Bantu Kongsi Tanda Sokong
As-Salam. Widget Pilihan kali ini, HH tampilkan E-Referrer, sebuah gadget untuk memaparkan mana-mana laman web dan blog yang memberikan backlink atau pautan-berbalik kepada blog anda. Ia sesuai digunakan untuk mengenalpasti blog-blog mana yang memberikan impak trafik secara dalam talian (online).
Dengan menggunakan E-Referrer secara tidak langsung blog anda telah membuat backlink secara automatik kepada blog-blog atau laman web yang memberikan trafik ke blog anda. Dengan pertambahan backlink berkualiti, secara tidak langsung ia akan meningkatkan keupayaan blog anda di dalam enjin carian.
Jejak Backlinks Guna E-Referrer
Dan menerusi laman web E-Referrer, anda boleh lihat senarai url yang memberikan backlinks kepada blog anda dengan lebih lagi. Malah, anda boleh tapis mana-mana url yang anda fikir tidak relevan ditunjukkan di blog anda, contohnya anda tidak mahu backlinks daripada laman web agregator seperti busuk.org, ohbelog, apesal.com dan sebagainya.
Untuk mendapatkan widget ini, anda perlu pergi ke laman web E-Referrer dan daftar percuma di situ. Kemudian, anda akan diberikan kod html yang diperlukan untuk papar url yang memberikan backlinks kepada blog anda (seperti di atas).
Tutorial untuk menggunakan E-Referrer juga ada disediakan jika anda tak berapa nak faham - Video Tutorial E-Referrer.








Menarik ... Nk try. TQ HH
30 December, 2012 08:06
bagus ni... cuma mia tak pakai.... huhuhu
30 December, 2012 08:23
Thanks HH..menarik!!!
30 December, 2012 08:28
sangat menarik...
30 December, 2012 08:37
Terima kasih.... Namun apa beza dengan blogger.com
30 December, 2012 09:52
ohh.. pernah nampak aplikasi ini tapi tak tahu apa fungsi dia.. hari ni baru faham.. Terima kasih untuk info ini. ^_^
30 December, 2012 10:41
how about the google analytics? Currently using that and found it not bad
30 December, 2012 11:25
memang menarik !
30 December, 2012 11:33
Pernah pakai tool no dulu. Tapi tiba2 dpt keyword 'laili bogel'. Mcmmana tu? Huhu..terus tak pakai dah..
30 December, 2012 13:11
This is for online referrer, more for visitor to know about the blog referrer .... Google Analytics is for our analysis.
30 December, 2012 16:09
Terima kasih @2de0bce941eb23cc10014a858eb4bb61:disqus
30 December, 2012 16:09
Sama-sama.
30 December, 2012 16:10
Sama2 @twitter-628470735:disqus
30 December, 2012 16:10
HH pun tak pakai .. kejap je untuk uji widget tu dalam blog ni .. hehehehe
30 December, 2012 16:10
aplikasi yang sangat menarik..terima kasih saudara..
30 December, 2012 16:40
boleh dicuba, mana tahu dpt apa yg baik utk blog kita.
30 December, 2012 18:39
salam..
selalu saya klik pada blog yang guna
ereferrers ni macam keluar spam pula
jadi tak berani nak apply kat blog
01 January, 2013 03:03
Post a Comment