As-Salam. Cerita sensasi memang best, namapun sensasi. Sensasi ini yang akan memberikan banyak trafik yang tidak diduga. Semua orang mahu tahu cerita sensasi. Apatah lagi bila ada disebut nama orang ... terkenal lak tu ... ditulis terang dan jelas tanpa selindung. Tak ada pun tulis *ini bukan nama sebenar ....Sensasi boleh, tetapi biarlah sensasi dengan cerita sendiri dan bukan bersensasi dengan cerita yang bukan milik kita.

Ada blogger yang suka ceritakan dan paparkan kisah orang lain dalam blog ... biasa buat, malah HH pun memang biasa buat. Cerita kisah blogger terkenal, artis terkenal, pemimpin dan sebagainya. Cerita sensasi yang ada kaitan dengan nama-nama popular memang orang suka cari dan baca. Memang jadi lumrah manusia dahhh...

Sensasi Cerita Yang Memburukkan Keadaan


Cumanya.... nak bersensasi tu biar kena cara. Diceritakan keburukan .... jangan jadi sampai ia jadi satu fitnah dan melaga-lagakan orang. Keburukan diceritakan untuk jadi pedoman dan ingatan buat kita agar tak buat perkara sama. Tak perlu nak sebut nama pun ...kias-kias cukuplah ...Tapi bagi HH, hindarlah buat atau kongsi cerita macam ni.

Nak sensasi, cerita soal kebaikan, soal kejayaan ... tu memang baik. Boleh jadikan semangat untuk melakukan sesuatu yang terbaik...kan kan? Dan lagi, kita bercerita benda baik tentang diri seseorang .... ia dah termasuk menjaga kebajikan dia sebagai hamba Tuhan.

HH nak melarang anda buat, tak terdaya ..cuma boleh berikan nasihat sahaja. Hukum Tuhan itu tertakluk dalam semua medium. Ada pencatat yang mencatit. Tuhan Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

*p.s: Takut tak andai satu-satu entri kita menyemarakkan rasa benci dalam diri seseorang pada seseorang yang lain? Kalau sebb entri kita tu buat orang tu mati ..... haaa tak ke naya ...semua tu nak kena jawab nanti di akhirat. Boleh ke jawab?


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement