Perkara asas untuk hasilkan blog yang bagus. Setiap sesuatu yang anda buat mestilah dan perlulah mempunyai landasan dan tapak yang kukuh. Ia perlu untuk pastikan apa yang anda buat tu tidak sia-sia ... kalau sia-sia ...ibarat masuk angin keluar asaplah .... bukan kentut ye .. jadi dalam menghasilkan sebuah blog yang baik, anda perlu tahu perkara-perkara asas yang mesti ada bagi sebuah blog yang bagus.

Untuk itu, saya kongsikan panduan ini agar dapat membantu anda menghasilkan sebuah blog yang suatu hari nanti akan membanggakan bukan diri anda sahaja, tetapi juga jiran sebelah rumah, orang-orang kampung yang ada internet serta juga kawan-kawan sekolah rendah anda.

4 Perkara Asas Untuk Menghasilkan Blog Yang Bagus


4 perkara asas hasilkan blog yang bagus

Jenamakan Blog Anda

Walaupun blog anda merupakan sebuah blog peribadi, anda masih lagi dan perlu memikirkan satu jenama untuk blog anda. Jenama ini akan membantu anda untuk menghasilkan entri yang baik, dan menjadikan anda sebagai salah seorang blogger yang dikenali - berdasarkan jenama tadi. Penjenamaan ini bukan setakat pada nama blog, tetapi juga pada reka bentuk blog anda - seperti susun atur dan juga header blog anda. Warna juga memainkan peranan agar blog anda mudah dikenali.

Bukan itu sahaja, cara anda menulis, dari A sampai Z mesti konsisten dengan jenama blog anda tersebut. Jika anda membahasakan diri seperti Mama Z, maka gunakan Mama Z itu sebagai salah satu perincian jenama dalam blog anda. Contoh lain, adalah apa yang anda akan selalu paparkan dalam blog, pastikan elemen2 tersebut yang menjadi keutamaan dan jadikan ia konsisten.

Entri Berkualiti Untuk Semua

Berkualiti tak semestinya panjang, dan juga tak seharusnya terlalu pendek. Ia perlu padat tetapi memenuhi syarat untuk terjemahkan tajuk entri anda. Entri berkualiti ini bermakna entri yang bermaklumat, yang selalunya ditulis dalam bentuk poin atau penyenaraian, contohnya: 5 Langkah Untuk Perbaharuhi Cukai Jalan Dari Rumah atau mungkin 5 Faktor Yang Menjadikan Anak Lelaki Sering Nakal.... dan seterusnya.

Blog Mesti Ada Fokus Tertentu

Jangan terlalu ghairah nak mengejar trafik, pastikan entri-entri di dalam blog anda punyai saling kait walaupun tajuk entri mungkin agak berbeza. Contohnya, blog www.hasrulhassan.com memaparkan kisah, isu dan panduan berkaitan dunia blog Malaysia ... ada tips dan panduan SEO, ada isu berkaitan blogger Malaysia, ada pula petua untuk buat duit .... dan ada pula penyenaraian blog-blog selebriti ... yang semuanya masih lagi relevan dan tercakup dalam satu fokus - iaitu dunia blog Malaysia.

Berasa Seronok Apabila Berblog

Tension - jangan tulis entri. Nak tulis entri baru mesti dalam keadaan anda gembira dan ceria. Jika anda sedang marah, legakan dan redakan kemarahan anda sebelum anda buat entri mengenai kemarahan anda. Kita mahu menulis sesuatu yang dibaca oleh ramai orang - yang kebanyakkan akan menilai kita dari apa yang kita tulis.

Untuk berasa seronok dalam dunia blog, anda perlu aktif memberi komen dan menjadi amalan melawat blog rakan blogger lain untuk kuatkan komuniti blog anda sendiri. InsyaAllah, bukan setakat anda menambah rakan blogger tetapi ia juga akan bantu anda untuk menemui idea bermutu untuk menghasilkan entri yang berkualiti dan terbaikk....

Semoga bermanfaat kepada semua.



53 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. banyak yang perlu dipelajari untuk promte blog sendiri supaya lebih ramai pengunjung dan follower..

    BalasPadam
  2. Banyak yang perlu dipelajari untuk promote blog kita supaya lebih ramai pembaca follow blog ku..

    BalasPadam
  3. Thanks HH..try to focus. harap-harap maintain..tapi betul kalau kita enjoy do things, result mesti ok..otherwise tak ok..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum HH...perkongsian infoyang menarik ni...:)

    BalasPadam
  5. Terima kasih ... :) lama mas tak mai sini ..sibuk ehhh ...blog pun dok cam diam je

    BalasPadam
  6. Nice post, I really need to know all about this = =

    BalasPadam
  7. hati kena ceria bila menulis :)

    BalasPadam
  8. eca setuju...jgn sibuk mengejar traffik tpi hubungan sesama rakan blogger tak terjaga.. :D

    BalasPadam
  9. Tips menarik..tq

    BalasPadam
  10. tips yang berguna ni.... thanks... :)

    BalasPadam
  11. terima kasih atas perkongsian ilmu yg berguna ni

    BalasPadam
  12. Panduan yang berguna..tq..

    BalasPadam
  13. nice tips thanks for sharing hehe :)

    BalasPadam
  14. Salam
    Mengenai guide diatas, blog aku mmng ada prob. Awalnya ada mmng ada fokus tertenti, tp lama2 terus jadi rojak.
    Lagi satu, url/nama blog aku "pseudo"supra. Pseudo tu mmng agak kurang menyenangkan..

    BalasPadam
  15. Entri saya masih lagi lintang pukang. Bila di baca sendiri, malunya...

    BalasPadam
  16. Blog dan entri saya masih lagi lintang pukang. Sehingga jika di baca malu sendiri...

    BalasPadam
  17. Blog dan entri-entri saya masih lintang pukang...

    BalasPadam
  18. wah.. baguslah tips HH ni.. teman setuju semuanya..

    betul, jgn taip entri kalau tgh tension..

    BalasPadam
  19. Blog dan entri-entri saya masih lintang pukang...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum....ana memang tak jemu-jemu baca artikel bermanfaat dan terbaik tuan.....memang tak rugi share dan lekat di hati dan fikiran.....Jazakaullah hu hoiran.....

    BalasPadam
  21. Thanks sebab share tips blogging ni.saya setuju dengan HH, kalau dengan tension Jangan update entry baru sebab nanti entry kita jadi mendatar je,silap silap org yang baca pun boleh jadi tension,hahahahaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tngok perkataan tension pun jadi tension. :P

      Padam
  22. perkongsian yg bagus, thanks sifu

    BalasPadam
  23. sememangnya sifu HH mmg berikan tips terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ... moga dapat bantu ramai blogger Malaysia hasilkan blog terbaik. Lebih ramai yang berjaya, lebih suka hati saya.

      Padam
  24. still trying very hard untuk menjelmakan my blog di 1st page google search... phewww!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak membolehkan blog berada di laman utama enjin carian memang sukar. Sbb dah makin banyak blog yang muncul. Apapun usahakan dengan kata kunci yang sesuai.

      Padam
  25. Blog gua cite pasal motor je sekarang, tak tahu bila nak publish blog personal hahaha, ape pun banyak belajar dari blog sekarang, masuk la juga income dengan 1st page google, yahoo dan bing.

    BalasPadam
  26. LeYa nak kongsikan tips abg HH ni dalam blog LeYa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Silakan. Saya alu-alukan yang sudi kongsikan apa jua yang saya tulis dalam blog ini. :) terima kasih banyak-banyak.

      Padam
  27. kena minat..kalau tak..memang tak kemana le blog tu juga..:D

    BalasPadam
  28. Setuju dgn HH... penjenamaan blog tu mmg penting & yg paling penting ialah minat itu sendiri. T kasih atas perkongsian.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap. Minat dengan blog. Minat nak kongsi ilmu. Minat nak kongsi cerita ... minat nak buat duit dengan blog.

      Padam
  29. setuju...part yang jangan menulis time tengah marah tu memang betul. Nanti tersalah tulis buruk padahnya.

    BalasPadam
  30. Mohon singgah dan follow blog sy juga ya, insyallah sy follow balik.. Baru nak berjiak2 hehe.. Terima kasih :D

    http://kentakikaulaki.blogspot.com/

    BalasPadam
  31. Sgt berinformasi utk saya yg baru buat branding blog....syukur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Harap apa yang telah saya kongsikan dapat bantu Julia jenamakan blog dengan baik sekali.

      Padam
  32. KEMAS LA BLOG NI...SUKA TENGOK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .. terima kasih atas pujian diberikan ... :) harap jangan setakat suka tengok je. Suka suka jugaklah baca .. sian saya tulis panjang2 ni .. hehehehe

      Padam
  33. terima kasih ilmunya...salam blogger..sudi2 follow me ..Tq ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah. Jika ada kesempatan memang saya akan follow blog yang benarkan saya follow. :)

      Padam
  34. Assalamualaikum brother Hasrul.

    Hampir setahun yang lepas saya telah memulakan projek peribadi yang saya namakan sebagai "Sejarah Islam - Dulu & Kini". Tujuan utama projek ini adalah untuk melahirkan minat kepada umat Islam untuk mempelajari sejarah Islam.

    Alhamdulillah setakat ini sudah mempunyai hampir 20 000 pengikut di FB tetapi saya tidak berapa suka menggunakan FB sebagai platform projek saya kerana FB agak berserabut dan post - post yang lama akan hilang di gantikan dengan post baru lalu menyebabkan orang ramai tidak boleh membaca posting yang lama.

    Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk memulakan website atau sekurangnya blog sendiri tetapi saya tidak mempunyai ilmu berkenaan perihal ini. Oleh sebab itu saya berharap saudara mampu memberikan tunjuk ajar bagi memulakan langkah pertama di dalam dunia blogging ini.

    Berikut adalah FB page projek saya :- https://www.facebook.com/sejarahislamDnK

    BalasPadam
  35. jgn tension..
    haha..
    jgn tulis blog masa tension

    BalasPadam
  36. Tips ni tengah diaplikasikan ke dalam blog saya..tima kasih yea

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement