As-Salam. Memang tidak diduga, mungkin kita belum cukup bersedia.... ini adalah perjalanan yang Tuhan telah tetapkan. Segalanya mungkin berlaku. Apa yang berlaku dalam hidup ini, kadangkala kita tak jangka, namun itulah ketentuan.
Kasihan kepada Puan Bee - mungkin ada yang tidak kenal, walaupun Puan Bee merupakan antara blogger yang aktif dan boleh dikatakan cukup berpengalaman.
Suami Puan Bee jatuh pengsan di tempat kerja, walhal Puan Bee yang berada di dalam keadaan yang tidak berapa sihat. Apabila suami Puan Bee dimasukkan ke hospital, tentulah kerisauan melanda. Dan yang mengharukan ialah Puan Bee yang perlu menziarahi suaminya terpaksa memandu mencari arah ke Hospital Pusrawi yang menempatkan suaminya, disebalik hakikat bahawa Puan Bee kurang arif akan selok belok laluan ke hospital ... lebih-lebih lagi di waktu malam.
Anda boleh baca kisah Puan Bee di blognya - www.puanbee.com
Gitulah, kita perlu sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Bayangkan jika kita berada di situasi yang lebih teruk dari Puan Bee. Nasib baik Puan Bee boleh juga memandu ... kalau tak? Ini hanyalah sekadar contoh untuk kita yang lain.
Moga Puan Bee bersabar dengan dugaan dan semoga suami Puan Bee sihat hendaknya, insyaAllah.
*p.s: Terima kasih pada Anastasyea dan Kujie yang berkongsi cerita ini.



semoga Puan Bee dan suami dipermudahkan urusan olehNya..amin.....
25 October, 2012 01:31
Selalu baca cerita dugaan yg dihadapi rakan blogger. Entahlah, esok lusa, mungkin kita pulak yg trpaksa lalui semua ni..
25 October, 2012 01:31
Belum sempat singgah kat blog dia.... tengoklah pas ni.... bersabar lah...
25 October, 2012 01:31
tu la.. kesian juga baca kat entry puan bee.. :(
25 October, 2012 01:31
pernah jugak jiran dulu sakit tumpah darah,, tiba2 suami dia demam takleh nak bgn2..kesiannya tengok dorng..huhu
25 October, 2012 01:31
pengalaman yang sama pernah berlaku dengan akak...tapi malang nya masa tu anak2 belum pandai memandu..apalagi akak...ketuk rumah jiran jam 3 pagi..
25 October, 2012 01:31
Post a Comment