupakan seorang penulis, maka tak hairanlah andai Natasha punyai sebuah blog - My Soul Speaks. Malah, Natasha Hudson pernah menerbitkan dua buah buku pada tahun 2007, iaitu sebuah buku puisi berbahasa Inggeris - My heart, My soul, My passion. Dan sebuah buku cerita kanak-kanak berjudul Puisi Indah Si Pari Pari.

Blog Natasha Hudson

My Soul Speaks - Blog Natasha Hudson


Foto Cantik Natasha Hudson Bertudung



Kredit Foto: LuvStylista


Daftar Google Adsense Guna Docstoc | Tips Google Adsense

As-Salam. Ada di antara anda mungkin punyai masalah untuk mendaftarkan akaun Adsense anda. Yelah, siapa yang tak mahu daftar platform pengiklanan Adsense ini, memandangkan ia membayar iklan yang dipaparkan di dalam blog dengan USD. Masyukk tu.... jika kena gayalah. 

Jika bermasalah, anda boleh cuba menggunakan kaedah ini, yang dikatakan dapat membantu mempercepatkan proses anda sebagai blogger mendapat kelulusan segera untuk mengaktifkan akaun Google Adsense anda.

How To Apply Adsense Using Docstoc


Cara Untuk Daftar Google Adsense Menerusi Docstoc

  1. Anda perlu ke Docstoc dan daftar sebagai pengguna. Pendaftaran adalah percuma.
  2. Cari artikel-artikel yang punyai niche atau tema tertentu dalam blog anda, contohnya tutorial tertentu mengenai blog atau widget. 
  3. Salin semua artikel dalam tema serupa ke dalam notepad atau wordpad. Jangan lupa lak untuk salin tajuk artikel atau entri anda itu.
  4. Lepas tu, anda muatnaik artikel yang telah anda salin dalam notepad tersebut ke dalam Docstoc
  5. Anda perlu melakukan proses tersebut sehingga 30 artikel berada di dalam Docstoc
  6. Kemudian, anda apply Adsense menggunakan Docstoc

InsyaAllah, anda akan menerima email daripada pihak Adsense mengesahkan akaun anda telah diaktifkan.

Dah ada akaun dengan Google Adsense, maka bolehlah anda link blog anda dalam blogspot dengan Adsense atau login ke laman Google Adsense untuk mendapatkan kod pengiklanan bagi diletakkan di dalam blog anda.

Oh ya, anda sebenarnya boleh buat duit online dengan Docstoc jika anda memang ada bakat menulis artikel2 tertentu.

Selamat mencuba.

30 Julai 2012

Antara Blogger Anti Kerajaan dengan Blogger Pro Kerajaan

As-Salam.
Antara blogger anti kerajaan dengan blogger pro kerajaan. Sengaja HH masukkan sebelah kaki ke dalam dunia politik blog atau mungkin dunia blog politik Malaysia. Terasa ketar walaupun hanya sebelah kaki sahaja masuk. Tak berani nak berkata berlebihan, kerana panas dan bahangnya boleh mencederakan iman dan pegangan. Antara blogger anti kerajaan dengan blogger pro kerajaan - ada persamaan di sebalik perbezaan mereka.

Diulas panjang mungkin risau tersasar bahasa. Mungkin ada kata, alahai raya dah dekat, bolehlah masam muka jadi manis kembali dan salam dihulur tanda kemaafan dipinta. Namun, salah dan silap yang berlaku antara sesama manusia - hanya manusia je yang boleh memaafkan. Hebat manusia ini kan? Diberikan kuasa oleh Allah Taala memberikan maaf agar tidak menghimpun dosa.

Persamaan mereka - cuba memaparkan apa yang mereka katakan inilah bukti, inilah fakta yang sepatutnya masyarakat tahu.

Perbezaan mereka - hanyalah cap dan lambang parti yang mereka dokong dan 'anuti'.

Dalam persamaan dan perbezaan itulah, blog-blog kepunyaan blogger anti kerajaan dengan blogger pro kerajaan bermain kata, bermain baris ayat, disingkap dengan fakta yang hanya mereka lebih faham dari kita yang hanya blogger biasa.

Siapa mereka yang benar? Kadang terkeliru di balik bahasa yang mungkin biasa pada mereka tapi tidak pada kita. Kadang tersalah faham akibat cerita yang mengheret minda kita untuk berfikir terlampau jauh sampaikan beras yang kita makan pun difikirkan banyak akan konspirasinya.

Itulah dunia blogger anti kerajaan dengan blogger pro kerajaan. Kalau kuat minda, cubalah langkah dua kaki.


Tatacara Untuk Hacked Blogspot Orang Lain

As-Salam.
Haa.. awas, akaun blogspot anda berkemungkinan terdedah dengan penggodam yang mahu mencuri blog anda. Atau dengan kata lain (istilah hackers) - menguji sistem keselamatan blog anda. Tatacara untuk hacked blogspot orang lain memang ada.... cumanya ... tak patut kot HH nak beritahu di sini.


Secara mudahnya, akaun blogspot seseorang boleh digodam atau dicerobohi dengan menggunakan satu aplikasi yang dinamakan Star Tools. Namun begitu, aplikasi ini sukar untuk diperolehi dan jarang sekali dipromosikan oleh kebanyakkan hackers.

Bagaimana nak mengatasi serangan daripada Star Tools ini? Tiada cara lain selain menyediakan komputer anda dengan aplikasi Internet Security yang diselenggara dengan baik. 

HH syorkan anda menggunakan Kapersky Internet Security dan juga Panda Internet Security - ada versi percuma tetapi tidak digalakkan kerana ada beberapa fungsi terhad.


Bagaimana Nak Tahu Blog Kita Ada Kandungan Mantap?

As-Salam.
Ada rakan blogger bertanya, "Bagaimana nak tahu blog kita ada kandungan mantap?" Adakah perlu blog kita punyai isi kandungan sebegitu baik?

Bagi HH, setiap blog dari setiap blogger ada citarasa, mungkin baca di blog A terasa macam makan ais krim perisa vanilla coklat, tapi bila singgah blog B, terasa macam berada di tempat yang busuk. Lain blog lain pengalaman dari berlainan pengunjung.

Memantapkan Blog - hasrulhassan.com

Jadi, ada blogger yang merasa risau andai blognya tidak ada isi kandungan yang baik untuk dipersembahkan kepada pengunjung dan pembaca. Lalu, apa yang diharapkan oleh tuan punya blog tidak kesampaian.

Kandungan blog perlu mantap agar, 
  • membolehkan trafik tinggi
  • menambahkan jaringan kenalan blogger - samada menerusi Fanpage, Google Page, atau followers
  • membolehkan iklan seperti Adsense berdaya saing dan suka dengan blog kita
  • membolehkan platform pengiklanan seperti Advertlets, Nuffnang, Innity dan sebagainya memberikan kita kelebihan disebabkan originaliti dan kandungan blog yang bagus
  • menarik pengunjung menjadi pembaca setia blog
  • menjadi bualan di kalangan blogger disebabkan cara penulisan yang menarik


... dan banyak lagi. Namun, rakan blogger jangan rasa susah hati. Ayam goreng KFC bukan ambik masa sehari dua untuk disukai oleh orang ramai. Malah, mereka pernah digelakkan kerana membawa tepung ayam goreng kepada pengusaha kedai yang jual ayam goreng.

Kata mereka; "Apa ke bodoh aku nak letak tepung kat ayam semata2 nak goreng ayam? Nak buat ayam goreng ..goreng je la ..." ... lebih kurang gitulah.

Maka, sabar, dan tetapkan dengan cara penulisan di blog anda. InsyaAllah, jika bukan hari ini mengiktiraf blog anda punyai kandungan mantap ... esok lusa belum tentu lagi.


Ketahui Masa Sesuai Untuk Terbitkan Entri Baru

As-Salam.
Sebagai seorang blogger, walaupun hanya seorang blogger biasa. Anda tentu mahu blog anda mempunyai pembaca tersendiri. Antara cara untuk mendapatkan pembaca terutama pembaca setia ialah, mengetahui masa yang sesuai untuk terbitkan entri terbaru anda.

Yes, timing is one of the factor to get numerous audience for your blog. Eceh... cakap omputih tu. Memang perlu tahu masa sesuai .... dan salah satu cara untuk tahu masa sesuai menerbitkan entri di blog anda ialah melihat kepada statistik blog, dan lihat juga entri apakah yang sedang berada di dalam blog anda ketika itu.

Anda boleh melihat menerusi statistik Nuffnang anda, atau boleh melihat menerusi graf pengunjung menerusi blogspot anda. Atau boleh menggunakan laman-laman site info yang lain seperti feedburner, histats, Google Analytics dan sebagainya.

Bila dah tahu masa yang sesuai, dan entri jenis bagaimana ... maka jadikan ia satu rutin buat anda mengemaskini blog dan terbitkan entri yang bertema hampir serupa.

Contoh, apabila tengahari .... anda boleh buat entri segmen - kerana kebanyakkan blogger surirumah dah relaks masa ni.

Contoh lagi, apabila dekat-dekat musim cuti, antara jam 4 petang hingga 6 petang, bolehlah buat entri tentang pelancong atau tempat menarik, kerana selalunya masa ini adalah masa santai buat keluarga, yang mahu mencari tempat nak bercuti.

Dan begitulah seterusnya.

Kena tahu masa paling tepat, insyaAllah, entri anda itu akan meletup dan menghasilkan trafik yang banyak.


Elakkan Tajuk Entri Yang Hampir Sama

As-Salam.
Tajuk entri perlu unik. Jika ada entri lain yang punyai hampir sama tajuknya dengan entri yang anda baru buat, cepat-cepatlah fikirkan untuk mencari tajuk yang lebih sesuai. Ini adalah kerana blog anda mungkin akan dikenakan penalti oleh pihak Google.

Pihak Google sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak suka dan sedaya upaya boleh cuba menyingkirkan blog-blog yang mempunyai isi kandungan yang serupa atau duplikasi .. errr atau copy-paste. 

SEO for Blogspot
Dek kerana inilah wujudnya algorithma Panda dan Penguin. Errrr .. HH tak berani nak cerita sebab HH sendiri pun masih blur mengenai apa itu algorithma Panda dan Penguin dalam memastikan carian tidak memberikan hasil duplikasi.

Tapi, sekadar berkongsi apa yang HH tahu ... tajuk entri anda tu anda perkara utama yang perlu anda lihat. Elakkan tajuk entri yang sama. Andaikata, ada blog lain terlebih dahulu buat entri dengan tajuk yang serupa, maka blog anda kemungkinan besar tidak akan diberikan peluang untuk tersenarai dalam enjin carian. Contohnya: Tarikh Pemberian Bonus 2012 Kakitangan Kerajaan ...

Dan kemudian, lihat pula pada perenggan pertama entri anda, cuba cari idea agar apa yang ditulis di perenggan pertama entri tidak sama dengan blog lain dengan tajuk serupa. Jadikan ia lebih dan bersifat dinamik pada blog anda. Cuba selitkan pendekatan sentuhan peribadi anda sendiri dalam menulis perenggan pertama - seandainya anda ingin berkongsi entri berinformasi seperti yang HH berikan dalam contoh tadi.

Ok. Selamat mencuba. Errrr..melainkan anda memang tak mahu entri itu menyemakkan enjin carian ... tak mengapalah... abaikan panduan ini. 


28 Julai 2012

Ajak Datang Blog Tapi Isi Kandungan Blog ...

As-Salam.
Jangan abiskan masa mengajak orang ke blog anda seandainya blog anda belum cukup sedia untuk memberikan satu bentuk persembahan yang baik buat pengunjung pertama kali ke blog anda. Hmm ... erkk maaf atas penggunaan kata jangan, yang sebenarnya tak begitu bagus untuk memotivasikan orang.

Namun, apa yang ingin HH sampaikan ialah ... sebelum melakukan promosi untuk undang pengunjung ke blog, perlu dan harus memastikan blog kita itu cukup menarik untuk tangkap pengunjung yang hadir atas ajakan kita tu, akan terus menjadi pembaca blog ... dan menjadi rakan blogger kita.

Kasihan pada yang menerima undangan, tetapi bila masuk blog .... mereka hampa dengan apa yang ada di dalam blog kita. Jadi, tak perlu nak salahkan mereka yang singgah tapi tak jadi follower, tak jadi pengunjung tetap dan pembaca blog - seandainya tiada apa yang menarik yang dapat kita persembahkan.

Mantapkan dulu blog dan isi.... insyaAllah ...  hatta kurang promosi, akan jadi maju gak blog kita kelak.


Blog Pasangan Cinta Selebriti | Rashidi dan Vanidah Imran

As-Salam.
Sebut nama Vanidah Imran, akan terpacul juga nama aktor kacak yang juga suami Vanidah Imran iaitu Rashidi Ishak. Menarik sekali pasangan bahagia ini ada blog bersama .... blog Ke Bintang - The Official Blog of Rashidi and Vanidah Imran

Blog Rashidi dan Vanidah Imran





Ramadan Pintu Rezeki dan Penuh Kelebihan

As-Salam.
Ihya Ramadan kali ini menyingkap fenomena setiap kali Ramadan muncul. Dan tentunya, anda sebagai blogger berada di dalam kelompok ini - mengejar segala kelebihan yang ada di bulan mulia umat Islam seluruh dunia.

BULAN Ramadan menjelma kembali. Ia bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan pengampunan. Bermulanya Ramadan, umat Islam berusaha mengerjakan ibadah sebanyak mungkin. Bertadarus al-Quran, berzikir dan mengerjakan solat tarawih cukup sinonim dengan Ramadan. Tidak kurang juga, Ramadan bulan rezeki untuk umat Islam.

Masakan tidak, pada bulan inilah, para peniaga mendapat 'durian runtuh' menjual barangan mereka. Sebut sahaja apa jenis barangan, insya-Allah kesemuanya dapat dijual pada masa ini. Umpamanya, bazar-bazar Ramadan akan sentiasa dipenuhi orang ramai pada sebelah petang. Suasana meriah akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang berkunjung di bazar Ramadan. Pelbagai juadah berbuka puasa yang menyelerakan sesiapa sahaja boleh didapati di sini.

Kedai-kedai pakaian dan perabot juga akan dikunjungi umat Islam. Tidak kurang juga, bulan Ramadan adalah bulan rezeki kepada tukang jahit pakaian. Kalau sesiapa ingin mendapatkan khidmat tukang jahit pakaian, dapatkanlah khidmat mereka sebulan sebelum Ramadan. Jika tidak, berputih matalah anda. Ini kerana tukang jahit pakaian tidak dapat menerima tempahan anda. Mereka tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk menyiapkan pakaian menjelang Hari Raya Puasa.

Sekadar untuk anda fikirkan. 

Header Blog Baru Pilihan (3) | Imaginasi Anak Kampung

As-Salam.
Blog manakah yang menjadi pilihan kali ini? Hmm ... dek kerana tak ramai sangat peserta, jadi memang bukan satu yang sukar sangat pun buat HH nak pilih, tetapi kerana masa dan perjalanan hidup seharian, maka agak membataskan untuk HH tampilkan mereka seawal boleh.

Namun, tetap tidak ... HH tampilkan 4 lagi blog, dan kali ini, header blog baru pilihan menampilkan sebuah header yang cukup simple buat anda.

Header Blog Baru Pilihan #3



Dan mereka juga berada dalam header blog baru pilihan:





AHa.... jangan lupa berkenalan dnegan blog-blog baru yang dah HH senaraikan tu. Sama-sama bina ukhwah sesama blogger Malaysia ye... nanti leh pergi open house derang .. hehehee 

Menang Pelbagai Barangan Samsung Hanya Dengan Main Arte | Promo Arte

As-Salam.
Macam best je, HH baru je buka .... satu game menarik yang ada di Facebook, dan ia bukan satu permainan biasa, ia sebenarnya satu contest untuk anda yang suka online. Permainan ini macam main susun-susun, meh tengok apa yang perlu anda buat untuk main, dan .... apakah hadiah yang menanti untuk anda.

Boleh tengok pick-a-boo: Arte Game

Cara-Cara Bermain Arte

How To Win Arte Game

Ada 3 peringkat nampaknya. Dan ia berlansung selama 3 minggu. Weihh .... hadiah dia lumayan gak, cuba anda tengok hadiah-hadiah yang disediakan kepada mereka yang rajin main game - Arte ini.

Hadiah Pemenang Arte

Hadiah Para Pemenang Arte Game

Menarik betul hadiah yang disediakan dalam game online ni. Boleh menang Samsung Galaxy Tab 10.1, Samsung Galaxy Note, dan .. perghh Samsung Smart TV dan Samsung Galaxy S3 tu .....

Nak join dan main sekali? Klik pautan berikut: Arte Game




27 Julai 2012

Blogger Disaman Oleh Bekas Isteri Penyayi Terkenal

As-Salam.
Kerana menyiarkan satu entri, satu cerita, satu berita ... tajuknya hmmm HH pun tak pasti, tapi ada kaitan dan kena mengena dengan nikah, cerai dan curang. Ianya melibatkan selebriti, dan bekas isteri kepada selebriti terkenal itu.


Gambar Bekas Isteri Hattan - Noorfarashikin Othman


Memetik dari Bernama:

KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan. 

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Noorfarashikin mendakwa pada Januari lalu defendan melalui laman web ohbulan menerbitkan satu artikel. 

Beliau berkata, artikel itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Wanita itu berkata, reputasi peribadi dan profesionalnya rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.   - BERNAMA 

Olimpik London 2012 | Live Official Olympic Channel

As-Salam.
Jika anda seorang peminat sukan tegar, dan yang pastinya seorang blogger yang mahukan update terkini mengenai sukan Olimpik London 2012, maka anda patut langgan percuma Live Official Olympic Channel ini di saluran Youtube.

Youtube - Official Olympic Channel

Anda boleh mendapatkan banyak paparan video, samada Olimpik 2012 secara langsung, mahupun siaran-siaran sukan tertentu mengikut kesukaan anda. Dan pastinya sebagai seorang blogger yang minat sukan, anda boleh mendapatkan update dan keputusan terkini buat diterbitkan di blog anda kelak.

Boleh dapatkan gambar menarik Olimpik London 2012 juga. Jangan lupa singgah dan langgan Live Official Olympic 2012 Channel di Youtube ye.

Video diisih mengikut sukan, mengikut negara bertanding. Dan anda boleh gelintar di carian berdasarkan tarikh sukan tertentu di jalankan di Olimpik London 2012 ini.



Bukan Ini Yang Kita Pinta - Berhatilah di Ramadan Ini

As-Salam.
Sesiapa pun tidak mahu berlaku begini, bukan ini yang kita pinta - namun ia boleh berlaku di Ramadan ini, jika diri tak bijak mengurus diri.

Berhatilah di jalanraya, di Ramadan ini, bersahurlah dengan sebaik mungkin, jangan ikut nafsu tetapi ikutlah sunnah yang sebenarnya satu hikmah buat umat muslimim muslimat yang amalkannya. 

Sahur, makan banyak, kenyang dan mata boleh jadi mengantuk andai selepas itu kita bergerak dan bertolak ke tempat kerja. Jika sahur diambil secara nafsu, maka nanti akhirnya kerugian kita Ramadan ini hanya kerana nafsu.

Berbukalah dengan kadar yang ada. Andai anda berada di jalanraya, jangan pula terlalu ikut rasa - mahu berbuka segera bersama keluarga. Malang tidak berbau. Dari kegembiraan dicari, nahas pula yang menanti. Bukan ini yang kita pinta, tetapi berhatilah di Ramadan ini.

Gambar ngeri kemalangan motorsikal di Malaysia

Ingatlah orang yang anda ingin berbuka bersama di Ramadan ini. Ingatlah bahawa Allah Taala itu suka pada kesederhaan, tidak berlebih dan tidak mengikut nafsu. Belajarlah bersabar.


26 Julai 2012

Lelaki Berantai Leher Tegur Gadis Berbaju Ketat

As-Salam.
Saja buat ziarah blog, dari satu blog ke satu blog, jenjalan senyap macam pemburu memburu mangsa. Tetiba tersinggah pada satu blog ni ... blog seorang jejaka kacak .. ada gambar, posing perghhh .... dengan kacamata hitam, dan errkkk pakai rantai leher. Gambar hensem itu diletakkan di sidebar dengan tajuk pemilik blog - dan siap ada biodata ringkas.

Mulanya itu tak adalah nampak ganjil dan pelik, tetapi .... terbaca satu entri tu .. wahhh kaw-kaw kutuk si anak dara yang pakai baju ketat, tersembol sana sini di bulan puasa. Katanya buat camtu berdosa. Lebih baik bogel dari pakai baju ketat - itu kata jejaka kacak berkaca mata hitam dan berantai leher itulah, di dalam blognya tu.

Adeh. Kalau HH nak kata ... ishhh .. bulan puasa ni. Bukan tak boleh menegur benda salah untuk kebaikan, tetapi pastikan dulu sebelum tegur orang lain, persiapkan diri seminimum ada, agar diri itu tak ada ciri kena bantai balik sebab teguran yang ikhlas tu. 

Fikir dulu masak-masak. Takkan nak tegur orang yang berbogel suruh dia pakai baju sedangkan kita sendiri sedang berbogel? 

Sama je hukumnya - haram, pakai baju yang menampakkan susuk tubuh buat si anak gadis cantik comel lote, mahupun lelaki yang memakai rantai, tak kiralah apa jenis ... lagi tambah haram kalau pakai rantai emas ... apatah lagi gelang emas.

Kalau ada kemuskilan, sila Google atau tanya pada ustaz yang pakar. Tapi secara amnya hukum di atas itulah ... haram, dengan variasi kecil. 


Tips Adsense #6 | Carta Posisi Adsense Berkesan Dalam Blog

As-Salam.
Mungkin ada yang ingin tahu, dimanakah tempat atau lokasi paling sesuai nak diletakkan kod pengiklanan terutama Adsense di dalam blog? Tentu ada yang ingin tahu bagaimana ingin memaksimakan pendapatan pengiklanan di blog dengan tatacara letak iklan yang betul dan berkesan?

Menurut Google Adsense, lokasi, kedudukan atau posisi iklan itu seharus dan sepatutnya tidak menghalang kandungan utama blog terpapar. Entri di dalam blog perlu nampak jelas, dan bukan disemakkan oleh iklan yang terlampau melampau (lebih daripada 3 banner besar) - kecualilah ianya di atas permintaan pengiklan itu sendiri.

Carta Posisi Iklan Adsense Yang Berkesan Dalam Blog


Berdasarkan carta posisi iklan ini, kawasan yang berwarna lebih gelap - oren merupakan posisi atau kedudukan iklan paling berkesan untuk sesebuah blog. Diikuti oleh warna oren terang dan kuning, dan selanjutnya warna putih.

Ini hanyalah satu panduan am, kemungkinan posisi berkesan sesuatu iklan adalah berbeza bergantung kepada kedudukan dan lokasi navigasi blog anda. Ia juga bergantung dengan cara blog anda dipersembahkan kepada pengunjung blog.

Memandangkan Google Adsense merupakan medium pengiklanan yang menggunakan algorithma kata kunci terumpuk, maka seharusnya iklan Google Adsense perlu berada berdekatan dan bersebelahan dengan entri blog mahupun bahagian yang kaya dengan informasi.

Selamat mencuba.




"Oh Gini Rupanya Kalau Papar Kat Galaxy Tab"

As-Salam.
Ibarat rusa masuk kampung pulak .. hahaha... maaflah, HH bukan jenis manusia yang tergila-gila akan gajet, walaupun di hati teringin juga nak ada gajet canggih seperti Galaxy Tab. Telefon bimbit yang HH guna pun, dah 4 tahun punya usia ... jenis Sony Ericsson.

Errrrr .... eskies me ... walaupun tak gila gajet, tapi sedikit sebanyak tahu ler rupa Galaxy Tab tu.... hehehe... 

Nasib baik ada rakan blogger yang baik hati print screen blog www.hasrulhassan.com ini menerusi Galaxy Tab, sekarang baru tahu ... ohhh camni rupanya ehh.

Nak tengok? Cuba anda klik sini: Blog Dari Gaalxy Tab

Bukan apa, sebagai blogger, anda kena tahu dan cuba pastikan keadaan dan bentuk blog anda dari peranti yang lain, seperti telefon bimbit, laptop, mahupun komputer jiran sebelah rumah. Ia perlu agar blog anda tu compatible dan sedap mata memandang walau di mana dan menerusi apa ia diakses.

Apabila dah tahu, bolehlah buat ubahsuai terutama mengenai layout blog anda. Ada yang banyak sangat iklan kiri kanan, sehingga entri blog pun jadi sukar nak dibaca - apatah lagi dari tab.

Dan pastikan juga, blog anda ada versi mobil, yang dah siap terkandung - alamat atau url blogspot bagi diakses menerusi telefon bimbit atau versi mobil: http://url-blog-anda/?m=1


Sorok Teks Untuk SEO | Awas Jangan Sampai Kena 'Banned'

As-Salam.
Dalam mendapat rankin tinggi dalam enjin carian, ada sesetengan blogger yang sorok teks untuk SEO. Awas, perbuatan ini boleh menyebabkan blog atau laman web anda kena banned atau disenaraihitamkan oleh enjin carian terutama Google dan Yahoo.

SEO Tips Untuk Blogger Malaysia

Ianya boleh dikatakan sebagai tidak beretika, kerana menggunakan kata kunci popular untuk sesuatu yang tidak relevan dengan isi kandungan. HH dapati ada banyak blog buat cara ini hanya semata nak buat orang singgah ke blog mereka - selalunya blog niaga dan blog politik.

Bagaimana sorok teks untuk kata kunci bagi SEO ini? Si blogger sebenarnya letakkan banyak kata kunci dalam entri tertentu tetapi disorokkan dengan menggunakan warna teks sama dengan warna latar entri. Maka, dari sudut mata kasar kita, memang tak nampak, tapi jangan memain dengan robot enjin carian.

Ada algorithma carian yang memang bijak mengesan cara penipuan SEO ini. Jangan sampai dah kena banned, segala usaha jadi sia-sia.


25 Julai 2012

Wordless Wednesday #WW | Noorhayati Kamarzan, Anak Sulong Rozita Ibrahim (Sendayu Tinggi)





On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

 

Bonus Kakitangan Awam 2012 | Setengah Bulan Gaji Dengan Minimum RM500

As-Salam.
Bonus kakitangan awam tahun 2012 dapat setengah bulan gaji ...Pheww... apa nak cakap dah. Janji ditepati .. ye tak? Sempena harijadi HH tu .. hehehehe... alhamdulillah, dah lega nampaknya kakitangan awam kerana PM dah umumkan bonus kakitangan awam 2012 - setengah bulan gaji dengan minimum RM500.

Memetik dari Bernama:

Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
  
Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
   
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
   
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. 

- Bernama

Wordless Wednesday #WW | Pelbagai Jenis Buah Kurma (Tamar) Yusuf Taiyoob



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 

Auto-Ping 2012 | Ping Blog Automatik Dengan Satu Klik

As-Salam.
Auto-Ping, kini berwajah baru. Dah lama HH tak jejakkan kaki ke laman ping ini. Sememangnya Auto-Ping memudahkan buat mereka yang mahukan segala informasi dalam blog dan laman web tersebar meluasa untuk tatapan pengguna internet. Kini antaramuka laman web Auto-Ping 2012 lebih menarik, siap ada gambar roket nak terbang lagik .... sekali anda dah gunakan khidmat Auto-Ping ini, maka mudahlah anda nak ping blog anda setiap kali anda telah terbitkan blog anda.



Auto-Ping 2012, tak perlu daftar, tak perlu nak klik LIKE ke apa ke, ia merupakan satu servis percuma yang disediakan kepada semua blogger, semua pengendali laman web.

Versi lama, HH pernah tampilkan dalam entri ini: Ping Blog Anda Ke Lebih 20 Laman Ping

Ping secara automatik ke lebih daripada 10 enjin carian! Apa yang perlu anda lakukan, hanya pergi ke laman web Auto-Ping 2012, masukkan butiran blog anda, dan klik. Mudah weihhhh ... tutup telinga pun boleh buat ... siyes .....



Dah sudah tu, ambiklah banner atau button kecil Auto-Ping 2012 ikut kesesuaian blog anda. Letakkan di sidebar blog (masukkan kod dalam html widget), dan .... kini setiap kali anda dah update entri baru, hanya klik banner atau butang tu ... terus dia akan secara automatik ping ke laman atau direktori rss dan enjin carian.



HH dah uji, memang Auto-Ping 2012 akan update rss direktori, dan bukan sekadar sebuah software scam macam Windows Defender Premium yang HH ceritakan sebelum ini yang menipu pengguna dan raih untung besar.

*p.s: Dulu hijau ... sekarang biru lak ... hehehehehe.....



Wordless Wednesday #WW | Kereta Toyota Vios Terbang Ke Tebing




On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 

Wordless Wednesday #WW | Cucur Kurma


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Blog Aqasha | Dari Pemuzik Jadi Pelakon Kacak

As-Salam.
Aqasha, disebut namanya ... mungkin ada gadis remaja yang membulatkan mata. Sebabnya, Aqasha merupakan antara ramai pelakon lelaki di Malaysia yang mempunyai wajah kacak (tapi tak sekacak Lelaki Jiwa Kacak) ....sedang meletup dengan drama berangkai TV3 - Dejavu di Kinabalu bersama Tiz Zaqyah. Dan ehh ... blog Aqasha telah wujud sejak 2006 yang dinamakan Beyond Aqasha.

Aqasha, lahir pada 6 Oktober 1982, di Kepong, Selangor. Mula bergiat dalam dunia seni sejak di bangku sekolah, sejak berumur 12 tahun - mula bermain gitar pada umur 14 tahun, mula menyanyi pada umur 17 tahun. Aqasha mempunyai kumpulan muzik sendiri iaiti The Remedy.

Dalam bidang lakonan, Aqasha mula membabitkan diri sejak berumur 19 tahun.

Blog Aqasha

Blog Pelakon Kacak - Aqasha

Apa yang ada dalam blog Aqasha? Mungkin berikut dapat mengilhamkan anda... yang dipetik dari blog Aqasha sendiri.

Aku di dalam perjalanan yang panjang,bermusafir di usia muda.
Aku seorang saliq yang ingin terus istiqamah dengan taksub.
Aku jua sekerdip Nur Muhammad seperti kau & dia.
Aibmu adalah aibku.
Rahsiamu adalah rahsiaku.
Terjadi,hanya bila kau makrifat akan dirimu.

Nak tahu apa yang menarik lagi? Boleh singgah di sini: Beyond Aqasha

Gambar Pelakon Kacak - Aqasha



23 Julai 2012

Nuffnang Tolak Permohonan 'Cashout' RM53.88

As-Salam.
Dah kematu rasanya HH menunggu cek yang tak kunjung tiba. Sekali lagi kena tolak permohonan nak keluarkan seciput duit hasil pengiklanan Nuffnang.

Dapat email daripada pihak Nuffnang:

Your cashout request of RM 53.88 has been rejected and the earnings have been credited back into your account. For queries or clarifications please write to our Helpdesk at http://www.nuffnang.com.my/helpdesk. Thank you. [This is a computer generated email, please do not reply]

HH minta keluarkan cek ni sejak dari Mei 2012. Tu sebab HH kata, dah naik kematu. Yelah, walau tak sebanyak mana, tapi kalau takat nak bayar duit domain dah lepas dah tu. Adeh, apa yang silapnya, HH pun tak tahu. 

Sebelum ini, HH dah keluarkan entri ini: Nuffnang Sekat Cek Kepada Blogger

Dan HH dah pun hantar tiket untuk betulkan apa yang pihak Nuffnang persoalkan mengenai biodata HH dalam akaun Nuffnang. Ingatkan settle dah ... tapi lain pula halnya. Nak apply kembali .. nak kena tunggu lagi. Jenuh...memang jenuh.

Sebelum ini, HH dah seronok abis dah .. yelah .. lama ooo nak tunggu, dah hampir 3 tahun dok kumpul RM50 tu. Baca keseronokkan HH di sini: Akhirnya Dapat Juga Cash Out Nuffnang

*p.s: Nampaknya tak ada la post tentang cek dari Nuffnang ... kalau tak leh show off RM53.88 sen tu kat anda semua ... muhahahahaa.....
**p.s: HH harap mereka baca yang HH tuliskan ini ... 

Gambar Blogger Jejari Runcing di PLKN

As-Salam.
Tentu ramai yang minat dengan blogger yang berjari runcing (err ye ke?), dan tentunya blognya mungkin menjadi idola dan ikutan sesetengah blogger wanita. Errr lelaki ada ke ehh? Hmm ... HH nak kongsikan 3 gambar blogger Jejari Runcing semasa berada di kem PLKN.

Foto Blogger Jejari Runcing (Aimie Harmelia) Semasa PLKN





Kredit Foto: Elia: Short and Sweet


20 Rakan Blogger Sepanjang Zaman (3)

As-Salam.
Sekali lagi HH tampilkan 20 lagi blog rakan blogger, yang telah memberikan trafik dan backlink kepada blog ini (dalam masa 3 bulan terakhir), malah blog-blog ini sebenarnya dah memberikan jasa baik mereka sejak dari blog ini mendapat tempatnya di dalam dunia blog.

Senarai rakan blog www.hasrulhassan.com


20 Rakan Blogger Sepanjang Zaman (3)

    1. http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/
    2. http://boboayeen.blogspot.com/
    3. http://botetdingdong.blogspot.com/
    4. http://bsensasi.blogspot.com/
    5. http://bulatbujur.blogspot.com/
    6. http://cahayamata123.blogspot.com/
    7. http://ceriterahafizah.blogspot.com/
    8. http://ceriterahmad.blogspot.com/
    9. http://ceriterayanzur.blogspot.com/
    10. http://cikaincadboury.blogspot.com/
    11. http://cikbungasakura.blogspot.com/
    12. http://cikekinsimawar.blogspot.com/
    13. http://ciknino0410.blogspot.com/
    14. http://ciksufarida.blogspot.com/
    15. http://ciksya-cda.blogspot.com/
    16. http://colourshidup.blogspot.com/
    17. http://creativmum.blogspot.com/
    18. http://ctharyani.blogspot.com/
    19. http://ctrie.blogspot.com/
    20. http://cutieintan.blogspot.com/

      Jika blog anda bermula dengan abjab a-b, bolehlah jenguk dan rujuk entri sebelum ini:

      20 Rakan Blogger Sepanjang Zaman - 1 - 2


      Tips Menulis Entri Dengan Ikhlas | Dari Hati Tapi Bukan Beremosi

      As-Salam. 
      Ramai kata kalau nak buat pengunjung suka dengan entri kita, blogger mestilah menulis dengan ikhlas ... mesti tulis dari hati. Hmmm ... macam mana tu? HH fikir-fikir gak bagaimana nak menyuruh hati menulis. Susah sebenarnya ... ehhhh senang rupanya. Ikuti panduan ini, insyaAllah, anda akan tahu apa itu menulis dengan hati - Tulis Dari Hati Tapi Bukan Beremosi.

      Jangan fikir panjang sangat. Guna papan kekunci, terus buat new entry. Tulis semua perkara yang anda mahu luahkan, berterabur pun tak mengapa .... luah dan luah semahu anda, panjang atau pendek bergantung dengan isi hati anda yang meluahkan. Setiap kata yang tercipta di minda dan hati, terus je anda tulis. Ibarat anda sedang berkata dengan lidah anda. Tanpa noktah. 

      Dah selesai anda luahkan apa yang anda mahu luahkan.... barulah anda lihat semula penulisan entri anda itu dari awal sampai habis. Adakah kena dengan maksud yang ingin anda sampaikan? 

      Lihat ayat demi ayat, baris demi baris, perenggan demi perenggan. Mana nampak tak sesuai, anda buang atau tukar dengan ayat lain. 

      Kali ini, guna akal anda, guna pemahaman anda, guna budi bicara anda. Selalunya lepas anda meluahkan, anda akan rasa lega. Dan bila anda baca balik, anda akan terfikirkan akan buruk dan baiknya entri anda itu. 

      Maka, tentu ada ayat yang anda buang, baris yang anda tak berapa nak seronok, dan perenggan yang anda akan pendekkan. 

      Bukan semua orang suka dengan luahan kita - walaupun ia menulis dari hati. Bijak bicara tak tentu lagi bijak menulis. Jadi, edit dan semak, kemudian barulah anda terbitkan di blog. 

      Inilah dikatakan menulis dengan hati. 


      Blogger Tuntut RM24,370 Sebagai Tunggakan Gaji

      As-Salam.
      Ada sapa-sapa yang nak menggajikan HH sebagai blogger tak? Hmmm ... kan seronok kalau ada yang sudi bagi gaji semata untuk menjadi blogger. Erkkk bukan tak ada kerjaya sebagai blogger, ada weihhh ... 

      Dari Sinar Harian:

      Pengendali Blog Tuntut Tunggakan Gaji

      Blogger Tuntut Gaji RM24,370

      AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

      Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kira-kira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

      Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

      Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.


      Wow...banyak tu ... memang lumayan tu, tapi itulah ...di Malaysia, kerjaya sebagai blogger ni bukan satu kerjaya tetap, pendapatan kebanyakkan blogger rata-rata melalui pengiklanan. Ada ke yang nak bayor hanya menulis .... jika copy-paste? Haa ada berani? Ada berani nak bayar HH yang buat entri gini-gini ni .. leh leh?



      22 Julai 2012

      Blog Rozita Che Wan | My Couture, Hanyalah Blog Niaga

      As-Salam.
      Sebenarnya ini bukanlah sebuah blog peribadi Rozita Che Wan, tetapi lebih kepada blog niaga yang menampilkan Rozita Che Wan sebagai salah seorang model dan juga rakan kongsi.

      Dalam blog ini, boleh dilihat produk-produk pakaian yang disarankan oleh Rozita Che Wan - seorang selebriti cantik jelita yang berasal dari utara tanahair. HH tak perlu nak cerita panjang .... sekadar memberitahu, header blog memang terpangpang Rozita Che Wan.

      Blog Niaga Rozita Che Wan



      Blog niaga Rozita Che Wan (klik)



      Borang Maklumat Hubungan

      Nama

      E-mel *

      Mesej *