As-Salam. Adakah  pendekatan SEO dalam blog menyekat dan menjerat kreativiti seorang blogger? Kalau dilihat dari satu sudut, memang ada kebenarannya ... apabila seorang blogger hanya fikirkan mengenai SEO sahaja, tanpa fikirkan akan kualiti dan isi kandungan yang mutlak untuk entri yang menjurus SEO - Search Engine Optimization ini.

Lebih-lebih lagi apabila berlaku satu pertandingan antara blogger yang melibatkan SEO. Hanya kerana satu kata kunci, para blogger 'banjirkan' entri-entri serta blog hanya dengan kata kunci tersebut, semata-mata nak jadi juara dalam pertandingan SEO.

Lemas dengan Pendekatan SEO, Ia Jerat Kreativiti untuk Hasilkan Entri Terbaik


SEO Jerat Kreativiti Blogger

HH pernah kongsikan satu fakta sejarah pertandingan SEO pertama, di mana ia telah banyak memberikan impak negatif dalam dunia maya. Anda tak baca lagi? Anda boleh Google atau cari dalam blog ni ... HH tak padam lagi ...hehehe....

Ya, andai kontes SEO tidak dikawal dengan baik oleh penganjur, enjin carian akan limpah ruah dengan kata kunci tersebut, yang tidak membayangkan apa yang dibawakan oleh kata kunci tu. Contohnya, buat kata kunci iPhone 5 Gadget Impian tetapi bila buka entri tak dinyatakan pun kenapa iPhone 5 tu sebagai gadget impian, hanya ada gambar iPhone 5 dan sedikit entri merapu yang penuh fantasi.

HH pun sama terlibat dalam kontes SEO, dan HH sedar, apabila diri terlalu mengejar satu kemenangan, semua taktik, teknik, trik SEO akan digunakan.... sampai ia jejaskan mutu keseluruhan blog itu.

Kerana terlalu kejar satu-satu kata kunci, kreativiti sebenar terjejas dan terjerat. Isi tak berbaloi untuk kata kunci tersebut, yang hampa ialah mereka yang mencari info... dan paling malang ... blog yang banjir dengan kata kunci SEO semata, akhirnya dikenakan penalti oleh enjin carian.... dah naya!


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. setuju2.. nanti entri merapu-rapu je..

    BalasPadam
  2. Saya tak tahu sgt pasal SEO ni. Tp, jika benar ini berlaku lebih baik isikan entri yg mngejar keyword SEO ni dgn info yg padat dan dicari2 pembaca. bukan sekadar nk meraih ramai pembaca tp meraikan pembaca dgn maklumat yg padat dan betul.

    BalasPadam
  3. Saya pun ada idea giler pasal kontes SEO nie .. tapi lain kali la cite .. hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement