As-Salam. Alhamdulillah, blog sudah kembali ok selepas dua hari tidak dapat diakses atas sebab-sebab tertentu yang berkaitan teknikal (DNS). Beberapa orang blogger telah memberitahu HH melalui twitter tentang ketidakbolehan akses mereka untuk ke blog ini semalam, dan HH telah dengan segera memperbetulkan kembali masalah yang berlaku.

Terima kasih kepada blogger Cik Suzlin dan Cik Nor Zilla Sensei





Memandangkan pada ketika tweet tersebut ditulis, HH tidak punyai akses ke komputer, maka dengan platform twitter ini dapatkan HH ketahui apa yang berlaku. 

Masalah DNS Dalam Pencarian Alamat Blog


Masalah DNS memang semakin kerap berlaku terutama kepada blog-blog yang berplatform blogspot, yang menggunakan nama domain sendiri. Ianya bukan satu masalah baru tetapi masalah lama yang berulang. Ianya mungkin ada kaitan dengan algoritma pencarian Google yang baru yang cuba untuk memisahkan antara alamat blog sebenar dengan alamat blog redirection (redirect nama blogspot ke nama domain sendiri).

Apapun. masalah ini boleh diatasi jika kita peka dengan sebarang perubahan di dalam blogspot dan juga dalam akaun domain kita - yang sebenarnya perlu dikemas-kini apabila terdapat perubahan dalam Google dan Blogspot.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement