As-Salam. Bajet 2013 kali ini nampaknya banyak habuan diterima buat rakyat Malaysia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah melimpah rahmatNya ke atas negara kita. Antara yang paling menarik perhatian ialah pemberian kali kedua Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Dan pemberian kali ini dipanjangkan kepada lebih ramai penerima.
Pemberian BR1M Bajet 2013 adalah sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah yang layak. Dan RM250 diberikan kepada warganegara Malaysia yang bujang berumur 21 tahun ke atas.
Penerima Layak BR1M 2.0 Bajet 2013
- Warganegara Malaysia berkeluarga dengan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - BR1M RM500.
- Warganegara Malaysia bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2000 - BR1M RM250
Penerima Tidak Layak BR1M 2.0 Bajet 2013
- Bukan warganegara.
- Pelajar IPT.
- Yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas.
Memetik dari Pejabat Menteri Kewangan:
Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0. Ini adalah kerana mereka telah layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua




Post a Comment