As-Salam. Innocence of Muslim merupakan antara kata kunci di dalam carian maya yang paling dibenci oleh umat Islam seluruh dunia di kala ini. Apa tidaknya, klip video Innocence of Muslim yang berdurasi 14 minit itu telah menyebabkan huru-hara dan kacau-bilau hampir di seluruh dunia. Ia sebuah pencabulan hak di dalam agama Islam di mana seorang yang tidak tahu menahu mengenai Islam bercerita mengenai Islam apatah lagi Nabi Muhammad S.A.W menerusi sebuah video bajet rendah.
Kesal Dengan Pihak Yang Endah Tak Endah
Kekesalan juga harus dilampiaskan kepada pihak-pihak yang buat tak endah akann isu ini sedangkan dunia sedang di dalam keporak-perandaan (ada ke perkataan ini?). Dengan terjadinya perkara ini tanpa ada sebarang tindakan untuk mengekang dari terus menjadikan dunia ini tidak aman, ia seolah menjadi batu api di dalam isu, walhal dalam satu sudut mereka menyatakan mereka tidak suka akan perkauman, tidak suka akan keganasan.
Penerbit dan Pengarah Innocence of Muslim Adalah Pengganas Dunia
Mereka inilah pengganas yang harus dihadapkan ke muka pengadilan. Bukan sedikit kemusnahan yang mereka telah buat.... baik kepada yang terlibat secara lansung mahupun secara tidak lansung. Dengan video mereka, satu dunia jadi huru-hara .... jadi tidak aman. Mereka perlu dihdap ke mahkamah sebagai pengganas.
Innocence of Muslim bukanlah satu ekspresi seni, bukanlah satu wadah untuk menyatakan freedom of speech tetapi sebenarnya adalah satu pencabulan, satu tindakan menyemarakkan kebencian, satu medium untuk menghina Islam yang dilakukan tanpa ilmu.
Nyata sekali, mereka yang terlibat dalam pembikinan video pendek ini tidak faham apa itu Islam. Apa yang terkandung di dalam ajaran Islam, apa yang boleh dan tidak boleh .... mereka buat ikut nafsu.
Dan bagi kita, sebagai umat yang dilahirkan sebagai seorang Islam, sebagai seorang Muslim ... menjadi tanggungjawab kita untuk membuat dunia faham sebenar-benar faham Islam yang sebenar.
Tidakkah begitu?
*p.s: Sahabat HH di Utusan Malaysia berkata - "Jangan tengoklah video tu .... kalau tengok ...kena mengucap dua kalimah syahadah balik. Ia nyata boleh memesongkan akidah kita..."




Post a Comment