As-Salam. Dari satu episod ke satu episod, hina sana ..hina sini ...kutuk sana..kutuk sini ... kutuk sesama sendiri ... boleh lagi tahan, tapi bila bab mengenai agama jadi bahan, itu sudah kira melampau. Tak kiralah apa bangsa sekalipun di dunia ini, bab hina agama lain sebenarnya memang dikutuk.
HH boleh katakan hanya orang yang tidak beragama sahaja yang berani dan bermulut busuk untuk mudah mengutuk agama lain. Agama adalah satu pegangan. Ia bukan perkara main-main kerana ia melibatkan kepercayaan, jauh lebih tarafnya dari budaya. Agama duduknya di tempat teratas peradaban.
Jika ada golongan manusia yang sangat mudah menghina agama lain, mereka ini perlu ditarbiyahkan cukup-cukup. Tak suka ... diam sahaja.
Dalam Islam sendiri, tiada istilah kita hina dan keji agama lain. Ia bukan satu cara dakwah terbaik. Apabila agama suci - Islam itu membenarkan perkara keji seperti menghina agama, itu sudah salah.
Dan bagi mereka yang mudah pula menghina agama Islam, anda sebenarnya tidak faham apa itu Islam. Anda hanya nampak dari sudut pandangan lahiriah pada sekelompok manusia yang dilahirkan di dalam agama Islam ini.
Maaf kalau ada yang tak puas hati, tetapi sesama manusia ... kita perlu saling menghormati. Dalam Islam pula, disarankan untuk menjaga hubungan sesama manusia, sesama saudara Islam, sesama haiwan, sesama tumbuhan dan makhluk lain. Kita semua ini milik Allah S.W.T ....
Pasrah.



Post a Comment