30 November 2012

2012 Tahunku yang Kacak

As-Salam. Ye ke kacak? Kacaklah kot di mata isteri HH ... hehehe... 2012 .... tahunku yang kacak ... apa yang kacak sangat pada tahun 2012 sehingga perlu dinobatkan begitu? HH mula menilai diri ... dan fikir-fikir ... hmm ... ada banyak sebab untuk membolehkan 2012 dianugerahkan sebagai tahun yang kacak.

Mana tak kacak, isteri HH beli kereta baru, jenama apa ... hmmm cukup untuk HH katakan ia sangat berbaloi apabila kereta Wira 1.5 Sedan milik HH dijadikan sebagai wang pendahuluan. Terasa kacak sebab dapat bawa kereta yang diimport ... huhuhuuu

Makin kacak bila HH ada basikal baru. Bolehlah keluarkan peluh disebabkan kayuhan penuh kacak setiap petang bersama anak-anak .. ye tak? Peluh keluar, maka kekacakkan pun terserlah!

Tapi itulah, tak banyak perkara yang boleh dikategorikan dalam istilah kacak ni. Dalam dunia blog ... tiada kejayaan ketara melainkan blog HH dah berjaya capai 3 juta pageviews .... selain dapat keluarkan duit dari SAYS Malaysia.

2012 Tahunku yang Kacak


Apapun, seperti kata mereka yang lebih bijak dari HH ... tak kemana kacak paras rupa, nak buat apa diri disiul dan jadi sebutan kerana kacak andai .... haaa andai ada lompang dalam jiwa, ada yang tak cukup, ada yang kurang dalam diri... yang bukan fizikal tetapi rohaniah.

Jiwa itu perlu tenang barulah kacak sebenar jiwa namanya. Tak gitu?

2012 tahunku yang kacak .... andai tak kacak di mata orang lain, biarlah kacak di mata isteri. Bukan setakat kacak paras rupa tetapi perlu kacak hati budi dan pekerti ... bukan apa, nanti bila anak-anak tanya ... kacak tu apa .. bolehlah jawab .... kacak tu ialah mereka yang baik tingkah-laku dan hebat budi pekerti.

Sebelum itu, blog HH yang tak berapa kacak ini telah berjaya berada agak lama dalam ranking Alexa Malaysia bawah 1000 .... alhamdulillah.

top 1000 blog Malaysia


Entri untuk kontes SEO dianjurkan oleh rakan blogger HH yang cukup kacak - SEO Extravaganza - Syaifuddin Alias.

Contest ini Ditaja khas oleh : Ciktom, mksyahir, FauziBlues, eizil network,lepakk[dot]com, LadFeamir , My Arazzi, penmerah[dot]com dan nurmisnan.


Tanya Anda | 6 Persoalan Perlu Dijawab

As-Salam. HH ingin bertanya ... soalan-soalan yang sering bermain di minda ni .... perlukan kepastian daripada pengunjung blog - baik yang seru mahupun seteru. Bukan apa, kadangkala HH dok tulis itu dan ini ... terasa macam ada sesuatu yang tak kena. Jadi, input anda tersangatlah diharapkan.

HH pun macam anda juga, blogger yang cuba mencari tapak. Tak banyak, cuma sedikit yang dipinta. Blog ini dah lama wujud tapi masih ada yang belum ketemui blog ini .. jadi kenapa?

Tak salah bertanya pada orang lain ye tak? HH percaya ramai antara anda ada ilmu lebih baik dan luas daripada HH sendiri. Jadi, mahu dikongsi tentang pendapat anda.

Soalan HH ialah ....


  1. Blog ini susah ke senang nak buka?
  2. Blog ini susah ke nak anda baca?
  3. Adakah anda puas hati dengan entri-entri yang ditulis?
  4. Adakah anda berasa blog ini boleh menjadi satu daripada blog yang menjadi tempat untuk blogger mencari ilmu blogging Malaysia?
  5. Adakah HH seorang blogger yang sombong?
  6. Anda suka atau tidak dengan penampilan dan gaya blog ini dipersembahkan?

Mohon jawapan, komen anda diharapkan .. dan jangan lupa ... tinggalkan url blog anda untuk HH masukkan ke dalam bloglist.

Terima kasih pada mereka yang sudi komen dan berikan jawapan pada persoalan di atas. Harap dapat jawapan yang jujur dan ikhlas. 





Ben Ashaari Kalah Dengan Moustafa Ismail

As-Salam. Ben Ashaari, antara salah seorang rakan blogger yang dikenali ramai .... bukan sekadar dek kerana blognya, tetapi juga kepada kesasaan dan lengan yang kejap dan sedap.... hehehehe... HH memang tak boleh lawan la sebab dah berzaman tak masuk gim ni .... last sekali masuk masa zaman kat IPT dulu kot.

Lengan Ben Ashaari .. gulp .. besar doh. HH belum jumpa lagi mana-mana blogger yang mempunyai lengan sebesar itu lagi. Malah, tak ada mana-mana blogger pun yang ada betis yang boleh lawan lengan si Ben Ashaari ni... termasuklah HH sendiri ... hahahaha...

Ben Ashaari - Blogger Berlengan Besar




Tapi, HH godek-godek .... terjumlah nama Moustafa Ismail. Siapa Moustafa Ismail ini? Dia merupakan seorang lelaki dari Mesir yang kini memegang rekod dunia sebagai pemilik lengan paling besar. Perghhhh ... sesetengah blogger anggap dia sebagai Popeye sebenar.

Memang besar... kalah Ben Ashaari.

Moustafa Ismail yang berusia 24 tahun memerlukan diet sehingga 7 paun protein, 9 paun karbohidrat dan tiga galon air setiap hari. Merupakan seorang ahli angkat berat, dia menghabiskan masa di gim selama 3-4 jam sehari. Anda tentu terkejut dengan jumlah makanan yang diambil oleh Moustafa Ismail ini. Namun, begitulah adanya kalau nak ada lengan besar .... tak percaya? Boleh tanya Ben Ashaari sendiri.

Moustafa Ismail - World's Largest Arm




Apa yang Moustafa Ismail ini makan? Diet tipikal baginya ialah 4 paun ayam, 2 paun daging atau ikan, 4 cawan kacang Almond, dan 3 liter protein kocak. Ada yang mengatakan bahawa dia mengambil stereoid untuk menghasilkan otot lengan sebegitu besar, tetapi dia menafikannya dan mengatakan bahawa dia tidak mengambil sebarang dadah untuk hasilkan lengan sebesar itu.


Han Han | China's or World's Most Famous Blogger

As-Salam. Siapa dia Han Han (韩寒) ini? Han Han ialah lelaki warga China yang merupakan seorang pelumba kereta rally profesional, penyanyi, penulis buku best-seller, pengasas majalah Party dan merupakan blogger paling terkenal di China, malah ada yang mendakwa bahawa Han Han merupakan blogger paling terkenal di dunia (New York Times). Dia dilahirkan pada 23 September 1982 dan telah mula berblog sejak 2006.

Lelaki ini memang seorang blogger yang hebat. Han Han pernah tampil di dalam sebuah majalah terkenal iaitu Time dan dianggap sebagai salah seorang yang paling berpengaruh di dunia (Mei 2010). Manakala pada September 2010 pula, sebuah majalah British iaitu New Statesman menyenaraikan Han Han di tempat ke 48 antara manusia paling berpengaruh dalam The World's 50 Most Influential Figures 2010.

Han Han - World Famous Blogger from China


Han Han - World Famous Blogger


Sungguh mengagumkan bilamana blognya mencapai lebih daripada 340,000,000 juta hits pada 2010. Novelnya pula, Tripple Door pula telah diulang-cetak sebanyak 2 juta, menjadikan antara novel terlaris di dunia.

Manakala, album nyanyian Han Han pertama iaitu R-18 telah diterbitkan pada September 26, 2006 oleh ShangHai ToWing Culture Development Co., Ltd.

Dia pernah terlibat dalam penerbitan sebuah album dan pernah ditawarkan untuk berlakon dalam satu filem Hollywood, tetapi menolaknya atas dasar bahawa filem itu menyalahi budaya dan kepercayaannya. Apatah lagi, di dalam filem tersebut melibatkan satu hubungan cinta terlarang antara anak murid dan guru.

Han Han as Professional Car Rally Driver


Han Han - China's Famous Blogger


Penglibatannya di dalam arena kejohanan rally antarabangsa pula bermula sejak 2003. Dan pernah memenangi beberapa kejohanan yang berlangsung di China termasuklah pada 2007 sebagai salah seorang pelumba dalam pasukan  Shanghai Volkswagen 333 Racing Team, menang juara di China Circuit Championship dalam kategori 1600cc.

下載 Aurora
Han Han dikenali sebagai blogger yang paling kuat mengkritik kepimpinan China dan sering sahaja mempersoalkan dasar dan polisi kerajaannya. Namun, di sebalik kritikan, Han Han dikenali sebagai seorang blogger yang tahu menggunakan ayat yang betul dalam ulasan serta entri di dalam blognya.

Kontroversi Bai-Han 

Antara kontroversi yang menaikkan nama Han Han ialah Bai Han Controversy (2006). Ia melibatkan pertikaman entri antara dua orang blogger - iaitu Han Han dan juga Bai Ye. Ia berkisar mengenai satu entri yang dikeluarkan oleh Bai Ye iaitu Status and Future of the Post-80 Generation (”80后“现状与未来), yang mengkritik penulis-penulis di era 80an. Han Han telah memberi respon terhadap entri kontroversi itu di dalam blognya menerusi satu entri bertajuk - The "Literary Circle" Is Bullshit, Don't Act Pretentious (文坛是个屁 谁都别装逼). Kontroversi ini berakhir apabila mereka yang terlibat telah menutup blog - kecuali Han Han, yang semakin dikenali selepas itu.

Walaupun Han Han dikenali sebagai seorang blogger yang verbal dan kritis tetapi dia disegani dan kebanyakkan entri-entrinya memenuhi kehendak pembaca, dan memberikan inspirasi kepada strutruk demokrasi kerajaan China.


*p.s: HH tak bagi link ke blognya ... sbb tak tahu, dan lagipun blognya dalam bahasa China ... yang dah terang2 anda tak akan faham punya .. heheehe... HH - errrr Han Han la ... hahahahaha....



29 November 2012

PageSpeed Insights | Bantu Perbaiki Kadar Loading Blog

As-Salam. Aspek penting untuk blog diindeks oleh enjin carian selain kandungan blog yang baik ialah blog perlu mempunyai kadar kepantasan untuk dipaparkan (loading) di pelayar internet dengan baik. Walaupun ada pendapat mengatakan bahawa kadar kepantasan ini bergantung kepada plan internet yang anda pakai serta konfigurasi komputer anda, namun jangan ambil pusing tentang kaedah lain yang boleh membantu untuk blog anda mempunyai loading yang pantas.

HH sering menggunakan PageSpeed Insights yang disediakan oleh Google menerusi Google Developers Page untuk memastikan blog-blog HH berada di atas paras kadar loading yang baik. Menerusi PageSpeed Insights, seandainya skor yang diberikan adalah kecil, ini bermakna blog anda perlu banyak penambah-baikan. HH secara purata mendapat 85-90/100 skor untuk blog-blog HH.

PageSpeed Insights




Apa yang perlu dilakukan jika skor anda itu kecil? Jangan risau .... PageSpeed Insights bukan sahaja memberikan skor kadar load blog anda, tetapi juga memberikan cadangan-cadangan yang perlu anda lakukan untuk penambah-baikkan.

Cadangan untuk penambah-baikkan akan diberikan di sebelah - di bahagian Overview.

Penambah-baikkan ini pula terbahagi kepada 3 kategori, iaitu High Priority, Medium Priority dan juga Low Priority. Anda boleh lakukan sedikit ubahsuai pada kod hml blog anda bersandarkan apa yang telah dinyatakan menerusi catatan yang diberikan oleh PageSpeed Insights.

Dengan penambah-baikkan yang telah dilakukan, blog anda bukan sahaja akan lebih pantas untuk load, tetapi juga lebih mesra SEO.

Selamat mencuba.


Antara Google Profile dan Google Page

As-Salam. Baru-baru ini, pihak Google telah menerapkan Google Profile sebagai salah satu widget untuk Follower G+. Ianya merupakan satu gadget untuk blog bagi membolehkan rakan-rakan blogger menambah jaringan dan rangkaian sesama blogger, sesama pengguna Google.

Konsep Google Profile adalah sama dengan konsep Facebook. Di Google Profile, anda bukan sekadar berkongsi info mengenai diri anda - gambar, cerita dan sebagainya, malah ia juga salah satu cara untuk anda dan blog mendapat trafik apabila anda klik +1 pada entri di blog anda, atau rakan serta pengunjung blog klik +1.

Tambah Google+ Dalam Blog


Google cuba menerapkan budaya +1 bagi bersaing dengan Facebook Like. Itulah yang dilakukan oleh Denaihati menerusi kontes SEO iPhone 5 Gadget Impian.

Selain Google Profile, anda sebenarnya boleh juga mencipta Google Page yang sama konsepnya dengan Facebook Fanpage atau Facebook Page. HH pernah tampilkan kaedah dan cara untuk mencipta Google Page ini. Anda boleh baca entri ini: Bagaimana Meletakkan Google+ di Blogspot dan juga entri ini: 2 Langkah Untuk Promo Blog Dengan Google+

Jangan terkeliru antara Google Profile dan Google Page. Seperti yang anda nampak di sidebar blog di halaman utama, anda akan nampak ada 3 fungsi G+ ini; iaitu Google Page - hasrulhassan.com, +1 Google untuk blog ini, dan Google+ Follower.

Google Page


Ketiga-tiganya ada fungsi berbeza, namun menggunakan platform yang sama - Google. Dan fungsinya sama juga dengan Facebook LIKE - untuk Like blog anda, Like Fanpage anda dan juga untuk Like entri di dalam blog anda.

Moga sedikit penjelasan ringkas ini buat anda faham apa itu Google+ dan memaksima budaya G+ atau +1 ini di dalam blog atau semasa anda sedang blogwalking. Anda bukan sahaja memberikan trafik tetapi juga akan menerima trafik daripada jaringan Google.


iPhone 5 Gadget Impian Memang Tinggal Satu Impian

As-Salam. Ramai rakan blogger yang masuk kontes SEO iPhone 5 Gadget Impian dah dapat banyak G+ ... malah ramai yang dah dapat lebih daripada 100 ... blog HH ... cungap nak dapat 50 pun tak lepas lagi. Masa pun dah suntuk .... jauh sangat ketinggalan. Memang nampak gayanya tinggal impian sahajalah kot.

Nak beli ikut duit iklan, tak sapa pun sudi nak pasang iklan. Jadi income menerusi iklan blog memang tak ada nak diharapkan la. Nak beli ikut Nuffnang ... hahahhaa.... gelak je tgk baki dalam akaun. Apakan daya .... bukan rezeki la kot. Mungkin nanti untuk iPhone 6 lak ...

Memang parah nak menabung untuk dapatkan iPhone 5 ni, yelah ... bukan ada kerja tetap, hanya mengharapkan projek konsultansi yang sesekali menjenguk. Time cuti sekolah ni .. hmm memang tak jalan la sebab projek kajian memang tak boleh buat semasa cuti sekolah.

Ada ingat HH duit kepok2 kot ... tapi nyata jelas ...HH sengkek, blog ada tapi tak jana apa-apa yang lumayan. Hmm .. semakin kuatlah alasan si isteri untuk suruh HH berenti berblog .... 




Piala AFF Suzuki | Dulu Piala Jenama Arak Singapura

As-Salam. Harimau Malaya - gelaran diberikan buat skuad bolasepak kebangsaan kita. Piala AFF Suzuki 2012 kini menjadi rebutan .... sebelum ini, Piala AFF Suzuki tidak sedikit pun dalam perhatian kita. Tetapi, apabila kita telah berjaya menjadi juara pada 2 tahun lepas, hampir semua orang dah tahu apa itu Piala AFF Suzuki.

Sejarah Piala Suzuki AFF ini bukan baru, tapi dah lama, cuma sebelum ini kita tidak mengenalinya sebagai Asean Football Championship. Sebelum ini piala yang menjadi rebutan pasukan bolasepak Asean ini dikenali sebagai Piala Tiger - mengambil nama satu jenama arak yang dikeluarkan Singapura. Ia telah diadakan sejak tahun 1996.


Mulai tahun 2008, Suzuki, jenama terkenal dalam dunia permotoran telah mengambil-alih penganjurannya dan dinamakan Piala AFF Suzuki.

Pemain dari Singapura Mohd Noh Alam Shah masih lagi kekal sebagai rekod penjaring terbanyak dalam sejarah kejohanan ini iaitu sebanyak 10 biji gol. Rekod itu dibuat semasa kejohanan pada tahun 2007.

Pemain Malaysia yang mengukir sejarah tersendiri di dalam Piala AFF yang sebelum ini dikenali Piala Tiger ini ialah Zainal Abidin Hassan, apabila pernah menjadi pemain paling bernilai dalam kejohanan ini pada tahun 1996.

Malaysia hanya menjadi juara pada tahun 2010, manakala Singapura dan Thailand masing-masing memegang rekod 3 kejuaraan dalam sejarah piala ini.

Sumber- Wikipedia


Google Blogspot Perkenal Google+ Followers

As-Salam. Seperti HH pernah sebut sebelum ini bahawa widget follower yang lama bakal diganti oleh pihak Google Blogger.com. Nah .. kini ... blogspot atau blogger.com yang dipunyai oleh Google memperkenalkan satu widget baru iaitu Google+ Follower.

Ia dikatakan akan menggantikan widget follower lama ... jadi ... haaa jadi ....siapa yang ada ribu-ribu followers itu akan .... pulppppp ... hilang!!

Jadi ambil kesempatan ini untuk letakkan Google+ Follower ini di blog anda sekarang, dan bina rangkaian kawan-kawan blogger anda.

Google+ Widget for Blogspot



Untuk masukkan widget baru Google+ ini, anda hanya perlu buka dashboard blogspot anda, dan anda akan jumpa widget ini apabila anda buat add a gadget. Mudah je.



28 November 2012

Freedom for Gaza | Wordless Wednesday #WW

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Wordless Wednesday - Freedom for Gaza



Blog Ini Adalah Nasihat dan Ingatan Untukku ....

As-Salam. Mungkin ada yang ingat, HH buat blog ini adalah untuk ajari blogger baru bagaimana untuk berblog .... tetapi sebenarnya ia adalah medium untuk HH untuk belajar dan mengingatkan diri. Nak tulis dalam buku nota .. rasa udah kekok nak pegang pen .... serius ... ada sekali, lupa camner nak tandatangan .. yelah, bukan cam stgh blogger yang selalu sign agreement untuk iklan advertorial.

Blogger Hasrulhassan.com


Blog ini adalah tempat untuk HH catat segala perkara yang HH dah belajar dan terapkan sebagai seorang blogger. Mungkin ia tak berjaya untuk sesetengah orang, tapi menjadi pulak kat blogger lain. Mana yang baik tu, HH akan cuba kongsikan dengan anda, mana yang tak berapa nak baik tu ... HH cuba olah untuk ia jadi satu pedoman untuk diingati.


Ini blog untuk HH dan untuk anda mencari apa yang anda ingin cari. Jika ia bagus untuk anda, maka HH sudah sangat suka hati kerana anda buat HH sedar bahawa apa yang dikongsikan ini bukan sesuatu yang sia-sia. 

Terima kasih, terima kasih semua.

*p.s: Kadangkala HH lupa apa nak buat .. HH akan gelintar (search) blog ini sendiri ... hahahhaha
 


Emma Maembong Bertudung | Wordless Wednesday #WW

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Wordless Wednesday - Foto Emma Maembong Manis Bertudung


Gambar Emma Maembong Manis Bertudung

Kredit Foto: Instagram Emma Maembong

Birds - National Geographic Photo Contest 2012 | Wordless Wednesday #WW

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Wordless Wednesday - Birds with National Geographic 2012 Photo Contest







Kredit Foto: National Geographics - Respected Photographer Include

SEO Jerat Kreativiti

As-Salam. Adakah  pendekatan SEO dalam blog menyekat dan menjerat kreativiti seorang blogger? Kalau dilihat dari satu sudut, memang ada kebenarannya ... apabila seorang blogger hanya fikirkan mengenai SEO sahaja, tanpa fikirkan akan kualiti dan isi kandungan yang mutlak untuk entri yang menjurus SEO - Search Engine Optimization ini.

Lebih-lebih lagi apabila berlaku satu pertandingan antara blogger yang melibatkan SEO. Hanya kerana satu kata kunci, para blogger 'banjirkan' entri-entri serta blog hanya dengan kata kunci tersebut, semata-mata nak jadi juara dalam pertandingan SEO.

Lemas dengan Pendekatan SEO, Ia Jerat Kreativiti untuk Hasilkan Entri Terbaik


SEO Jerat Kreativiti Blogger

HH pernah kongsikan satu fakta sejarah pertandingan SEO pertama, di mana ia telah banyak memberikan impak negatif dalam dunia maya. Anda tak baca lagi? Anda boleh Google atau cari dalam blog ni ... HH tak padam lagi ...hehehe....

Ya, andai kontes SEO tidak dikawal dengan baik oleh penganjur, enjin carian akan limpah ruah dengan kata kunci tersebut, yang tidak membayangkan apa yang dibawakan oleh kata kunci tu. Contohnya, buat kata kunci iPhone 5 Gadget Impian tetapi bila buka entri tak dinyatakan pun kenapa iPhone 5 tu sebagai gadget impian, hanya ada gambar iPhone 5 dan sedikit entri merapu yang penuh fantasi.

HH pun sama terlibat dalam kontes SEO, dan HH sedar, apabila diri terlalu mengejar satu kemenangan, semua taktik, teknik, trik SEO akan digunakan.... sampai ia jejaskan mutu keseluruhan blog itu.

Kerana terlalu kejar satu-satu kata kunci, kreativiti sebenar terjejas dan terjerat. Isi tak berbaloi untuk kata kunci tersebut, yang hampa ialah mereka yang mencari info... dan paling malang ... blog yang banjir dengan kata kunci SEO semata, akhirnya dikenakan penalti oleh enjin carian.... dah naya!


Children of Gaza | Wordless Wednesday #WW

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Wordless Wednesday - Children of Gaza 2012




 


Kredit Foto: AP and Times

Blog Amir Jahari | Tanpamu ke Pentas AJL27

As-Salam. Amir Jahari ... bukan nama besar, tapi nama ini telah membawakan lagu Tanpamu hasil ciptaannya untuk mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 pada Januari 2013. Lagu ini memang ada umppphhh yang tersendiri....

Siapa Amir Jahari nih? Amir Jahari adalah seorang pemuzik, boleh menulis dan mencipta lagu. Nak biodata yang lain, anda perlu semak dengan pencarian Google .. hehehehe

Menerusi blog, Amir Jahari mempersembahkan sesuatu yang agak berlainan sedikit... sekali baca ...hmmm ..dua kali baca ..... anda akan ada teh secawan di sebelah sambil anda belek entri-entri lama Amir Jahari ni. Ayat best ... serius .... blog Amir Jahari dikenali sebagai Amir Jahari Diary

Blog Amir Jahari



Dan menarik sekali, Amir Jahari ada mencoretkan bagaimana lagu Tanpamu yang berjaya ke pentas akhir AJL diilhamkan. Ehmmm ..rupanya ada cerita di sebalik lagu ... ada makna tersirat.

Lagu Tanpamu - Amir Jahari


MSMW2013 T-Shirt | Wordless Wednesday #WW

Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 

Wordless Wednesday - Malaysia Social Media Week 2013 T Shirt




RM28. Order Here: MSMW Facebook

Bila Blog Si Isteri Lebih Hebat Dari Blog Si Suami ...

As-Salam. Hmmm ... ada je blogger di kalangan suami isteri ni, macam Ben Ashaari ... isteri dia pun ada blog ... nak alamat blog isteri Ben Ashaari? Tu kena tanya dialah ..ye tak? Ramai gak rakan blogger HH yang lain terdiri dari suami isteri... dan masing-masing ada kehebatan sendiri.

Tapi, yang jadi mushkil ialah .... apabila blog si suami yang setiap hari berentap untuk SEO bagi setiap entri ... 'kalah' kepada blog si isteri yang seperti suam-suam kuku ... tapi mampu melonjak trafik sehingga 12,000 seminggu! Yang blog si suami lak .. dok terkapai-kapailah dok cari kata kunci yang hebat untuk blognya.

Ini bukan cerita rekaan ... anda boleh baca catatan dari blog si suami ini - Hampir 12K Pageviews Seminggu ... 

Dan boleh lihat pula blog kepunyaan isterinya - Mrs Fiza. Anda boleh tengok ada satu catatan yang merujuk kepada keterujaannya dapat trafik tinggi sedangkan dia tak update blog!

Dua-dua pakai domain sendiri tapi masih lagi guna hosting blogspot. Dua-dua blog pun kemas ... tapi dari sudut pengikut ... blog si isteri lebih ramai ... ehemm ada peminat tu ... hehehehe.... 

Tapi inilah yang dikatakan, walaupun kita tidak berapa bijak soal SEO ... namun sedikit pengetahuan mengenainya pun sudah cukup untuk melonjakkan trafik blog kita di saat kita tak buat apa-apa entri terbaru. Apa yang perlu ialah pencarian kata kunci untuk setiap entri kita. 


27 November 2012

Apakah Yang Menyebabkan Sebuah Blog itu Hebat?

As-Salam. Blog yang hebat, apakah yang menyebabkan sebuah blog itu tampak hebat? Adakah kerana template blognya yang mesra SEO? Adakah kerana dia seorang blogger kacak? Atau adakah kerana dia sering papar wajah jelitanya di blog?

Webmaster, blogger antarabangsa, hampir semua yang terlibat dengan dunia maya setuju bahawa sebuah blog itu tampak hebat adalah kerana isi kandungannya yang original, mantap, bermanfaat dan terbaik. Isi kandungan sesuatu laman web itu adalah raja kepada keseluruhan kejayaan sesuatu blog.

Menerusi kandungan yang mantap, enjin carian juga suka.

Menerusi kandungan blog yang terbaik, ramai pengunjung akan menjadi pengikut setia, dan terus-terusan berkunjung ke blog tersebut.

Dek kerana kandungan blog yang sedap dibaca .... ramai yang akan menjenguk walaupun blog tersebut masih lagi tiada update terbaru - kerana sifat ingin tahu kenapa blog itu tidak lagi diupdate.

Inilah blog yang hebat, yang mempunyai kandungan yang berjaya merentap hati pengunjung untuk sentiasa hadir.

Maka, mantapkan isi kandungan blog anda.

10 Blog Top Referrer Oktober 2012

As-Salam. Terima kasih kepada top 10 referrer blog ini bagi bulan Oktober 2012. Anda telah menjadi antara penyumbang trafik langsung 10 terbaik buat bulan Oktober 2012. Kali ini, nampaknya top referrer sudah tidak lagi menjadi milik top blogger Ben Ashaari.

Oh ya, sebelum ini ... top referrer blog ini telah diungguli oleh blog Ben Ashaari, rakan blogger HH yang memang sarat dengan idea kreatifnya. Tapi kini, setelah blog ini tidak lagi disenaraikan dalam bloglist blogger hebat ini, posisi top referrer telah diambil-alih oleh blogger lain, yang tidak kurang hebatnya.



10 Blog Top Referrer Oktober 2012

  1. zamani84.blogspot.com
  2. www.kakisembang.com
  3. lulu-pages.blogspot.com
  4. www.benashaari.com
  5. www.erazfadli.com
  6. fendy1302.blogspot.com
  7. www.anastasyea.com
  8. ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com
  9. miraakim.blogspot.com
  10. amiraimanakashah.blogspot.com
Sumber diatas dirujuk berdasarkan trafik yang dijana dan direkodkan oleh Histats.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger ini. Nampaknya ada beberapa blog baru termasuk dalam senarai kali ini. Seperti biasa, blog-blog ini akan menjadi penghuni bloglist HH ... selagi ia tidak dibubarkan.

*p.s: Kepada mereka yang pernah join 200 bloglist tu, andai blog anda tiada dalam senarai, sila PM HH menerusi Facebook HH yer. Jangan segan, jangan malu ... itu hak anda.

Blog Rafidah Ibrahim (Fida) | RICH Yang Berkubur

As-Salam. Rafidah Ibrahim atau dikenali sebagai Fida dalam dunia hiburan tanahair juga mempunyai blog .... errr satu masa dahulu ... kini, blog Fida sudah terkubur walaupun masih lagi wujud di dalam dunia maya ini.

Tiada catatan pun di blog Fida yang dikenali sebagai Rafidah Ibrahim Couture House (RICH) ini. Hmm mungkin sudah hilang minat untuk berblog atau meneruskan mengembangkan bisnes busana menerusi blogspot.

Blog Rafidah Ibrahim (Fida)



Gambar Fida Ibrahim

Advertisement


26 November 2012

New Anonymous Bakal Hack Blog 'Copy-Paste' !!

As-Salam. Satu amaran daripada seorang errr atau mungkin kumpulan penggodam yang menggelarkan diri sebagai New Anonymous! Penggodam (hacker) ini memberikan amaran bahawa mereka akan menyerang blog-blog yang isi kandungannya adalah entri-entri yang diceduk dan disenduk daripada sumber lain.

Entri yang bersifat bukan original dan diambil dari blog lain sangatlah tidak disukai oleh mereka. Serangan ini dilancarkan sebagai satu amaran dan ingatan, dan sebagai pengajaran buat blogger yang suka melanggar etika berblog dengan tidak menyediakan entri sendiri.

Bukan isu baru tetapi dah bersawang, malah ramai dah blogger-blogger yang ingatkan - jangan buat entri yang 100 peratus tiru (copy-paste) .... yang disediakan tanpa sumber diberikan, yang tidak memberikan kredit kepada sumber asal.

Andai kata blog anda terciri dalam apa yang mereka tidak suka ini, maka berhati-hatilah ... jangan jadi mangsa penggodam New Anonymous ini.

Blog 'Copy-Paste' Kena Godam oleh New Anonymous


blog klik-aje.com kena hacked

6 Tips Mendapatkan Pengunjung Unik Sehingga 5,000 Sebulan

6 Tips Mendapatkan Pengunjung Unik Sehingga 5,000 Sebulan. Sembang kosong je bila kata boleh dapat trafik puluhan ribu dengan sebahagian besar adalah pengunjung unik! Ehh tak ... ia boleh berlaku, dan tidak mustahil pun. Cuma, anda sebagai seorang blogger Malaysia tidak perlu kecut perut, sebaliknya belajar cara terbaik untuk melakukannya.

Saya paparkan sedikit statistik menerusi Nuffnang untuk paparan anda, bagaimana blog ini berjaya mencapai pengunjung unik sehingga 5000 sebulan. Jadi, apa rahsianya sampai boleh capai sebegini? Rahsia kini tidak lagi rahsia, kerana kejayaan itu adalah milik semua.

6 Tips Untuk Mendapat 5K Pengunjung Unik Sebulan

Tips Mendapatkan Pengunjung Unik Sehingga 5,000 Sebulan6 Tips Mendapatkan Pengunjung Unik Sehingga 5,000 Sebulan
  1. Pastikan blog anda mempunyai template yang mesra SEO. Anda boleh guna template yang diguna-pakai ramai blogspot SEO iaitu Thesis Blogspot Template. Anda boleh Google kata kunci tersebut dan dapatkan beberapa versi terbaik Thesis Blogspot Template.
  2. Lakukan langkah demi langkah pendekatan SEO untuk blog anda. Anda boleh lakukan menerusi entri berikut: 8 Langkah SEO Mudah Untuk Blogspot
  3. Kongsi perkara yang bermanfaat. Ia akan memberikan anda trafik unik kerana semua orang mencari perkara yang bermanfaat untuk diaplikasi dalam kehidupan, bukan hanya entri sensasi ... entri sensasi hanya bersifat sementara dan tidak menjana trafik yang konsisten. Contoh entri yang telah memberikan banyak impak pengunjung unik ialah Takwim Hijrah 1433 serta Takwim Persekolahan 2013 Malaysia
  4. Entri bergambar dengan tajuk-tajuk yang berkonsep gambar, foto dan senarai. Contoh entri HH yang menerima kunjungan unik yang tinggi adalah 4 Foto Pierre Andre Bertabligh ... pastikan ada gambar ehhh ... dan tag gambar sama dengan tajuk entri anda. Cara nak buat untuk dapatkan trafik menerusi gambar, anda boleh baca di entri ini: Letak Title dan Tag Setiap Pautan dan Gambar Sebagai Sumber Trafik Organik
  5. Kongsikan perkara bersifat pengetahuan, tips dan trik serta panduan tertentu, contohnya Peluang Jana Pendapatan Dengan Exabytes atau Idea Entri Untuk Blogger Remaja
  6. Promosikan blog-blog orang lain .... anda tentu terkejut bagaimana entri-entri seperti ini memberikan impak pengunjung unik kepada blog anda. Contoh entri: Blog Isteri Beto Khusairi atau Terjah Blog
Dan lakukan perkara-perkara di atas, sebagai salah satu rencah dan agar apa yang anda telah dibuat itu diklik, maka ping entri anda di laman ping, dan laman Facebook anda secara berkala.

Dah, saya dah beritahu .... jadi jangan lak ada yang cebik bibir ehhh ...hehehehe.... :P

Apabila Nur Fazura Seksi Kini Bertudung Labuh ...

As-Salam. Semakin ramai selebriti terutama artis wanita yang kini berhijrah. Dulu, mungkin penampilan mereka agak seksi dan membuatkan hati lelaki miang meremang-remang. Tapi kini, ramai artis jelita semakin manis dipandang mata ... mereka dah semakin ramai yang mengenakan pakaian yang menutup aurat, tidak lagi terdedah.

Nur Fazura, wajah jelita ini sering jadi perhatian. Dan terbaru, HH kongsikan gambar Nur Fazura yang berhijab cantik, manis, dan tidak lagi seksi seperti penampilan yang pernah kita semua saksikan. Penampilan Nur Fazura yang cantik manis bertudung ini dirakam menerusi Istagram miliknya semasa sedang mengikuti satu ceramah bersama Dr Muhaya.

Gambar Nur Fazura Bertudung Labuh




Hmm .... ramai blogger yang suka paparkan kisah selebriti itu ini ... yang kurang baik, dan kurang manis .. apa kata kongsikan perkara yang baik pula. Yelah, pengaruh selebriti ini kuat .... manalah tahu, mungkin asbab ini akan ramai lagi yang teringin nak berhijrah.

Allah S.W.T itu Maha Mengetahui. Semua perkara yang berlaku ada hikmah ..bukan sekadar untuk diri empunya tetapi untuk kita semua. Contohilah perkara yang baik ...insyaAllah.

Adevertisement


12 Perkara Tidak Boleh Dilakukan Dalam Blog

As-Salam. Nak tegah secara langsung, HH ni idak la pandai sangat, tapi sekadar mengingatkan. Ingat-mengingati tu kan satu tuntutan, baik dalam agama mahupun dalam pelajaran moral. Sebagai rakan blogger anda, HH dengan rendah hati kongsikan perkara boleh dan tidak boleh dibuat oleh seorang blogger Malaysia.

Bukan apa, kadangkala kita lupa termasuklah HH sendiri, bahawa dalam hidup kita ini ada peraturan. Andai tiada peraturan .... matahari dan bulan tentu dah bertembung .. ye tak? Siang dan malam tentu tak ada ....Peraturan bukan nak kongkong diri kita, tetapi untuk mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang kita akan sesali kelak.

Dalam dunia blog Malaysia, ada perkara boleh dan tidak boleh dibuat ... perkara boleh dibuat tu banyak, tapi yang tak boleh buat ni ... tu yang nak kita, masing-masing ingat dan sentiasa mengingati.

Perkara yang ditegah buat dalam blog Malaysia

12 Perkara Tidak Boleh Dilakukan Di Dalam Blog

  1. Buat entri yang menghasut untuk melakukan sesuatu yang buruk, sesuatu yang langgar hukum, sesuatu yang langgar undang-undang. Contohnya; mengajak pembaca blog untuk mengutuk pemimpin. Kutuk tak bleh, tapi bagi cadangan tu .... oklah .. ye tak?
  2. Buat entri yang menyebarkan dakyah palsu. Ini kes libatkan agama ..... so hati-hati. Termasuk sekali menyebarkan fahaman songsang dan seumpamanya.
  3. Buat entri dakwah dengan selitkan hadith palsu dan diragui kesahihan. Letak ayat-ayat Al Quran dengan putar-belitkan maksud dan makna, serta memberi intreprestasi sendiri, walhal anda bukan alim mengenainya.
  4. Buat entri yang 18sx tanpa fikirkan sensiviti pembaca blog anda. Pandai-pandailah anda sensored sendiri ayat-ayat yang digunakan. Akal ada kan?
  5. Papar gambar yang sebenarnya tidak boleh atau ditegah dalam blog dilihat, baik dari sudut agama mahupun moral. Agak-agak nak bagi relevan dengan entri anda, pastikan anda guna cara terbaik meminimumkan kesan dan akibat dari paparan gambar yang ditegah tu.
  6. Buat entri nasihat yang keras dengan merujuk pada satu-satu individu. Baik-baik nak tegur pun, biar ada fakta, jangan sampai fitnah orang.
  7. Kongsi cerita yang terlalu peribadi dalam dunia blog. Contohnya, dok cerita apa yang dibuat malam jumaat dalam kelambu, kisah selak-selak, kisah ahh uhhh ahhh ... tu tak payah la cerita.
  8. Buat entri lucah! Yang bukan lagi 18sx ... ayat semua lucah-lucah belaka. Itu dah sememangnya langgar moral dan agama.
  9. Buat entri berbau perkauman.
  10. Buat entri yang membuka aib, baik diri sendiri mahupun orang lain. Kadangkala kita tak sedar entri kita itu sebenarnya mengaibkan orang lain. Jadi, seperti sebelum ini, baca dahulu entri anda sebelum anda publish.
  11. Entri tipu! Tajuk entri lain, isi kandungan lain .. aiyakkk ... apahal?
  12. Ajak pengunjung blog untuk menipu. Contohnya, menyuruh mereka untuk klik iklan yang bersifat bayar-untuk-setiap-klik (pay-per-click). Ini dah dinamakan penipuan klik iklan!
 
Rasanya HH dah cover semua yang mungkin menjadi kesalahan buat seorang blogger Malaysia, apabila membuat entri. Awas dan hati-hatilah. Perkara-perkara di atas juga menjadi peraturan para pengiklan untuk mengiklan di blog kita. Malah, pihak SKMM sendiri menggunakan konsep yang sama.

Tulislah apa yang baik untuk dikongsikan. Benda baik dikongsi dapat pahala, benda tak baik .... dapat apa? .... fikir dan renungkan. Hidup kita ni pendek je.

 

10 Cara Blog Peribadi Tingkatkan Trafik Bulanan

As-Salam. Untuk tingkatkan trafik blog memang ada banyak cara dan kaedah. Namun, dalam banyak-banyak kaedah yang kebanyakkan blogger kongsikan, ada yang boleh hasilkan trafik yang mencanak, ada yang biasa-biasa sahaja, dan tak kurang juga yang tak berapa nak menjadi.

Biasalah, kadangkala ada kaedah yang dibuat tak kena dengan pendekatan yang ada di dalam blog. Jadi, di sini HH nak kongsikan bagaimana sebuah blog peribadi dapat tingkatkan trafik blog mereka. Blog peribadi ye ... yang dok cerita pasal keluarga, pasal gi makan sana, gi melancong sini, cerita pasal anak ... tu tergolong dalam blog peribadi.

10 Cara Blog Peribadi Tingkatkan Trafik Bulanan

  1. Kongsikan url blog anda dengan keluarga, saudara, sahabat handai dan rakan sekolah anda.
  2. Letakkan url blog anda di akaun Facebook, email atau group-group anda di dalam Facebook.
  3. Buat fanpage blog sendiri di Facebook.
  4. Blogwalking ke blog-blog peribadi yang lain, perkenalkan diri anda dan sokong blog peribadi yang lain.
  5. Tempatkan blog anda di dalam bloglist blog-blog yang sudah dikenali ramai.
  6. Kongsikan entri blog anda yang ada kaitan dengan entri blogger lain, contohnya ... cara buat Durian Crepe atau mungkin pengalaman anda melancong ke Bali. Kongsi dengan tinggalkan url entri blog anda tersebut di ruangan komen blog berkaitan.
  7. Banyak join giveaway dan contest para blogger - yang bukan bersifat SEO.
  8. Letak banyak gambar menarik di dalam entri blog yang ada kaitan dengan entri.
  9. Selalu join aktiviti bersifat kekeluargaan dengan blogger lain.
  10. Kenali rakan blogger blog peribadi dengan lebih dekat.

Perkara yang boleh dibuat tetapi tak berapa digalakkan untuk sebuah blog peribadi bagi tingkatkan trafik pun ada juga. Ok, ini sekadar pendapat ... bukan nak sekat anda dapat trafik, cuma nak beritahu ... trafik menerusi kaedah ini tak berapa 'tulen' dan tidak kekal lama.

3 Kaedah Yang Patut Dielakkan Untuk Blog Peribadi Peroleh Trafik

  1. Letak widget web agregator seperti Busuk.org, Apesal.com, Ohbelog, Guablog dan sebagainya. Trafik daripada web agregator atau laman ping seperti ini hanya akan meningkatkan kadar bounce-rate blog anda sahaja.
  2. Elakkan buat entri yang kontroversi, atau buat entri yang hanya untuk SEO (Search Engine Optimization). Ia hanya akan jejaskan kredibiliti blog anda sebagai blog peribadi. Sikit-sikit boleh tapi jangan terlalu terikut.
  3. Elakkan buat copy-paste.

InsyaAllah, lain kali HH akan kongsikan lagi cara bagaimana nak naikkan trafik. Ada banyak cara lain untuk lain-lain genre blog atau tema blog. Bukan semua tema blog boleh guna pendekatan sama untuk tingkatkan trafik yang tulen.

25 November 2012

12 Lagu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27)

As-Salam. Anugerah Juara Lagu 27 TV3 bakal  berlansung pada 6 Januari 2013 akan menampilkan 12 lagu terbaik menerusi carta Muzik-Muzik 27. Lagu-lagu yang terpilih akan berentap di dalam separuh akhir Muzik Muzik 27, dan hanya 12 lagu pilihan teratas akan berentap di pentas AJL 27 akhir. Senarai 12 lagu AJL27 telahpun diumumkan.

Berikut adalah lagu-lagu yang telah berjaya menjadi pilihan untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) nanti.

Senarai 12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27)

  1. Terukir di Bintang - Yuna
  2. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo
  3. Anak Kampung - Jimmy Palikat + One Nation Emcee
  4. Patah Seribu - Shila Amzah
  5. Tanpamu - Amir Johari
  6. Ombak Rindu - Hafiz dan Adira
  7. Idola - Azlan and The Typewriter
  8. Teman Pengganti - Black dan RJ
  9. Simetri - Hazama dan Amy Search
  10. Watak - Hafiz
  11. Pelangi Senja - Stacey
  12. Lagu - Bedroom Santuary
Siapakah yang bakal ungguli AJL 27 kali ini. Ada beberapa nama besar dalam pilihan kali ini termasuklah Amy Search, Yuna dan juga Shila Amzah. Tak dilupa Hafiz yang sekali lagi akan tampil di pentas akhir AJL27 kali ini.

Shila Amzah - Final Juara Lagu 27

Pilihan anda?

*p.s: Sayang sekali Malaysia tak menang dengan Singapura ....


Pengikut Blog Ciput Je, Tapi Pagerank Hebat!

As-Salam. Pengikut blog tak ramai, tapi kedudukan Google Pagerank sesetengah blog tampak hebat. Bukan mudah nak dapatkan Google Pagerank yang berkedudukan tinggi. Blog ini sendiri pun makan masa bertahun nak dapatkan Pagerank (PR) 2. Jenuh weihhh .....

Bukti dah ada. Pagerank (PR) tidak ada kaitan dengan jumlah pengikut blog. Ia tiada kesan lansung, tetapi punyai kesan secara tidak langsung. Kesan secara tidak langsung ini hanya berlaku andaikata setiap daripada pengikut blog tersebut meletakkan blog yang mereka ikut itu dalam bloglist atau punyai pautan terus ke blog yang mereka ikut. Kalau ada yang macam tu, kemungkinan besar PR blog itu akan tinggi.

Kedudukan Pagerank (PR) Tidak Dipengaruhi Pengikut (Follower)



Blog ini bukan blog domain bayar, dan bukan hosting sendiri .... tapi ia sebuah blog yang berplatform blogspot. Hebat kan ... pengikut tak sampai 200 pun, tapi ada Pagerank 3!

Sekarang lihat pula Alexa Ranking buat blog ini .... bawah 100 K tu .... haaa....malah dalam Ranking Alexa - Malaysia ... blog ini yang berplatform blogspot.com ..... berada di bawah 600! Perghhh .... memang kacau bilau HH fikirkan.

Blog Kurang Pengikut Tetapi Alexa Ranking Bawah 100K




Jadi, siapa kata blog yang guna hosting tumpang, dan domain percuma tak boleh jadi hebat? Ini bukan satu .... bukan dua tapi ada beberapa lagi blog yang berjaya menjadi juara tersendiri. Pengikut blog tak ramai, tapi ada kedudukan PR yang baik dan Ranking Alexa yang terbaik.

Jadikan ini sebagai dorongan buat anda - blogger blogspot untuk terus maju dalam dunia blog Malaysia. Siapa pun boleh jadi terbaik asalkan ada usaha ke arah itu.


Bangku Kosong Paling Top Google HASRULHASSAN.COM

As-Salam. Buat mereka yang baru-baru nak kenal dengan blog ini, tentu tak tahu bahawa blog ini dulunya dikenali dalam alam maya sebagai Bangku Kosong. Malah, ada rakan-rakan sekolah HH yang ada blog ... masih lagi gelar HH dengan gelaran Bangku Kosong. Ya, Bangku Kosong adalah jenama untuk blog ini ... satu ketika dahulu.

Ketika guna nama Bangku Kosong, HH banyak paparkan entri-entri perkongsian yang menarik di dalam blog ini, termasuklah Top 10 List, Gambar Pelik, Fakta Menarik dan macam-macam lagi. Semua info itu HH godek serata alam maya ini .... asalnya info itu ditulis dengan bahasa inggeris, tetapi dengan berpandukan kamus kecik dan Google Translate .... HH jadikan ia satu entri untuk dibaca bagi pengunjung blog Bangku Kosong.

Bangku Kosong Nombor Dua Carian Google Dengan Internet Explorer 6




Bangku Kosong Nombor Satu Carian Google Dengan Firefox


Bangku Kosong Nombor Dua Carian Google Dengan Crome





Bukan mudah ... tapi berbaloi. Bangku Kosong mula mendapat tempat, dan mula tersenarai dalam enjin carian kerana keunikkan berkongsikan cerita-cerita yang jarang diketahui. Dek kerana itulah, blog HH satu ketika dahulu .. eerrrr terkeluar dalam satu majalah ni .... kembang kuncup lubang idung ... tapi ia hanya sementara.

Kata orang, dari satu tingkat ke satu tingkat .... banyak HH belajar dengan blog lama .... cara SEO, cara tingkatkan trafik blog, cara baik, cara tak baik .. semua dah buat (hampir semua). Dari kongsi citer artis, gossip, tips petua, gambar menarik dan macam-macamlah .... 

Tapi itu satu ketika dahulu ..... lama kelamaan ... terasa macam ada sesuatu yang tidak cuba diberikan pada blogger lain. Jadi, apa yang HH telah belajar, alami, rasai, trial n error .... HH kongsikan dengan penjenamaan baru. 

Tiada lagi Bangku Kosong. Bangku Kosong ..... dek kata seorang rakan blogger ..... ia sudahpun terisi.


"Belajar SEO Blogspot Bukan Sehari Dua Bang!"

As-Salam. Belajar SEO untuk blogspot bukan ambik masa sehari dua. Ia satu pembelajaran berterusan. Mana mungkin anda dapat mencapainya dalam masa sesingkat itu, hatta untuk sampai separuh dari ilmu SEO (Search Engine Optimization) ini. Ia satu proses berterusan dan berpanjangan. 

Ramai yang ternyata dah jadi 'pakar' SEO pun sebenarnya belum dapat benar-benar jadi pakar. Kerana algoritma untuk enjin carian mengesan kata kunci ini tidak akan tetap, ia pasti akan berubah. Dunia komputer berevolusi, dan semakin ramai bijak pandai lahir dari sehari ke sehari.

Bukan mudah untuk jadi juara dalam SEO ini. Ada yang kata, ia adalah nasib, tapi HH percaya ... perkara paling penting dalam SEO ini ialah pemberian informasi tepat, berkualiti dan bermanfaat. Ia mestilah original daripada pengalaman sendiri.

Pakar SEO Blogspot Malaysia

Sehari dua hari belajar SEO tidak akan menjadikan anda pakar sebenar.... tetapi menjadikan anda seorang yang bijak SEO kerana anda menguatkan azam dan semangat untuk terus belajar. Itu yang penting ... kalau anda tidak belajar, anda tidak akan tahu .... dan apabila sudah belajar, anda perlu praktikkan. Jika menjadi... maka kongsikan untuk apa yang anda pelajari dan ketahui itu diberkati.

Buat blogger baru, jangan gentar dengan perkataan pelik SEO ini. Anda mungkin gerun bila ada blogger yang petah berkata soal SEO, dan dakwa merekalah paling hebat dan cekap dalam hal demikian. Hakikatnya, tiada seorang pun yang benar-benar pakar SEO .... kerana pendekatan SEO akan berubah dari semasa ke semasa.

Macam anda pakai telefon bimbit, dulu orang akan ingat Nokia .... tapi kini tidak lagi sebab telefon bimbit sudah jadi pintar .... yang orang kini sedang ingat ialah iPhone 4, iPhone 5 dan Samsung Galaxy ....tak gitu?


24 November 2012

Menulis Biarlah Berperenggan

As-Salam. Apabila anda membuat entri baru di blog, pastikan bahawa apa yang anda tulis itu berperenggan. Penting tu, bukan hanya untuk pembaca blog anda, tetapi juga untuk pendekatan SEO (Search Engine Optimization). Mengapa penting untuk menulis biarlah berperenggan?

Seperti yang dah HH ceritakan sebelum ini, menerusi perenggan ini, enjin carian akan melihat struktur isi kandungan blog anda. Ia akan lihat kepala, badan dan juga kaki .....maka dalam hal ini, entri blog anda perlu ada pendahuluan, isi utama dan akhir sekali, macam kesimpulan.

Di setiap perenggan ini pula mesti ada kata kunci yang anda gunakan untuk SEO. Kata kunci ini mesti ada pada tajuk entri, di awal perenggan, di isi utama dan juga di kaki atau di perenggan akhir entri baru blog anda tersebut. Nak menambahkan lagi penekanan bahawa itu merupakan kata kunci untuk entri tersebut, anda boleh gelapkan samada satu perkataan, dua atau satu ayat kata kunci... asalkan ada terkandung kata kunci tersebut.

Ada di kalangan rakan blogger yang mengatakan, anda juga boleh gariskan perkataan kata kunci tersebut. Dan boleh juga buatkan link tertentu untuk dipaut pada entri lain yang ada kaitan. Cara ini meningkatkan Google Pagerank blog anda.

Ingat balik karangan semasa anda ambil SPM dulu ... begitulah caranya. Sama je .... :)

Entri berperenggan juga memudahkan pembaca blog anda untuk ketahui mana yang penting dalam entri tersebut. Bukan semua pengunjung suka baca keseluruhan entri anda. Ada tu suka ambil kepala .... ada yang tgk badan, ada lak yang suka layan kaki ... jadi, pandai-pandailah anda memikat pengunjung ini di perenggan-perenggan tersebut.

Kontroversi Kontes Ratu Cantik Blogger China

As-Salam. Ini sebuah cerita dan isu lama, tapi sengaja HH bangkitkan sebagai satu ingatan buat mereka yang mungkin sedang memikirkan untuk membuat kontes seumpamanya. Kontes Ratu Cantik buat Blogger di China, telah diadakan sekitar tahun 2006. Kontes dinamakan BlogChina's Beautiful Blogger contest di China ini telah menerima banyak kritikan dan menyumbang kepada satu kontroversi yang terpangpang di dada akhbar utama China pada masa itu.

Kontroversi berlaku apabila salah seorang pemenang berdasarkan undian online telah ditolak penyertaannya di saat pengumuman ratu cantik blogger China ini. Malah dia tidak dijemput untuk hadir ke pertandingan akhir yang dilakukan di Beijing.

Blogger China Letak Gambar Separuh Bogel di Blog untuk BlogChina's Beautiful Blogger Contest




Sebelum itu, pihak penganjur telah dikecam kerana membenarkan para peserta iaitu blogger cantik lawa China untuk meletakkan gambar-gambar yang seksi serta tidak bermoral di blog mereka. Malah ada blogger wanita cantik lawa China ini telah meletakkan gambar 'bogel' mereka untuk meraih undian daripada pengunjung blog.

Menerusi pertandingan ini, para peserta yang menjadi 20 paling diminati telah dibawa untuk satu pertandingan yang lebih bersifat tradisional di Beijing. Namun begitu, salah seorang peserta yang mendapat undian paling tinggi menerusi blognya telah tidak dijemput. Blogger tersebut dikenali dengan nama blogger Hedgehog Mumu.

Hedgehog Mumu, dikatakan paling menyerlah kerana dia telah secara beraninya meletakkan gambar-gambar separuh bogelnya untuk menarik minat para pengunjung blognya untuk mengundi dan menjadikan Hedgehog Mumu sebagai salah seorang yang mempunyai bilangan undian terbanyak.

Selain itu, ada yang mendakwa bahawa terdapat peserta meletakkan foto tubuh seksi orang lain sebagai bahan undian dan bukannya tubuh mereka sendiri.

Blog Hedgehog Mumu akhirnya telah dipadamkan oleh BlogChina, yang sebenarnya memang terkenal dengan kontroversi. Di China BlogChina lebih dikenali sebagai Bokee.com.

Sumber: http://texyt.com/naked_blogger_beauty_contest_china