As-Salam. Ramai yang tahu bahawa pihak Google telah menyediakan satu platform laman sosial tersendiri iaitu Google+ dan juga Google Page. Dua-dua platform ini sebenarnya boleh membantu blog anda untuk menerima trafik dan juga boleh mengenengahkan jenama blog anda secara tidak langsung.

Apa yang mungkin anda tidak tahu, setiap kali anda berkongsi artikel atau entri menerusi Google+ mahupun Google Page, tanpa anda sedari, anda sebenarnya sedang meningkatkan peluang entri anda digelintar oleh enjin carian milik Google, iaitu Google Search.

Malah, entri anda yang dikongsi menerusi Google+ turut sama mendapat pendedahan kepada lebih berjuta-juta pengguna akaun Google yang lain. 


Buat mereka yang mempunyai Google+ dan Google Page, pernah tak anda secara tiba-tiba menerima penyertaan atau rakan dari mereka yang anda tidak sangka - seperti blogger daripada luar negara, atau pengguna Google yang bukan di kalangan yang anda biasa kenali?

Ini adalah antara hasil daripada apa yang anda telah gunakan menerusi Google+ dan Google Page. Jika anda rajin berkongsi entri dan artikel menerusinya, anda mungkin akan terkejut satu hari nanti, entri anda menjadi popular di kalangan pengguna-pengguna Google+.

Cubalah. Bina rangkaian anda sendiri menerusi Google+ dan juga Google Page, dan pastikan setiap hari ada artikel berkualiti yang anda kongsikan, dan jangan lupa meletakkan link atau url blog anda, agar apabila entri menerima lebih banyak +1 di Google+ dan Google Page, anda sebenarnya meningkatkan Google Pagerank secara tidak langsung.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. huhuh dah terlalu banyak laman sosial.. tak terjaga mia...

    BalasPadam
  2. Ohhhh tak reti guna heheh

    BalasPadam
  3. dah guna G+ ni..ramai la jugak yg ADD kat G+..ntah sape2 ntah :-)
    ada juga dpt benefit dlm aspek penyebaran maklumat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement