As-Salam. Pudu Sentral sudah tiada lagi.... satu ikon Kuala Lumpur. Dulu tempat inilah yang HH sering singgah apabila pernah duduk di Kuala Lumpur. Di sinilah juga tempat HH jumpa kawan-kawan sekolah lama, tempat berkumpul member-member .... dulu Puduraya ... kemudian Pudu Sentral .... kini ia dikenali sebagai UTC Kuala Lumpur.
Pudu Sentral Dikenali Sebagai UTC Kuala Lumpur
Bangunan yang banyak mengukir sejarah tersendiri, samada dalam negara mahupun warga Kuala Lumpur telah ditukarkan namanya oleh Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini 22 September 2012. Ia kini dikenali sebagai Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur. Ia ditukarkan namanya selaras dengan perubahan dan transformasi yang telah dilakukan sejak beberapa tahun dahulu.
Pertukaran nama bangunan ini juga selaras dengan kemudahan yang disediakan di sini. Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur ini menawarkan kemudahan perkhidmatan setempat di bawah satu bumbung. Ia menempatkan 31 agensi kerajaan dan swasta serta pusat pembangunan dan
aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan
badan bukan kerajaan (NGO).
UTC adalah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan askes kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transfomasi Bandar.
UTC adalah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan askes kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transfomasi Bandar.





Post a Comment