As-Salam. Hebat dunia tanpa sempadan sekarang ni. Allah S.W.T telah memberikan satu anugerah pada manusia kerana telah mengilhamkan medium sebaran ilmu dan dakwah yang kini boleh disebarkan dengan meluas ke seluruh pelusok alam. Tak perlu lagi nak naik unta, tak perlu lagi nak merantau ... hanya dengan berbekal internet dan komputer .... segalanya satu kemungkinan hanya dalam beberapa minit sahaja.

Blog Sebagai Medium Dakwah Tanpa Batasan


Ini adalah peluang bagi kita, umat akhir zaman melakukan sesuatu, bukan hanya untuk diri orang lain tetapi juga untuk diri sendiri. Allah S.W.T telah membuka jalan untuk kita ... membuat sesuatu yang pada satu masa dahulu amat mustahil dilakukan.

Cuma, segalanya terletak pada kita, samada mahu atau tidak melakukannya. Ia telah dipermudahkan bagi kita. Blog sudah tersedia untuk kita melakukan sesuatu kebaikan, iaitu dakwah yang berterusan. Jika betul jalan dan cara, kita dah dapat saham-saham akhirat yang sangat tinggi nilainya.

Untung bukan? Ini kelebihan umat akhir zaman. Dan ia juga satu petanda bahawa dunia sudah semakin uzur dan bakal bertemu jalan penyudah. Adakah kita telah bersedia untuk menghadapinya?

*p.s: Dakwah tidak semestinya ada perlu keluarkan hadis serta ayat Al Quran, memadai anda sebarkan kebaikan yang sudah ada di dalam nilai-nilai ajaran Islam itu sendiri.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement