As-Salam. Opppss ... kalau tengok tajuk entri ini, mungkin ada yang beranggapan bahawa HH cuba melakukan onar terhadap penyanyi bersuara sedap ini - Adibah Noor ... yelah ... When The Fat Lady Sings! ... haaa tak ke macam HH cuba nak perkotak-katikkan Adibah Noor?
Hmm .... sebenarnya ... itulah tajuk blog penyanyi ini - When The Fat Lady Sings. Mungkin dari situ, anda dah boleh tangkap maksud tersirat di dalam tajuk blog Adibah Noor .. yelah ... dulu orang tak kenal pun siapa Adibah Noor, malah tak pandang pun ... tetapi lepas menang beberapa anugerah, mula mata yang dulu agak-agak celik, dah makin celik dan nampak senampak-nampaknya.
Dan pada pandangan HH yang serba kekurangan ini, tajuk blog Adibah Noor menunjukkan betapa dia seorang yang kecil diri dan tidak sombong.
Blog Adibah Noor
Adibah Noor juga ada blog. Malah, berdasarkan dari amatan HH, Adibah Noor sudah wujudkan blognya sejak 2008 lagi. Haaa ... lama tu .. bukan sebab dah popular buat blog yer ... (ramai blogger anggap artis buat blog lepas popular).
HH bukan nak popularkan blog-blog selebriti, tetapi nak menunjukkan kepada anda, bahawa dunia blog Malaysia itu sangat meluas ..... bukan hanya kita yang biasa-biasa ni ada blog, dan bukan ahli politik je ada blog, tetapi ada rakan blogger yang terdiri dari selebriti terkenal.
saw and read a couple of beautiful blogs as i was searching for stuff for my road tour, and i am quite impressed with how much people can write, and some of them are damn good writers too! which made me arrive at one obvious conclusion..... EVERYONE is writer!... (if only i knew this when i was trying to teach english hehe) - Adibah Noor
*p.s: Pada blogger perasan retis tu ... errrrr ..... tak perlu nampak diva sangat bai ... blogger yang memang selebriti pun tak nampak macam lu derrr.... hehehehee... :P




saya peminat Adibah Noor,bukan suaranya,tapi the way she look, educated.
25 October, 2012 01:31
Hmm ... saya suka lakonan dia .. yang selamba best
25 October, 2012 01:32
Post a Comment