4 Perkara Asas Untuk Hasilkan Blog Yang Bagus

Perkara asas untuk hasilkan blog yang bagus. Setiap sesuatu yang anda buat mestilah dan perlulah mempunyai landasan dan tapak yang kukuh. Ia perlu untuk pastikan apa yang anda buat tu tidak sia-sia ... kalau sia-sia ...ibarat masuk angin keluar asaplah .... bukan kentut ye .. jadi dalam menghasilkan sebuah blog yang baik, anda perlu tahu perkara-perkara asas yang mesti ada bagi sebuah blog yang bagus.

Untuk itu, saya kongsikan panduan ini agar dapat membantu anda menghasilkan sebuah blog yang suatu hari nanti akan membanggakan bukan diri anda sahaja, tetapi juga jiran sebelah rumah, orang-orang kampung yang ada internet serta juga kawan-kawan sekolah rendah anda.

4 Perkara Asas Untuk Menghasilkan Blog Yang Bagus


4 perkara asas hasilkan blog yang bagus

Jenamakan Blog Anda

Walaupun blog anda merupakan sebuah blog peribadi, anda masih lagi dan perlu memikirkan satu jenama untuk blog anda. Jenama ini akan membantu anda untuk menghasilkan entri yang baik, dan menjadikan anda sebagai salah seorang blogger yang dikenali - berdasarkan jenama tadi. Penjenamaan ini bukan setakat pada nama blog, tetapi juga pada reka bentuk blog anda - seperti susun atur dan juga header blog anda. Warna juga memainkan peranan agar blog anda mudah dikenali.

Bukan itu sahaja, cara anda menulis, dari A sampai Z mesti konsisten dengan jenama blog anda tersebut. Jika anda membahasakan diri seperti Mama Z, maka gunakan Mama Z itu sebagai salah satu perincian jenama dalam blog anda. Contoh lain, adalah apa yang anda akan selalu paparkan dalam blog, pastikan elemen2 tersebut yang menjadi keutamaan dan jadikan ia konsisten.

Entri Berkualiti Untuk Semua

Berkualiti tak semestinya panjang, dan juga tak seharusnya terlalu pendek. Ia perlu padat tetapi memenuhi syarat untuk terjemahkan tajuk entri anda. Entri berkualiti ini bermakna entri yang bermaklumat, yang selalunya ditulis dalam bentuk poin atau penyenaraian, contohnya: 5 Langkah Untuk Perbaharuhi Cukai Jalan Dari Rumah atau mungkin 5 Faktor Yang Menjadikan Anak Lelaki Sering Nakal.... dan seterusnya.

Blog Mesti Ada Fokus Tertentu

Jangan terlalu ghairah nak mengejar trafik, pastikan entri-entri di dalam blog anda punyai saling kait walaupun tajuk entri mungkin agak berbeza. Contohnya, blog www.hasrulhassan.com memaparkan kisah, isu dan panduan berkaitan dunia blog Malaysia ... ada tips dan panduan SEO, ada isu berkaitan blogger Malaysia, ada pula petua untuk buat duit .... dan ada pula penyenaraian blog-blog selebriti ... yang semuanya masih lagi relevan dan tercakup dalam satu fokus - iaitu dunia blog Malaysia.

Berasa Seronok Apabila Berblog

Tension - jangan tulis entri. Nak tulis entri baru mesti dalam keadaan anda gembira dan ceria. Jika anda sedang marah, legakan dan redakan kemarahan anda sebelum anda buat entri mengenai kemarahan anda. Kita mahu menulis sesuatu yang dibaca oleh ramai orang - yang kebanyakkan akan menilai kita dari apa yang kita tulis.

Untuk berasa seronok dalam dunia blog, anda perlu aktif memberi komen dan menjadi amalan melawat blog rakan blogger lain untuk kuatkan komuniti blog anda sendiri. InsyaAllah, bukan setakat anda menambah rakan blogger tetapi ia juga akan bantu anda untuk menemui idea bermutu untuk menghasilkan entri yang berkualiti dan terbaikk....

Semoga bermanfaat kepada semua.



{ 54 comments.. read them below or add one }

NorazlianaNorazliana October 25, 2012
banyak yang perlu dipelajari untuk promte blog sendiri supaya lebih ramai pengunjung dan follower..
Azliana FahimAzliana Fahim October 25, 2012
Banyak yang perlu dipelajari untuk promote blog kita supaya lebih ramai pembaca follow blog ku..
Raudzah Raudzah October 25, 2012
Thanks HH..try to focus. harap-harap maintain..tapi betul kalau kita enjoy do things, result mesti ok..otherwise tak ok..
hasrulhassan hasrulhassan October 25, 2012
Everything needs usaha ...
maszullmaszull October 25, 2012
assalamualaikum HH...perkongsian infoyang menarik ni...:)
hasrulhassan hasrulhassan October 25, 2012
Terima kasih ... :) lama mas tak mai sini ..sibuk ehhh ...blog pun dok cam diam je
piggy697piggy697 October 25, 2012
Nice post, I really need to know all about this = =
hasrulhassan hasrulhassan October 25, 2012
Every blogger should ...
DhiaDhia October 25, 2012
hati kena ceria bila menulis :)
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha October 25, 2012
eca setuju...jgn sibuk mengejar traffik tpi hubungan sesama rakan blogger tak terjaga.. :D
Delaila AdnanDelaila Adnan October 25, 2012
Tips menarik..tq
Miz Ruha Miz Ruha October 25, 2012
tips yang berguna ni.... thanks... :)
ciklaili.com ciklaili.com October 25, 2012
terima kasih atas perkongsian ilmu yg berguna ni
putri balkishputri balkish October 25, 2012
Panduan yang berguna..tq..
DinDin October 25, 2012
nice tips thanks for sharing hehe :)
Raimi Syazwan Raimi Syazwan October 25, 2012
Salam
Mengenai guide diatas, blog aku mmng ada prob. Awalnya ada mmng ada fokus tertenti, tp lama2 terus jadi rojak.
Lagi satu, url/nama blog aku "pseudo"supra. Pseudo tu mmng agak kurang menyenangkan..
SOMETHINGS.. SOMETHINGS.. September 08, 2013
Entri saya masih lagi lintang pukang. Bila di baca sendiri, malunya...
mahmud thalut mahmud thalut September 08, 2013
Blog dan entri saya masih lagi lintang pukang. Sehingga jika di baca malu sendiri...
mahmud thalut mahmud thalut September 08, 2013
Blog dan entri-entri saya masih lintang pukang...
tenku butang tenku butang September 08, 2013
wah.. baguslah tips HH ni.. teman setuju semuanya..

betul, jgn taip entri kalau tgh tension..
mahmud thalut mahmud thalut September 08, 2013
Blog dan entri-entri saya masih lintang pukang...
Muhamad Nooh Lasa Muhamad Nooh Lasa June 25, 2014
Assalamualaikum....ana memang tak jemu-jemu baca artikel bermanfaat dan terbaik tuan.....memang tak rugi share dan lekat di hati dan fikiran.....Jazakaullah hu hoiran.....
Nur Farahuda Nur Farahuda August 20, 2014
Thanks sebab share tips blogging ni.saya setuju dengan HH, kalau dengan tension Jangan update entry baru sebab nanti entry kita jadi mendatar je,silap silap org yang baca pun boleh jadi tension,hahahahaa...
aynora nur aynora nur August 20, 2014
perkongsian yg bagus, thanks sifu
Jia Rizaira Jia Rizaira August 20, 2014
sememangnya sifu HH mmg berikan tips terbaik...
Hasnieda Mohamad Hasnieda Mohamad August 20, 2014
still trying very hard untuk menjelmakan my blog di 1st page google search... phewww!
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 20, 2014
Terima kasih ... moga dapat bantu ramai blogger Malaysia hasilkan blog terbaik. Lebih ramai yang berjaya, lebih suka hati saya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 20, 2014
Terima kasih Muhamad Nooh ... :)
Adi Arena Adi Arena August 20, 2014
Blog gua cite pasal motor je sekarang, tak tahu bila nak publish blog personal hahaha, ape pun banyak belajar dari blog sekarang, masuk la juga income dengan 1st page google, yahoo dan bing.
Illya Farhana Illya Farhana August 20, 2014
LeYa nak kongsikan tips abg HH ni dalam blog LeYa...
Sukma Haron Sukma Haron August 20, 2014
Setuju....nice sharing....
reezluv reezluv August 20, 2014
kena minat..kalau tak..memang tak kemana le blog tu juga..:D
Khir Khalid Khir Khalid August 20, 2014
Setuju dgn HH... penjenamaan blog tu mmg penting & yg paling penting ialah minat itu sendiri. T kasih atas perkongsian.. :)
fatihah fazlin fatihah fazlin August 21, 2014
setuju...part yang jangan menulis time tengah marah tu memang betul. Nanti tersalah tulis buruk padahnya.
Faiz Valensi Faiz Valensi August 21, 2014
Mohon singgah dan follow blog sy juga ya, insyallah sy follow balik.. Baru nak berjiak2 hehe.. Terima kasih :D

http://kentakikaulaki.blogspot.com/
Julia Johari Julia Johari August 21, 2014
Sgt berinformasi utk saya yg baru buat branding blog....syukur
AB AUNIBLOG AB AUNIBLOG August 21, 2014
KEMAS LA BLOG NI...SUKA TENGOK
Nor Dila Nor Dila August 23, 2014
terima kasih ilmunya...salam blogger..sudi2 follow me ..Tq ^_^
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
Selamat datang ke dunia blog Malaysia. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
Terima kasih. Harap apa yang telah saya kongsikan dapat bantu Julia jenamakan blog dengan baik sekali.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
Hoho .. terima kasih atas pujian diberikan ... :) harap jangan setakat suka tengok je. Suka suka jugaklah baca .. sian saya tulis panjang2 ni .. hehehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
In Sha Allah. Jika ada kesempatan memang saya akan follow blog yang benarkan saya follow. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
Yeap. Minat dengan blog. Minat nak kongsi ilmu. Minat nak kongsi cerita ... minat nak buat duit dengan blog.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
Yang tngok perkataan tension pun jadi tension. :P
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
Nak membolehkan blog berada di laman utama enjin carian memang sukar. Sbb dah makin banyak blog yang muncul. Apapun usahakan dengan kata kunci yang sesuai.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 24, 2014
Boleh. Silakan. Saya alu-alukan yang sudi kongsikan apa jua yang saya tulis dalam blog ini. :) terima kasih banyak-banyak.
Pilihan Sukan Pilihan Sukan August 24, 2014
Jika seronok semua boleh jadi....
A.Amin A.Amin September 06, 2014
Assalamualaikum brother Hasrul.

Hampir setahun yang lepas saya telah memulakan projek peribadi yang saya namakan sebagai "Sejarah Islam - Dulu & Kini". Tujuan utama projek ini adalah untuk melahirkan minat kepada umat Islam untuk mempelajari sejarah Islam.

Alhamdulillah setakat ini sudah mempunyai hampir 20 000 pengikut di FB tetapi saya tidak berapa suka menggunakan FB sebagai platform projek saya kerana FB agak berserabut dan post - post yang lama akan hilang di gantikan dengan post baru lalu menyebabkan orang ramai tidak boleh membaca posting yang lama.

Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk memulakan website atau sekurangnya blog sendiri tetapi saya tidak mempunyai ilmu berkenaan perihal ini. Oleh sebab itu saya berharap saudara mampu memberikan tunjuk ajar bagi memulakan langkah pertama di dalam dunia blogging ini.

Berikut adalah FB page projek saya :- https://www.facebook.com/sejarahislamDnK
Petak Bunga Petak Bunga September 15, 2014
jgn tension..
haha..
jgn tulis blog masa tension
nord nord October 03, 2014
Tips ni tengah diaplikasikan ke dalam blog saya..tima kasih yea

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.