As-Salam. Ceh .... masih lagi ada manusia yang cuba guna nama selebriti popular untuk tarik trafik ke blog. Ishh ... HH pernah panjangkan isu ini dalam dunia blogger Malaysia, bagaimana ada segelintir blogger yang buat cara memperdaya begini agar pengunjung lain klik ke pautan yang diberikan.
Kaedah atau tatacara penipuan begini dah lama berlaku, dan isu ini pernah beberapa kali HH bangkitkan dalam entri-entri sebelum ini. Sayang sekali, masih ada cuba untuk kerja dengan jalan mudah seperti ini.
Ainan Tasneem penipu, bukan si Ainan Tasneem punya kerja tetapi mereka yang menggunakan nama Ainan Tasneem untuk cuba tarik perhatian orang lain. Yelah, mentang-mentanglah si Ainan Tasneem tengah hot sekarang, dan dia pun memang seorang blogger.
Gaya gini, susahlah ... buat mereka yang tak mahu diperdaya, tak digalakkan letak shoutbox atau seumpamanya bagi mengelakkan spam link seperti ini.









pernah pengunjung brnama Juliana Evans sggah my blog, tah betul @ penipu jgak....huhuhu....
19 Disember, 2012 19:30
Catat Ulasan