As-Salam. Tersasar dah cara ni, kenapa perlu 'bogel'kan orang lain untuk membawa maksud dan niat berdakwah. Ini bukan cara yang betul. Bukan kaedah yang baik untuk mentarbiyah orang.

Kalau sudah buka aib orang lain semata untuk dijadikan contoh - inilah contoh yang tak harus diikuti ...hmmm HH fikir baik cuba cara lain.

Nak dakwah cara moden, cara online, cara zaman serba berteknologi terkini tak perlulah sampai anda perlu mengaibkan insan lain yang mungkin jahil mengenai sesuatu hal. Dan mungkin anda sendiri pun belum cukup khatam untuk memberikan segala fakta, jadi elak buat begini.

Buka balik kitab lama, lihat dan pelajari cara yang dilakukan oleh para sahabat, para pendakwah tersohor ... bagaimana mereka mentarbiyahkan orang lain. Jangan ambil tang kulit sahaja ... ambil juga isinya, jangan ambil yang mudah sahaja tetapi ambil juga langkah peritnya.

Fikir bila mahu menulis entri dakwah. Jangan sebarang tulis, kerana apa yang anda tulis itu bakal menjadi saksi anda di hari kemudian!


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

Paku dulang paku serpih. mengata orang dia yang lebih. Orang macam nie dah tak punya cermin diri.

Reply

saya setuju.. mohon izin di kongsikan di blog sye ye :D



www.cyidasite.blogspot.com

Reply

Betul.. Sokong.. Memang x patut..

Reply

huhu memang takut nak buat entri dakwah... ilmu di dada belum cukup lagi...

Reply

teguran yg membina bro..
kekadang dok syok post hinggan lupa kesan mendtg..

Reply

betul tu..saya sokong bro.. kadang2 ada yang sampai buka aib orang lain utk berdakwah... hmmm

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.