As-Salam. Jika anda mahukan blog anda mesra SEO (Search Engine Optimization), anda mesti pastikan bahawa blog anda adalah mudah diakses dari pelbagai sumber - bukan setakat dari komputer di depan anda sahaja!.

Blog yang mesra SEO adalah blog yang dapat diakses oleh hampir kesemua kelajuan internet kepunyaan pengunjung dan pelayar internet. Jika blog anda memenuhi kriteria ini, maka blog anda sudah cukup bagus untuk digelintar oleh bot-bot enjin carian yang sentiasa 'pasang mata dan telinga' untuk sebarang perubahan informasi dunia maya.



Bagaimana Jadi Juara Dalam Penyebaran Informasi


Di dunia maya terdapat berbillion laman web dan juga blog. Untuk itu, bot-bot enjin carian perlu segera mengumpul maklumat untuk dikumpulkan dalam pengkalan data enjin cariannya. Dalam dunia informasi, siapa yang ada maklumat paling terkini, maka dialah juara.

Kerana itulah, blog kita perlu menjadi juara pada enjin carian, dengan memudahkan bot-bot ini mendapatkan maklumat menerusi blog kita. Blog perlu mudah diakses setiap masa, atau dengan kata lain masa untuk papar blog kita setiap kali kita taip alamat blog adalah kurang daripada 30 saat.

Blog Mudah Akses


Maksud mudah diakses pula bukan sekadar mudah nak dapatkan info terbaru, tetapi juga entri-entri yang ada kaitan dengan entri terbaru - itulah gunanya penggunaan kata kunci yang sama untuk kaitkan entri-entri lama, selain membuat pautan dalaman yang mengaitkan setiap entri yang telah kita buat. Pastikan anda gunakan satu kata kunci yang sama bagi entri-entri sebegini kerana semakin banyak post dalam blog dengan kata kunci yang sama - dan kandungannya adalah original serta tulen, blog dan entri anda itu pasti akan jadi paparan utama di enjin carian.

Seandainya ada entri-entri yang telah dipadamkan, sila buat ping RSS (real simple syndication) dengan segera untuk susun kembali entri-entri blog anda di dalam format RSS ini. Untuk ping RSS - anda perlu masukkan alamat url RSS blog anda dalam halaman ping.


*p.s: Untuk lebih baik, tulis atau buat blog anda menerusi capaian internet yang normal - dan bukan kelajuan tinggi untuk hasil lebih baik

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement