As-Salam. Alhamdulillah ... bersyukur kepada Allah S.W.T yang melimpah kurniaNya ke atas kita semua, rakyat Malaysia kerana telah diberikan rezeki yang baik, habuan yang menarik atas pembentangan Bajet 2013 yang telah dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Kita patut bersyukur atas kemakmuran negara yang berterusan, yang membolehkan kita semua menikmati apa yang telah ditentukan.
Ini adalah nikmat yang diberikan Tuhan, dan bukannya dari manusia. Ingat, segalanya ini berlaku atas kehendak Tuhan yang mahu kita berfikir dan sentiasa tidak lupa akan segala nikmat yang diberikan.
Kita boleh tersenyum lebar dan merasa gembira, tetapi jangan kita pula lupa siapakah yang patut kita panjatkan rasa syukur kita. Elakkan diri dari lupa. Jangan kita lupa akan tanggungjawab kita pada yang memberikan nikmat ini... insyaAllah.
Terima kasih.
*p.s: HH bukan kakitangan awam, dan tidak pula layakuntuk terima bantuan yang disebut-sebut. Namun, HH gembira atas pembentangan Bajet 2013 ...







Catat Ulasan