As-Salam. Buat pengguna-pengguna blogspot yang hadapi masalah blog tidak dijumpai, yang pernah HH paparkan menerusi entri berikut: Blog Tidak Dijumpai | Webpage Cannot Be Found, HH usulkan untuk anda periksa setting url blog anda, terutama kepada pengguna-pengguna blogspot yang menggunakan nama domain berbayar (seperti blog ini).

Masalah sering timbul apabila redirection dalam blogspot tidak dapat berfungsi dengan baik, apabila jika taip hasrulhassan.com tidak membawa blog ke www.hasrulhassan.com yang sebenarnya adalah nama domain untuk hosting hasrulhassan.blogspot.com.

Untuk itu, anda seharusnya periksa kembali setting di dalam blogspot untuk ketahui samada ia sudah dilakukan seperti di bawah:


Untuk blog dengan nama domain sendiri tetapi menggunakan hosting blogspot, pastikan anda pergi ke Basic Setiting dan pilih Blog Address, klik pada edit dan paparan di atas akan kelihatan, pastikan ada tanda tick pada kotak redirect, di dalam Advanced settings tersebut.

InsyaAllah, dalam masa kurang dari 48 jam, blog anda boleh diakses oleh pengunjung dengan nama domain seperti contoh berikut: hasrulhassan.com mahupun www.hasrulhassan.com

Harap dapat membantu blogger yang hadapi masalah yang sama.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement