9 Ciri-ciri Layout Blog Yang Kemas

9 Ciri-ciri Layout Blog Yang Kemas. Dalam usaha untuk menarik pembaca ke blog anda, antara ciri-ciri penting yang harus dititik beratkan ialah layout atau rangka blog anda. Rangka blog perlu kemas, tak mo bersepah2 ... sebabnya bila bersepah, nanti apa yang anda nak sampaikan dalam blog tak tersampai pada pembaca.

Cuba ikuti petua berikut untuk mendapatkan layout yang kemas (macam le blog saya ni kemas sangat pun .. hehehe):

9 Ciri-ciri Layout Blog Yang Kemas

2 Kolum
Rangka yang kemas selalunya punyai 2 kolum sahaja. Satu untuk paparan utama, dan satu lagi untuk sidebar. Dan 2 kolum di bawah untuk footer note, atau nota kaki dan sebagainya.

Kedudukan Sidebar
Kebanyakkan blog yang ada PR tinggi, dan mesra ALEXA adalah blog yang meletakkan sidebar blog di sebelah kiri (kanan tangan kita). Ini memudahkan pembaca klik tanpa perlu merentas keseluruhan blog anda. Kedudukan ini membolehkan navigasi dalam blog lancar terutama bagi mereka yang BUKAN kidal.

Saiz Layout
Kebanyakkan skrin komputer masa kini melebihi resolusi 780 pixel, maka cuba buat saiz layout anda minimal resolusi begini. Anda boleh guna analisis2 yang disediakan oleh Google atau beberapa laman web yang boleh mengesan saiz layout skrin komputer pengunjung blog anda. Blog Bangku Kosong ini menggunakan saiz 1000px dengan sidebar lebih kurang 300px (lupa).

Saiz Sidebar
Paling terbaik adalah dengan tentukan dahulu jenis widget yang anda nak pasang. Seandainya widget itu memerlukan saiz yang besar, maka saiz sidebar perlu sesuai agar nanti widget anda tak nampak terkeluar. Sebolehnya saiz sidebar tidaklah besar sangat, disyorkan menggunakan paling maks 350px.

Saiz Tulisan
Perkara yang harus dan sepatutnya anda tahu ialah, tajuk mestilan lebih besar daripada isi. Jadi pastikan tajuk anda itu bersaiz sepatutnya. Bagi saiz tulisan dalam entri, maks disyorkan adalah 12 points, macam kita buat karangan tu. Kena faham, kebanyakan komputer sekarang beresolusi tinggi, dan jika besar saiz font anda, maka anda terbeliaklah mata pembaca anda, dan jangan terlalu kecil kerana tak sesuai pula nanti untuk paparan di laptop. Guna font saiz 11 atau 10 ... ada petua mengatakan 11 points baik untuk SEO.

Jajaran (Alignment) Tulisan
Jika boleh, buatlah ia dalam bentuk 'justify' supaya ia memenuhi ruang kosong. Seperti yang telah saya beritahu dalam posting2 sebelum ini, loading blog akan dipengaruhi juga dengan berapa banyak/jumlah ruang kosong dalam coding/html anda. Walaupun bentuk tulisan tidak dinyatakan mempengaruhi loading, tetapi dari pengalaman, blog yang penuh tulisan lebih cepat loading dari blog yang kurang tulisan ...hmmm ....

Warna Blog
Warna layout blog anda pun mesti bersesuaian. Ada warna, sesuai kat satu blog ni, dan nampak kemas, tetapi bila guna kat blog kita, nampak cam haru biru. Anda harus faham, warna, bentuk tulisan, susun atur semuanya berkait. Banyakkan bereksperimen dengan warna. 

Header Blog
Oppss hampir terlupa, header blog juga perlu simple, perlu tampil unik, perlu kemas ... tak nampak cam sarat. Jika kepada pun dah berserabut ... bayangkan isi blog tu macam mana pula .. :) 

Jenis Tulisan
Jenis font pun penting. Jangan la terlalu artistik sampai sukar nak baca. Kalau nak nampak ala2 seni kreatif, cuba buat dalam bentuk lain ....  tak perlu ditampilkan dalam jenis tulisan entri anda. Pembaca nak membaca dengan mudah, seandainya tulisan dah tak mudah .. macam mana? Gunakan standard font seperti arial, times new roman dan sebagainya.

Ok kot .. saya fikir ciri2 yang ditampil ini boleh dah nak persembahkan satu blog yang kemas. Blog yang kemas akan memudahkan pengunjung dan pembaca. Dan akan menarik minat mereka untuk datang lagi dan lagi .... 

Semoga bermanfaat.

*p.s: Repost je nih .... 7 September 2012

9 Ciri-ciri Layout Blog Yang Kemas

{ 76 comments.. read them below or add one }

missbby missbby August 14, 2011
Terima kasih atas info..
SyazwanSarawak SyazwanSarawak August 14, 2011
HH, blog sy oke ke tak? mintak pendapat ^_^
HasrulHassan [HH] HasrulHassan [HH] August 14, 2011
@SyazwanSarawak Saya tak leh akses blog u la . . my PC blocked sebb ada malicious software ..
HasrulHassan [HH] HasrulHassan [HH] August 14, 2011
@♥ Dea ♥ nuruldya13 .... tu ok je bagi blog gadis .. pink sesuai ler
linda a.k.a ibusumaiyah linda a.k.a ibusumaiyah August 14, 2011
mmm nampaknya bab header tusaya masih belum pandai...hehe...

terima kasih untuk perkongsian ini..:)
kinn kinn August 14, 2011
saya rasa blog saya memenuhi semua ciri2 yg ada, hek2. betul kah? jemput tengok. hehe :)
Cik Aish Cik Aish August 14, 2011
thanks sharing, bangku kosong :)
ariana's ariana's August 14, 2011
Salam ramadhan. T.kasih. Akak tumpang belajar..:)
S..U..D..@..I..S S..U..D..@..I..S August 14, 2011
semua x kemas akan usaha kan
sha my heart sha my heart August 14, 2011
TQ.. info yang bagus dan memang saya cari info ni. macam org mengantuk disorongkan bantal.

boleh tak tengok blog saya, ok tak? ada pape nak kena ubah x?
ezumie esbarisma ezumie esbarisma August 14, 2011
info yg berguna...tp smpai skrg xtehu nk tukar saiz gamba di sidebar.
NURUL NADIAH MAMAT NURUL NADIAH MAMAT August 14, 2011
tq ofr the tips.....blog saya ok x?hehe...
mas saari mas saari August 14, 2011
blog HH sangat kemas! Mas suka..
bilalah nak tolong designkn utk Mas ni...hehehehee! nak tempah boleh?
Pou Leen Pou Leen August 14, 2011
blog yg kemas memang penting! :) terlalu byk blog yg berterabur isinya! pening...
Dayanqphrofile Dayanqphrofile August 14, 2011
ngeeee..xtaw la blog saya kmas ka x..hahaha
cleverspider55 a.k.a alam1cinta cleverspider55 a.k.a alam1cinta August 14, 2011
boleh tolong cek blog saya tak?oke or not?
mindaKhayaLan mindaKhayaLan August 14, 2011
info yang berguna..terima kasih..=)
El El August 14, 2011
thanks 4 the info :D
Qaseh dalia adelia Qaseh dalia adelia August 14, 2011
rasanya dah cukup kemas dah neh hehe tq bro
||aLeaSaRa|| ||aLeaSaRa|| August 14, 2011
owh tq ye bro!kite mmg banyak bereksperimen godek sana godek sini.mmg dah lama buang widget yg tak penting,pilih font byg tak sakitkan mata,warna background yg soft.blog akan mencerminkan karakter..kalau blog berserabut hurmmm....sendiri jawablah.
solomolo solomolo August 14, 2011
blog sy kemas tak ???
ADZA IRDAWATI aka MAK DARA ADZA IRDAWATI aka MAK DARA August 14, 2011
wahhhh tks for the tip.. nak kena kemas kini balik blog saya tu ehehe
Panggil aku Han Panggil aku Han August 14, 2011
err...kalau mcm tu nk mintk pendapat jugak la..blog sy ok tak :)
HasrulHassan [HH] HasrulHassan [HH] August 14, 2011
Salam .. mana ada request tu, insyaAllah saya akan cuba beri pendapat saya, andai tak ada komen dari saya, maknanya ok la tu .. hehehe
Alip Apai Alip Apai August 14, 2011
saya rasa HH terlupa 1 lagi..

JENIS & BILANGAN WIDGET..

certain widget sgt serabut dan menyusahkan pembaca je..contoh mcm kartun yg gerak2..kdg2 mengganggu pembacaan..lagi satu katun dekat arrow mouse..kalau besar mmg susah..nak klik ini itu yg terklik..

pendapat saya:)
NMH NMH August 14, 2011
terima kasih info berguna..=)
BLADE EDGE BLADE EDGE August 14, 2011
salam...

alignment tulisam stakat ni saya biar default jer (left). maybe nak jugak tukar lps2 ni utk nmpk lebih syncronize. saya prefer blog dgn background hitam sbb kurang cahaya n kurang sakit mata n kpala bila membacanya.

header blog saya baru jer tukar :-) membawa maksud 'searching' sbb org dtg baca content utk tahu sesuatu/dptkan info.

pasal jenis tulisan, rasanya xpayah la guna yg jenis fancy2 sbb nmpk serabut n kdg2 susah nk baca. baik guna yg default jer. adjust saiz n colour jer dah memadai...
sha my heart sha my heart August 14, 2011
TQ sudi singgah dan tegur =)
HasrulHassan [HH] HasrulHassan [HH] August 15, 2011
Semoga entri ini beri manfaat pada semua.
♥ Elin ♥ ♥ Elin ♥ August 15, 2011
tqvm ats infonya!

apa kata...anda bg beberapa cth blog yg terpilih untuk djadikan panduan.
sebab apa...skg nih sy tgk bnyk sgt bloger meletk kan wget yg rasanya x perlu untuk di paparkan..dan font yg agak kurang sesuai.
ini akan membuat pengunjung malas nak tunggu loading yg terlalu lama.
;)
HasrulHassan [HH] HasrulHassan [HH] August 15, 2011
@♥ Elin ♥ Boleh lihat di sidebar - blog baru pilihan, dan juga segmen khas buat follower blog ini - JEJAK FOLLOWER yang sentiasa saya update dari semasa ke semasa.
AYIE AYIE August 17, 2011
wah... berguna sgguh
bereksperimen dgn kaler2, font, design blog mmang best wlaupun pening
thanx :)
Ini Kisah Tia Ini Kisah Tia August 25, 2011
ini baru tips yang betulll . sangat mendalam .. thanks :)
- LIANA ASIF - - LIANA ASIF - September 06, 2011
banyak tips yg b'guna... dah byk yg sy perbaiki... trima kasih
[sutera kasih] [sutera kasih] September 10, 2011
menarik..lepas ni nk cek semula layout blog :)

thanks for the tips..
Yana Aina Yana Aina September 07, 2012
sggh berguna utk yana yg br nk aktif nie. TQ
Farah And The Fairy World Farah And The Fairy World September 07, 2012
info yg bagus...

adakah blog sy kemas???
iznawzi iznawzi September 07, 2012
tq..dah follow..semua info..:)
cik serai cik serai October 25, 2012
jumpa post ni sebab bosan dengan layout blog yang ade.thanks for the info.:)
fyna ahmadfyna ahmad December 19, 2012
suke entri nih.sangat bermanfaat.agak2 blog fyna ok x?

http://blogfyna.com
booBlogs booBlogs December 19, 2012
blog kemas hati pun senang. ibarat rumah yang bersih. hehe. tak serabut bila masuk blog tu
Yan TyYan Ty December 19, 2012
Nice sharing. But tak tau la blog Ty ok ke x ? Cer comment sikit.
hasrulhassan hasrulhassan December 19, 2012
Terima kasih .. agar semuanya berjaya dan berjalan dengan baik sekali
hasrulhassan hasrulhassan December 19, 2012
Hmm semoga apa yang HH kongsikan ini dapat berikan sedikit idea dalam berblog ... :)
Miz Ruha Miz Ruha December 21, 2012
blog kemas senang hati pengunjung nak singgah... sy suka blog yang kemas...
sarasara December 21, 2012
info yg bagus...
Budak Nakal Budak Nakal December 22, 2012
Info yang terbaik..koz suka akan ciri0ciri blog di atas..mmg sedap mata memandang...
akhil akhil December 23, 2012
blog yg banyaka sgt widget mmg mengganggu knsentrasi pembaca..
last2 blah mcm tu je..
ni komen sbg pembaca lerr(^_^)
hasrulhassan hasrulhassan December 23, 2012
Betul... banyak blog remaja serupa begini, tapi tak mengapalah ..permulaan berblog memang begitu
hasrulhassan hasrulhassan December 23, 2012
Hmm .. semua blogger Malaysia patut amalkan ni
hasrulhassan hasrulhassan December 23, 2012
Ya tak serabut ... mudah untuk dibaca apa yang disampaikan .. ye tak?
hasrulhassan hasrulhassan December 23, 2012
Setiap org ada pandangan masing2 .... jika ia terbaik buat kita .. dah kira okaylah tu
hasrulhassan hasrulhassan December 23, 2012
Hmm no komen .. hehheehhee
Raudzah Raudzah March 05, 2013
Thanks HH for the entry..memang bermanafaat..susahnya nak manage blog ya..
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal July 30, 2013
Assalammualaikum....HH,

Terima kasih bebanyak ilmu nie,,,, best sangat ...bukan senang nak jadikan blog yg terbaik dari yang terbaik....

mselim3
Afandi Othman Afandi Othman March 21, 2014
Salam.
Terbaik! Saya tengok blog tuan ni pun kemas je. Nak baca pun tak berserabut. hehe
Iqlima Azmi Iqlima Azmi October 13, 2014
Info menarik. Boleh apply nii.
Pondok Papan Pondok Papan November 17, 2014
Bukan senang gak nak ubah layout ni..silap haribulan merana badan..hehe..terima kasih kongsikan info...
BM BM November 18, 2014
Walaupun entri repost tetapi pengisiannya sangat releven sepanjang masa.
Denaihati Denaihati November 18, 2014
blog kemas pembaca suka datang dan rajin lepak lama2...memang sentiasa boleh dibaiki...
yang baik Ishak yang baik Ishak November 18, 2014
info yang menarik ... rasanya sebahagian besar dari maklumat tu sudahpun dipraktikkan... he3
Deanna Morni Deanna Morni November 18, 2014
sy pon suka tgk blog yg "bersih" jer macam HH...senang mata memandang..tapi sy sgt risau kalau layout blog sy x mesra pembaca...harap2 sy xmenyusahkan mereka (^_^)
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA November 18, 2014
Ciri-ciri blog yang terbaik seperti blog tuan HH ni....simple dan berilmiah...
blogger lelaki blogger lelaki November 18, 2014
terima kasih unutk tips berguna daripada bro
Hero Borneo Hero Borneo November 18, 2014
saya suka layout yang santai sahaja...
Etuza Etuza Etuza Etuza November 18, 2014
Asalam..tamplet 3 kolum lah pula Etuza tu..teruskan mana yang ada, tamplet 2 kolum blogger memang mojariti...terbaik sahring
reezluv reezluv November 18, 2014
lama punya artikel tu..ahaha..banyak aspek teknikal tuh :D
amir zahari amir zahari November 20, 2014
Blog sy sidebar kiri.. footer je pelik sikit..hehehe
Nur Fannun Nur Fannun March 03, 2015
info yang bagus..dah lama tak kemas template blog...agak2 blog sy ok x?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.