As-Salam. Tak perlu nak ulas panjang, cuma HH nak kongsikan satu sumber berita mengenai pendirian pihak berwajib mengenai isu blog seks Sumptuous Erotica. Pihak berwajib yang dimaksudkan ialah SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Dipetik dari Malaysian Insider:
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.
“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah ... masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.
“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).
Untuk berita penuh, anda boleh baca di sini: SKMM Keberatan Mendakwa Pasangan Blog Seks Sumptuous Erotica
Bagi HH, agak sesuatu yang memalukan juga apabila pihak berkuasa seperti tidak dapat melakukan apa-apa berhubung isu ini. Lebih gemar ambil mudah dan membiarkan pihak lain membuat tindakan. Sepatutnya, kerajaan perlulah melindungi aspek tatasusila rakyatnya .... kerana apabila ia dibiarkan terlepas sebegini mudah, mungkin nanti akan ada lebih banyak blog seperti ini dengan lebih berani lagi.
Bukan satu isu baru, sebelum ini pun .... blog-blog seperti blog gay dengan mudahnya diakses oleh rakyat negara ini. Agak malang juga kerana sebuah negara Islam tidak mendokong nilai dan moral yang sepatutnya.








Catat Ulasan