Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari September, 2012

Bajet 2013 | Bersyukur Dengan Limpahan Rezeki

As-Salam. Alhamdulillah ... bersyukur kepada Allah S.W.T yang melimpah kurniaNya ke atas kita semua, rakyat Malaysia kerana telah diberikan rezeki yang baik, habuan yang menarik atas pembentangan Bajet 2013 yang telah dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Kita patut bersyukur atas kemakmuran negara yang berterusan, yang membolehkan kita semua menikmati apa yang telah ditentukan. 
Ini adalah nikmat yang diberikan Tuhan, dan bukannya dari manusia. Ingat, segalanya ini berlaku atas kehendak Tuhan yang mahu kita berfikir dan sentiasa tidak lupa akan segala nikmat yang diberikan.
Kita boleh tersenyum lebar dan merasa gembira, tetapi jangan kita pula lupa siapakah yang patut kita panjatkan rasa syukur kita. Elakkan diri dari lupa. Jangan kita lupa akan tanggungjawab kita pada yang memberikan nikmat ini... insyaAllah.
Terima kasih.
*p.s: HH bukan kakitangan awam, dan tidak pula layakuntuk terima bantuan yang disebut-sebut. Namun, HH gembira atas pembentangan Bajet 2013 ...

Umpan Orang Lain Buat Jenayah Dengan Blog

As-Salam. Haishhhh ... jangan anda menjadi salah seorang mangsa kepada mereka yang cuba umpan anda dengan pelbagai cerita indah di dalam blog mereka ini. Mereka ini adalah penjenayah.... bukan setakat penjenayah siber tetapi memang kaki buat jenayah luar dalam punya. Matlamat mereka, keuntungan buat mereka dengan risiko ditanggung oleh orang lain.
Bukan cerita baru, tetapi dah banyak dan ramai beri nasihat.... namun masih ada juga yang jadi mangsa kepada mereka yang berblog untuk mencari mangsa.
Dalam blog, mereka bercerita itu ini yang seronok-seronok, contohnya dapat duit ribu-ribu dengan hanya kerja mudah - melancong sana sini. Siapa letak gambar ..... bagi buat pengunjung blog rasa percaya dan berselera.
Awas, jika tersilap langkah... anda yang bakal menerima 'habuan' yang tidak disangka. Kerja mereka memang licik .... sampaikan anda yang dah ada pengalaman hidup lama pun boleh tertipu.
Maka, jangan terpedaya dengan umpan-umpan yang dipasang menerusi blog. Tiada jalan mud…

Apabila Mulut Mudah Sangat Hina Agama Lain ...

As-Salam. Dari satu episod ke satu episod, hina sana ..hina sini ...kutuk sana..kutuk sini ... kutuk sesama sendiri ... boleh lagi tahan, tapi bila bab mengenai agama jadi bahan, itu sudah kira melampau. Tak kiralah apa bangsa sekalipun di dunia ini, bab hina agama lain sebenarnya memang dikutuk.
HH boleh katakan hanya orang yang tidak beragama sahaja yang berani dan bermulut busuk untuk mudah mengutuk agama lain. Agama adalah satu pegangan. Ia bukan perkara main-main kerana ia melibatkan kepercayaan, jauh lebih tarafnya dari budaya. Agama duduknya di tempat teratas peradaban.
Jika ada golongan manusia yang sangat mudah menghina agama lain, mereka ini perlu ditarbiyahkan cukup-cukup. Tak suka ... diam sahaja.
Dalam Islam sendiri, tiada istilah kita hina dan keji agama lain. Ia bukan satu cara dakwah terbaik. Apabila agama suci - Islam itu membenarkan perkara keji seperti menghina agama, itu sudah salah. 
Dan bagi mereka yang mudah pula menghina agama Islam, anda sebenarnya tidak faha…

8 Tips Untuk Meramaikan Follower di Twitter

As-Salam. Baru-baru ini seorang blogger aktif dan juga seorang kaki tweeter telah berkongsi satu ilmu dengan HH mengenai bagaimana untuk meramaikan follower di laman sosial Twitter. Hmm mungkin dia tengok akaun Twitter HH ada seciput je follower nak dibandingkan dengan jumlah tweets yang dah lebih 11 ribu tu ....


Tips Meramaikan Follower Twitter
Elakkan cerita yang terlalu peribadi diterbitkan. Kadangkala orang meluat dan malas nak baca.Tweets perkara-perkara yang meransang minda, nasihat atau benda yang bersifat umum tetapi punyai signifikan dalam kehidupan seharian.Sentiasa berinteraksi dengan mereka yang follow Twitter anda.Ucapkan terima kasih kepada mereka yang dah follow anda.Retweet apa yang diterbitkan follower anda, yang relevan sahaja.Jangan menyampuk perkara yang anda tak tahu di dalam tweet.Pastikan selang-masa tweets anda itu tidak menyemakkan paparan tweets orang lain.Jika anda blogger, kurangkan tweets pasal blog anda kerana menampakkan kurang interaksi.

Haa... amacam..…

Doa Buat Adik Soleh

As-Salam. Sebelum itu, HH ucapkan terima kasih kerana kesudian anda membaca entri ini. Bukan mengenai tips atau petua berblog, tetapi sebuah cerita kehidupan yang ada dalam hidup manusia seperti anda. Doa buat adik Soleh, anak kepada seorang blogger yang menderita sakit yang serius.
Sakit apa? Jika anda seorang pembaca blog ini, tentu dah sedia maklum siapa Soleh yang HH ceritakan. Ada beberapa entri mengenai perihal adik Soleh ini. Tak membaca tak mengapa .... mungkin ia tidak ada kaitan dengan dunia blog anda ....
Apapun, dalam entri ini, HH mohon jasa baik anda semua untuk menghulurkan ..... bukan wang ringgit tetapi memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar adik Soleh selamat dalam rawatan dan mendapat kesan positif daripada segala rawatan yang dijalaninya.
Doa Buat Orang Yang Sedang Sakit
Ya Allah, hilangkan dari dirinya (Adik Soleh) penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembu…

Gambar 'Blue' Fizo Omar Didedahkan | Wordless Wednesday #WW

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Foto Fizo Omar Yang Kelihatan Biru




Foto Wawa Zainal | Pelakon AjiNohMoto Yang Berlesung Pipit

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Gambar Cun Wawa Zainal | Pelakon Utama Filem Ajinohmoto






Senarai Lokasi Sistem AES | Sistem Pengesanan Pesalah Trafik Terbaru Malaysia

As-Salam. Sebelum ini, HH pernah buat entri mengenai sistem AES ini yang merupakan sistem terbaru untuk mengesan pesalah-pesalah undang-undang jalanraya di Malaysia. Ianya merupakan satu sistem yang dijangka dapat memberi impak tersendiri kepada kadar kes kemalangan jalanraya di Malaysia.
Sistem AES atau dikenali sebagai Automated Enforcement System ini telah pun menjalankan beberapa siri percubaan pada bulan Jun lalu, dan kini ia telah pun dipasang dan dikuatkuasakan di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Ia melibatkan beberapa fasa, dan fasa pertama ini Sistem AES telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan maut.
Penggunaan sistem ini adalah selaras dengan peningkatan bilangan pengguna jalanraya yang saban tahun meningkat, begitu juga dengan kadar kemalangan. Penguatkuasaan secara manual kini dianggap kurang sesuai memandangkan jumlah anggota penguatkuasa daripada PDRM, JPJ dan yang berkaitan agak terhad. 
Malah, penggunaan sistem ini yang beroperasi 24 …

Bajet 2013 | Hadiah, Baucar Buku IPT dan BR1M Kedua

As-Salam. Terbaca satu artikel dari sini: Bajet 2013 - Ole-ole Untuk Rakyat; HH kongsikan kepada anda semua yang mungkin tak tahu ... :)



Dalam satu sidang akhbar, Perdana Menteri Malaysia ada menjawab beberapa soalan mengenai Bajet 2013, antaranya adalah mengenai:

Hadiah atau ole-ole untuk rakyat dalam belanjawan 2013.Program baucar buku RM200 untuk pelajar IPT.BR1M kali kedua dalam Bajet 2013.

Seterusnya menjawab soalan Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini bakal memberi ‘ole-ole’ kepada segenap penduduk negara ini, Najib berkata, kerajaan sentiasa menyediakan sesuatu untuk rakyat dalam belanjawan. 
“Tapi anda perlu menunggu pembentangan bajet itu,” katanya kepada KFTANG. 
Katanya, kerajaan juga dalam proses memformulasi Bajet 2013 bagi menentukan sama ada mampu meneruskan program bantuan baucar buku RM200 untuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa depan. 
Ditanya adakah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua bakal diberi dan jumlah i…

Bajet 2013 | Isu Harga Rumah Adalah Antara Intipati Menarik

As-Salam. Harga rumah masakini bukan lagi seperti dahulu. Jika di zaman HH, masih ada lagi harga rumah yang boleh didapati dengan RM25K - siap dengan 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Dan paling menarik, pakcik HH sendiri membayar harga ansuran rumah miliknya sekarang dengan hanya RM25 sebulan!! ..lot tepi pulak tu!!
Tapi sekarang, mana nak dapat dah harga rumah semurah itu. Harga rumah PPRT pun kini dalam lingkungan RM50K-RM70K. Hanya ada 2 bilik yang kecil dan satu bilik air (berbeza ikut pemaju dan tempat).
Agak mengejutkan juga apabila ada harga rumah yang sehingga RM200K untuk teres setingkat di sesetengah kawasan. Dah la mahal, keluasan pula .... adoii .... anak-anak nak main kejar-kejar pun tak bleh. Berbeza dengan dahulu. Sebab dan punca adalah kerana harga atau kos pembinaan yang sudah meningkat naik.
Dan ada yang menyedihkan HH ialah .... kuarters kerajaan lama yang saiznya memang besar diruntuhkan untuk memberi ruang buat projek perumahan yang lain - yang dah tentu lebih keci…

Blog Lambat Kerana Javascript Di Dalam Widget?

As-Salam. Blog anda lambat? Salah satu sebab adalah kerana adanya kod javascript yang banyak di dalam koding blog anda. Koding yang lambat dimuatkan ini selalunya berpunca daripada kod javascript yang disimpan di tempat lain. Selalunya kod-kod ini digunakan di dalam widget yang diletakkan pada blog.
Oleh kerana ramai blogger yang menggunakan widget yang serupa, maka capaian kepada kod-kod javascript yang disimpan ini akan mengambil masa sedikit. Antara cara untuk memastikan blog kita tidak menghadapi masalah untuk mencapai kod-kod javascript ini ialah dengan menyimpan kod-kod ini di tempat yang lain - iaitu di storan-storan maya yang ada disediakan.
Contohnya javascript ini yang HH gunakan di widget:
Apa yang anda dapat lihat ialah kod ini disimpan di storan milik Alexa yang sudah tentunya dicapai oleh banyak pengguna (sekadar contoh - bukan satu contoh yang baik sebenarnya).
Masalah akan timbul apabila kadangkala laman web Alexa punyai masalah untuk memuatnaik kod javascript tersebu…

Blog Sebagai Medium Dakwah Untuk Diri Sendiri

As-Salam. Hebat dunia tanpa sempadan sekarang ni. Allah S.W.T telah memberikan satu anugerah pada manusia kerana telah mengilhamkan medium sebaran ilmu dan dakwah yang kini boleh disebarkan dengan meluas ke seluruh pelusok alam. Tak perlu lagi nak naik unta, tak perlu lagi nak merantau ... hanya dengan berbekal internet dan komputer .... segalanya satu kemungkinan hanya dalam beberapa minit sahaja.
Blog Sebagai Medium Dakwah Tanpa Batasan
Ini adalah peluang bagi kita, umat akhir zaman melakukan sesuatu, bukan hanya untuk diri orang lain tetapi juga untuk diri sendiri. Allah S.W.T telah membuka jalan untuk kita ... membuat sesuatu yang pada satu masa dahulu amat mustahil dilakukan.
Cuma, segalanya terletak pada kita, samada mahu atau tidak melakukannya. Ia telah dipermudahkan bagi kita. Blog sudah tersedia untuk kita melakukan sesuatu kebaikan, iaitu dakwah yang berterusan. Jika betul jalan dan cara, kita dah dapat saham-saham akhirat yang sangat tinggi nilainya.
Untung bukan? Ini kel…

Hormati Waktu Maghrib | Pasar Malam Ditutup 20 Minit

As-Salam. HH memang tabik dengan JKKK Kampung Padang Jawa, Klang, Selangor yang berjaya kuatkuasakan peraturan menghormati waktu Maghrib pada pasar malam yang dibuat di kampung mereka. Pasar malam ini dah wujud sejak tahun 1970 dan punyai lebih daripada 50 peniaga yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Sepatutnya peraturan begini dibuat buat semua pasar malam di Malaysia ni. Apa yang kita nampak ... kebanyakkan pasar malam di Malaysia, bila waktu Maghrib ... time inilah paling ramai yang akan singgah... dan HH pun tak terkecuali dalam kelompok ini .... haishhhh.... 
Peraturan yang digunapakai oleh JKKK Kampung Padang Jawa merupakan idea yang diketengahkan oleh Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, selepas Kerajaan Negeri (sekarang) mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya.
Pasar Malam Tutup Hormati Waktu Maghrib
Memetik dari Sinar Harian:


.... Tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta. Tiada urus niaga …

Blog Fauziah Nawi | Pelakon, Pengarah, Guru dan Penggiat Teater

As-Salam. Fauziah Nawi ... suatu nama yang bagi HH tak perlu nak diperkenalkan lagi. Memang satu nama besar dalam industri hiburan tanahair. Apa yang menarik mengenai Fauziah Nawi, dia bukan sahaja seorang pelakon, tetapi juga sebagai penggiat teater, pengarah dan juga pengajar. 
Lakonan watak yang dibawakan oleh Fauziah Nawi kebanyakkannya mengesan di hati, apatah lagi jika ia merupakan sebuah cerita dan kisah masyarakat yang menyanyat hati.
Dan mungkin anda tak tahu, Fauziah Nawi juga punyai blog. Di situ, Fauziah Nawi bercerita mengenai aktivitinya ... dan juga beberapa nukilan pendapat. Namun, seperti biasa ...hehehhee..... ia agak jarang dikemas-kini. Anda boleh singgah di sini - Blog Fauziah Nawi
Blog Fauziah Nawi - Penggiat Teater, Pelakon dan Pengarah


Tips SEO Blogspot | Tatacara Betul Menggunakan Deskripsi Meta Pada Tajuk dan Entri Blog

As-Salam. Dalam SEO untuk blogspot, penggunaan deskripsi Meta adalah penting di dalam blog. Penggunaan deskripsi Meta adalah saling kait dengan tajuk blog anda. Kedua-dua mesti menggambarkan 60-80 peratus kandungan blog anda secara keseluruhannya.
Walaupun enjin carian utama seperti Google sudah tidak lagi ambil kisah mengenai deskripsi Meta ini, namun banyak lagi enjin carian yang berteraskan algorithma Google menggunakan pencarian deskripsi Meta untuk menyenaraikan laman-laman web serta blog di dalam pengkalan data carian mereka.
Oleh kerana itu, anda perlu ambil kesempatan tersebut agar memantapkan tajuk blog mahupun tajuk entri anda, bersesuaian dengan deskripsi Meta di dalam blog anda. Deskripsi Meta boleh anda buat dengan cara yang pernah HH tunjukkan di dalam entri 3 Struktur Heading Untuk Blogspot.
Secara amnya, di dalam blogspot .... deskripsi ini di tulis di bawah tajuk blog di dalam dashboard blogspot anda - seperti gambarajah di bawah.
Jumlah Aksara Maksima Untuk Buat Taj…

SEO Hidupkan Blog Anda Tanpa Perlu Anda Buat Entri Baru

As-Salam. Ada yang bertanya pada HH, mengapa ada blog ... followers tak ramai mana, malah tak sampai seribu pun, tetapi sesuatu masa dan ketika, blognya ada sampai ratusan yang online serentak di blognya. Hairan? Janganlah hairan ...inilah dinamakan SEO atau Search Engine Optimization. SEO mampu hidupkan blog anda, sekalipun anda jarang update blog anda dengan entri baru.
SEO paling mudah yang HH boleh kongsikan adalah dengan membuat entri informasi yang sentiasa segar dan sentiasa dicari. Ada juga SEO jenis bermusim di mana anda membuat entri-entri berdasarkan sesuatu peristiwa yang popular atau sedang hangat diperkatakan. 
Namun, seperti yang HH katakan tadi.... tiada entri baru, tetapi pengunjung tetap ramai setiap hari... maka, buatlah entri yang segar malar, iaitu entri informasi seperti contoh; entri-entri berunsur agama - entri cara sholat yang betul, entri cara pakai tudung, entri-entri panduan mengenai sesuatu. 
Atau anda boleh buat entri informasi yang boleh dicari untuk ta…

5 Tips Mendapatkan Follower Blog Yang Ramai dan Ikhlas

As-Salam. Followers atau pengikut blog merupakan antara ciri yang menjadi tarikan buat sesebuah blog. Blog yang punyai ramai followers secara amnya menunjukkan bahawa blog tersebut adalah antara blog yang popular. Namun, seperti HH pernah katakan sebelum ini, blog yang popular tak semestinya ada ramai pengikut, dan blog yang ramai pengikut pula .... tak semestinya merupakan seorang blogger yang bagus. 
Bagi seorang blogger seperti HH, apabila blog ramai pengikut, ia bererti blog anda sudah ada pembaca tersendiri. Ia juga memberikan satu motivasi buat HH untuk terus berkongsi apa yang HH tahu menerusi blog. Pengikut blog seolah macam satu 'tangkal ajaib' memberikan aura tersendiri, baik untuk blogger mahupun untuk mereka yang singgah di blog tersebut.
5 Tips Mendapatkan Follower Yang RamaiJadilah yang pertama dan terdahulu menjadi follower blog orang lain. InsyaAllah, satu yang diberikan .... akan dapat sepuluh nanti. Janji ikhlas.Hindarkan menjadi follower hanya untuk satu-sa…

Pudu Sentral Sudah Tiada Lagi

As-Salam. Pudu Sentral sudah tiada lagi.... satu ikon Kuala Lumpur. Dulu tempat inilah yang HH sering singgah apabila pernah duduk di Kuala Lumpur. Di sinilah juga tempat HH jumpa kawan-kawan sekolah lama, tempat berkumpul member-member .... dulu Puduraya ... kemudian Pudu Sentral .... kini ia dikenali sebagai UTC Kuala Lumpur.


Pudu Sentral Dikenali Sebagai UTC Kuala Lumpur
Bangunan yang banyak mengukir sejarah tersendiri, samada dalam negara mahupun warga Kuala Lumpur telah ditukarkan namanya oleh Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini 22 September 2012. Ia kini dikenali sebagai Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur. Ia ditukarkan namanya selaras dengan perubahan dan transformasi yang telah dilakukan sejak beberapa tahun dahulu.
Pertukaran nama bangunan ini juga selaras dengan kemudahan yang disediakan di sini. Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur ini menawarkan kemudahan perkhidmatan setempat di bawah satu bumbung. Ia menempatkan 31…

Innocence of Muslim | Dunia Tak Faham Apa Itu Islam

As-Salam. Innocence of Muslim merupakan antara kata kunci di dalam carian maya yang paling dibenci oleh umat Islam seluruh dunia di kala ini. Apa tidaknya, klip video Innocence of Muslim yang berdurasi 14 minit itu telah menyebabkan huru-hara dan kacau-bilau hampir di seluruh dunia. Ia sebuah pencabulan hak di dalam agama Islam di mana seorang yang tidak tahu menahu mengenai Islam bercerita mengenai Islam apatah lagi Nabi Muhammad S.A.W menerusi sebuah video bajet rendah.



Kesal Dengan Pihak Yang Endah Tak Endah
Kekesalan juga harus dilampiaskan kepada pihak-pihak yang buat tak endah akann isu ini sedangkan dunia sedang di dalam keporak-perandaan (ada ke perkataan ini?). Dengan terjadinya perkara ini tanpa ada sebarang tindakan untuk mengekang dari terus menjadikan dunia ini tidak aman, ia seolah menjadi batu api di dalam isu, walhal dalam satu sudut mereka menyatakan mereka tidak suka akan perkauman, tidak suka akan keganasan.
Penerbit dan Pengarah Innocence of Muslim Adalah Peng…

Cara Untuk Menyatakan Emosi Di Dalam Entri Blog

As-Salam. Blog adalah satu medium penulisan, maka untuk memberikan ekspresi emosi memang sukar. Hanya satu-satunya cara adalah untuk ekspresi emosi kita menerusi penulisan di dalam blog ialah dengan menyatakan apakah emosi kita semasa menceritakan apa yang dikongsi di dalam blog.
Jika mahu cara menulis dengan emosi ini, anda boleh belajar menerusi penulisan skrip. Selalunya di dalam penulisan skrip, anda boleh letakkan situasi serta perasaan yang perlu ada untuk membaca beberapa baris ayat yang ditulis. Maka, untuk penulisan di dalam blog, anda bolehlah buat cara dan kaedah yang hampir serupa.
Anda juga boleh menggunakan warna serta saiz tulisan untuk pernyataan emosi anda.
Contohnya; tajuk entri anda - Marah Dengan Klip Video Hina Nabi. Awal-awal entri anda boleh tulis satu pernyataan perasaan dengan warna merah sebagai satu tanda.
"Aku MARAH dengan penerbit dan juga pihak yang bertanggungjawab dengan klip video hina Nabi .... ...."
Itu antara salah satu cara yang paling m…

Gambar Cun Emma Ma'embong Bertudung

Gambar Cun Emma Ma'embong Bertudung - On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. Foto Cantik Pelakon Baru Emma Ma'embong Bertudung

Foto Famili Emma Ma'embong


Le Tour de Langkawi 2013 Map Route | Wordless Wednesday #WW

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Map Route LTDL 2013 Malaysia

Kredit: LTDL Website


Tips Menjana Pendapatan Menerusi Iklan Dalam Blog Serta Laman Sosial

As-Salam. Ini sebenarnya satu ilmu baru, ilham yang HH dapat untuk menjana pendapatan menerusi blog serta laman sosial. Haaa...mesti ramai yang suka dengan tajuk entri ini kan? Yelah, duit tu ... dengan duit, boleh buat macam-macam .... dan dalam dunia serba canggih kini, duit itu sampai boleh membuatkan seorang jadi gila dan keluarga jadi porak peranda.
Buat duit menerusi blog serta laman sosial menggunakan medium pengiklanan, contohnya Churp Churp dan juga Says.my adalah antara yang popular. Kedua-duanya merupakan medium iklan yang membolehkan anda untuk memilih jenis iklan yang ingin anda sebarkan dan mendapat sedikit pendapatan menerusinya.
Lupakan soal Nuffnang, Advertlets atau Innity yang memberikan keupayaan terhad untuk kita memilih iklan yang kita ingin atau disiarkan di dalam blog dan laman sosial.

Tips Dapat Duit Online Menerusi Blog dan Laman Sosial
Pilih iklan yang ada kaitan dengan tema ataupun apa yang kerap anda ceritakan dalam blog. Contohnya, blog anda sering ceritak…

Kita Bukannya Terlepas Dari Melakukan Salah dan Silap

As-Salam. Kesilapan boleh berlaku, kerana ini sifat yang ada pada manusia marhein seperti HH dan anda. Dan dalam menulis blog pun, kadangkala kerana ingin cepat .... kita akan terlepas melihat perkara-perkara ini - kesilapan dalam menceritakan sesuatu di dalam blog. 
Sebagai pembaca sesebuah blog, apabila kita membaca entri ... pertama sekali kena lapang dada, fahami betul-betul apa yang ingin disampaikan. Ada masa .... sesetengah blogger tu di awal entri ia bercerita soal lain, tetapi di tengah dan akhir ada cerita di sebalik meee goreng mamak yang ingin cuba disampaikan.
Sebagai pembaca blog, elakkan dari bersifat cepat menilai dan menghukum. Lebih baik bertanya dahulu dari terus membuat kesimpulan. Bukan semua perkara kita akan faham pada maksud yang sama.
Sebagai orang yang menulis blog, menerima pandangan orang lain adalah perlu dalam menjadikan blog serta entri kita mesra, dan disukai pengunjung. Di sinilah fungsi ruang komen ... bukan dijadikan tempat nak sumpah seranah maki h…

Penafian Di Dalam Blog

As-Salam. Cuba anda belek buku-buku yang ada, mahupun majalah dan makalah; anda pasti akan jumpa satu ruangan kecil dinamakan penafian. Penafian ini bermakna anda cuba melindungi diri anda sebagai penulis blog daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak baik yang ada kaitan dengan entri dan penerbitan sesebuah artikel di blog anda.
Penafian atau lebih dikenali sebagai disclaimer ini merupakan antara satu bahagian penting dalam segala bentuk penerbitan awam. Jadi, seandainya blog anda merupakan blog yang ditatap secara awam, dan punyai informasi melibatkan kepentingan awam dan seumpamanya, maka letakkan penafian ini di dalam blog anda.
Contoh penafian, anda boleh rujuk blog HH ini. Ada penafian diletakkan. Anda boleh salin dan letakkan dalam blog anda jika mahu.
Namun gitu, walaupun anda letak penafian panjang berjela... ia tidak bermaksud ada boleh senang terlepas daripada tindakan undang-undang (jika berkaitanlah yer..). Ia adalah sekadar memberitahu bahawa maklumat dan info a…

Bersensasi Dengan Cerita Bukan Milik Kita

As-Salam. Cerita sensasi memang best, namapun sensasi. Sensasi ini yang akan memberikan banyak trafik yang tidak diduga. Semua orang mahu tahu cerita sensasi. Apatah lagi bila ada disebut nama orang ... terkenal lak tu ... ditulis terang dan jelas tanpa selindung. Tak ada pun tulis *ini bukan nama sebenar ....Sensasi boleh, tetapi biarlah sensasi dengan cerita sendiri dan bukan bersensasi dengan cerita yang bukan milik kita.
Ada blogger yang suka ceritakan dan paparkan kisah orang lain dalam blog ... biasa buat, malah HH pun memang biasa buat. Cerita kisah blogger terkenal, artis terkenal, pemimpin dan sebagainya. Cerita sensasi yang ada kaitan dengan nama-nama popular memang orang suka cari dan baca. Memang jadi lumrah manusia dahhh...
Sensasi Cerita Yang Memburukkan Keadaan
Cumanya.... nak bersensasi tu biar kena cara. Diceritakan keburukan .... jangan jadi sampai ia jadi satu fitnah dan melaga-lagakan orang. Keburukan diceritakan untuk jadi pedoman dan ingatan buat kita agar tak b…

Berkecil Hati Dengan Blogger Popular

As-Salam. Adakah anda seorang blogger yang baru nak menjelajah dunia blog dan memperkenalkan blog anda ke dalam dunia blog Malaysia? Jika Ya, tentu kebanyakkan kunjungan anda sehari-hari adalah ke blog-blog yang dah ada nama dalam dunia blog ini ... betul tak? Semacam dah ada tarikan untuk anda ke blog tersebut walaupun belum ada update terbaru .... haaa apatah lagi bila dah ada entri baru dari blog tersebut.
Dan .... sampai satu masa, anda tergerak hati menulis komen di blog popular tesebut untuk cuba mendapatkan bantuan, atau paling tidak cuba mendapatkan pertolongan blogger tu untuk naikkan blog anda, popularkan blog anda, perkenalkan blog anda ... atau masukkan blog anda dalam bloglist dia.
Puji Blogger Popular Untuk Popular Blog Sendiri
Komen siap selang-seli dengan pelbagai pujian. Pastu anda letakkan beberapa entri yang pernah anda tulis mengenai blogger tersebut.... dengan harapan blogger terkenal itu akan kunjung atau balas komen anda. Semuanya kerana niat anda untuk mendapa…

Blog Tidak Dijumpai | Webpage Cannot Be Found!!

As-Salam. Sejak beberapa minggu ini, HH hadapi masalah untuk paparkan beberapa blog malah blog ini pun HH sendiri ada hadapi masalah nak tengok kat komputer. Masalah yang HH maksudkan ialah ... bila taip url atau alamat blog, ia akan keluar - Webpage Cannot Be Found !! ... perkara ini berlaku di Crome. Apabila jadi masalah ini, HH akan buka pula di Firefox, dan .... boleh.
Webpage Cannot Be Found


Tetapi, lama kelamaan, dalam browser Firefox pun hadapi masalah yang sama. Tutup kemudian buka guna Crome, boleh akses kembali. Dan pernah beberapa kali, dua-dua tak boleh nak akses.
Cuba juga mencari penyelesaian.... ada yang kata, ia berkaitan masalah DNS yang tak berapa stabil. Nak kata belum bayar nama domain ni .... tarikh luput lambat lagi rasanya. 
Mungkin anda yang lebih bijak daripada HH dapat bantu. Adakah masalah malware atau virus? Jika ya, cer cerita ...tulis dalam blog anda pun tak mengapa, HH akan baca di situ. Tak dapat kalu ...tinggalkan je dalam ruangan komen.
Manalah tahu,…

Tips Seo Blogspot | Tajuk Yang Penuh Kata Kunci Penting

As-Salam. Untuk mendapat tempat dalam enjin carian, pendekatan SEO (Search Engine Optimization) memang perlu dititik-beratkan. Perkara penting dalam SEO ialah memilih tajuk entri yang kaya dengan kata kunci penting yang sering dicari menerusi enjin carian.
Sebagai contoh, Fifa 2014 Piala Dunia - Laporan Terkini
Dalam tajuk tersebut ..... pencari info akan taip perkara-perkara berikut untuk dimuatkan dalam enjin carian. Sekadar kemungkinan;
FifaFifa 2014Piala DuniaFifa Piala Dunia Piala Dunia 2014Laporan Terkini Piala DuniaLaporan Fifa 2014Laporan Terkini Fifa 2014Laporan Terkini Piala Dunia 2014
Sekadar memberikan contoh. Jadi semua kata kunci yang dicari ada pada tajuk entri anda. Ia menambah kemungkinan untuk muncul di laman utama enjin carian (laman utama bermaksud sehingga ke page 3 enjin carian).
Mungkin kadangkala tajuk entri nampak sedikit pelik, tetapi jika ia masih beri maksud dan lengkap SEO, ia tiada masalah... cuma jangan salah gun sudahlah. Papar tajuk entri lain, isi kan…

Ranking Alexa Jatuh Lagi | Tidak Lagi Bawah 1000

As-Salam. Mungkin ada yang fikir blog ini mendapat ranking yang tinggi kerana sering dapat backlinks menerusi segmen dan juga beberapa promosi yang lain. Tetapi, hakikatnya ... Ranking Alexa agak padat dengan blog dan laman-laman web yang lebih baik, lebih hebat pengisiannya.
Blog ini hanyalah sekadar blog yang cuba membantu blogger lain mendapat tempat terbaik ... alhamdulillah andai ramai yang mencapainya.

Tips Mendapatkan Backlinks Bermutu
Backlinks daripada blog yang bermutu adalah penting bagi memastikan ranking Alexa blog kita berada di tahap yang baik. Untuk mendapat ranking yang baik, perlu untuk kita memastikan ada backlinks yang kita tinggalkan di blog-blog yang punyai ranking lebih baik daripada kita.
Antara cara untuk meninggalkan atau mendapatkan backlinks ini ialah:

Meninggalkan komen di blog-blog yang punyai sistem komen seperti Discuss, Intensedebate dan yang seumpamanya di mana kita boleh meninggalkan link blog kita.Mendapat tempat dalam bloglist blog yang tinggi ranki…

Bahasa Dalam Entri Biar Difahami

As-Salam. Tak salah andai anda buat entri dengan slanga negeri, andai anda yakin ramai yang tahu akan maksud dan makna. Sama juga dengan bahasa rojak, bahasa pasar .... bukan semua orang faham. Apatah lagi jika entri anda penuh dengan singkatan-singkatan yang kadangkala sukar dan mungkin boleh ada dua sebutan yang membawa kepada dua makna berbeza.
Katakan anda inginkan kelainan dengan penggunaan bahasa tersebut, pastikan di hujung entri ada penjelasan tentang makna perkataan tersebut. Anda boleh letakkan asterik (*) untuk perkataan-perkataan yang anda fikir tak ramai orang tahu, dan * itu dijelaskan di penghujung entri.
Susah payah anda buat entri tetapi buat orang garu kepala atau pening nak baca susah juga kan? Biar bahasa mudah dan difahami agar apa yang anda nak cerita dapat diceritakan, apa yang ingin anda kongsi sampai ke benak fikiran orang yang baca.... jangan sampai nanti, baru setengah perenggan, pengunjung akan klik pangkah dek kerana bahasa anda yang haru-biru-kuning-cokl…

Bloglist 200 Blog HASRULHASSAN.COM

As-Salam. Kepada mereka yang masih lagi sudi nak join, anda masih ada masa dan tempat untuk blog anda dimasukkan ke dalam bloglist yang telah HH sediakan di dalam blog ini. Masih ada lebih dari 100 tempat untuk blog-blog dimasukkan.
Untuk mendapat tempat dalam bloglist hasrulhassan.com ini, anda seharusnya mengikuti panduan serta terma serta syarat yang HH telah tetapkan menerusi entri ini: Bloglist HASRULHASSAN.COM - 200 Blog Terawal Sahaja!
Untuk mereka yang dah buat dan join segmen mudah ini, anda boleh semak di ruangan bloglist yang HH katakan tadi. InsyaAllah... semua blog yang ikut syarat dan terma, akan dimasukkan .... sila semak dari semasa ke semasa .... 


Yasmin Johan Eusoffe | Al Fatihah Buat Arwah Blogger Remaja Ini

As-Salam. Hari ini Jumaat, 14 September 2012 ... lebih 100 hari yang lalu, Yasmin Johan Eusoffe; seorang blogger remaja yang berdarah kacukan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Pulau Langkawi, Kedah. Al-fatihah buat arwah Yasmin Johan Eusoffe.
Kemalangan Blogger Yasmin Johan Eusoffe
Yasmin Johan Eusoffe atau lebih dikenali dalam dunia blog Malaysia sebagai Yasmin Hunwick telah terlibat dalam kemalangan yang terjadi pada 3 Jun 2012 di Pulau Langkawi. Ia berlaku sekitar jam 12 tengah malam  di Padang Gaung, Pulau Langkawi. Kejadian itu juga meragut dua lagi rakannya yang sama-sama menunggang dan membonceng motorsikal yang sama semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.
Petanda Sebelum Kemalangan Yasmin Hunwick


Foto Yasmin Johan Eusoffe Ketika Kecil


Berikut adalah sebuah entri yang ditulis oleh pihak keluarga arwah Yasmin:
Hari ini, 11 September 2012 genap sudah 100 hari along tinggalkan mama, papa dan adik-adik. Setiap kali mama teringatkan alon…

Entri Jenaka Sebagai Penyeri Blog

As-Salam. Dalam kehidupan, kalau anda sentiasa serius, anda pasti akan rasa tension ... perlu ada sedikit keceriaan. Begitu juga dengan blog, sesekali buatlah entri jenaka selamba untuk menceriakan pengunjung dan pembaca setia blog anda. 
Dah terbukti blog-blog jenaka memang ramai yang suka.... jadi entri jenaka merupakan antara entri yang disukai oleh ramai, malah jika anda bijak .... ia boleh disenaraikan dalam enjin carian di laman utama. Tajuk penting untuk menarik minat ... maka tajuk yang ada unsur jenaka adalah antara tajuk entri yang pasti orang akan klik.
Entri jenaka tak perlu panjang. Pendek pun sudah memadai. Andai ditambah dengan sedikit gambar berkaitan ... lagi-lagilah best. 
Andai blog anda belum ada lagi entri jenaka... maka lakukan sekarang. Bukan sahaja akan ada yang suka membacanya, malah anda akan dapat respon yang sebelum ini tak pernah anda dapat. :)


"Aku Bukan Blogger Femes Macam Anda Katakan"

As-Salam. Tersenyum sendiri bila ada blogger yang berkata HH ini adalah seorang blogger femes. Ishh ye ke femes? Tak pornah pun kuar TV, majalah mahupun surat khabar ... baik surat khabar baru mahupun lama. "Aku bukan blogger femes macam yang korang katakan" .... Tak terkenal pun, yang kenal-kenal tu pun sebab mereka nampak asyik HH je ping entri sana-sini ... meraih perhatian untuk singgah di blog yang serba kekurangan ini.
Ehh ...bukan sengaja buat propa, tapi HH berikan bukti yang memang blog ini tidak dikenali dan HH bukan seorang blogger yang dikenali ramai.
Ini dia ... dari mana HH ambil? Hmm .... HH pun blogwalking macam anda juga .... cuma diam-diam dan senyap-senyap. Ada entri bagus, HH akan komen ... tak ada kalu ... baca dan diam.

Diambil dari satu ruangan komen apabila ada entri mengenai HH ditulis.


Gambar Pertunangan Farid Kamil-Diana Danielle | Simple Betul

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Foto Majlis Pertunangan Diana Danielle Dengan Farid Kamil



Foto Perkahwinan Liana Rafiai | Majlis Resepsi 8 September 2012

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Gambar Perkahwinan Liana Rafiai | Artis Sensasi MIG Talents


Foto Ally Iskandar-Farah Lee | Aidilfitri 2012 | Sweet Betul Mereka

Foto Ally Iskandar-Farah Lee, Aidilfitri 2012 - On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Gambar Raya 2012 Pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee



3 Struktur 'Heading' Yang Perlu Anda Tahu

Saya pernah beri petua SEO blogspot - bagaimana struktur blog perlu kemas dan tersusun agar mudah bagi enjin carian mencari katakunci (keywords) yang sesuai untuk blog serta entri kita. Dan struktur heading adalah antara paling penting yang perlu dititik-beratkan untuk tujuan SEO blogspot. Struktur heading yang HH maksudkan ialah H1 (header 1), H2 (header 2) dan H3 (header 3).
Header 1 atau H1 Dalam Blospot
Header 1 atau H1 selalu digunakan untuk tajuk blog - contohnya: Panduan Menulis Blog | HASRULHASSAN.COM. 
Header 2 atau H2 Dalam Blogspot Manakala Header 2 atau H2 pula digunakan pada tajuk-tajuk entri di dalam blog. Bagi penggunaan Header 3 atau H3, kebanyakkan blogger SEO menggunakan untuk tajuk-tajuk di sidebar blog dan juga bagi footnote serta tajuk-tajuk kecil yang lain.
Anda juga boleh gunakan Header 4, Header 5 mahupun Header 6 jika mahu untuk tajuk-tajuk kecil yang ada di dalam blog anda.
Penentuan penggunaan header ini adalah untuk memberitahu enjin carian, apa yang ada di…

Rumah Terbuka, Hormati Tetamu Yang Hadir - Ikuti Adab Ini

As-Salam. Masih ada blogger yang buat rumah terbuka khas untuk Aidilfitri lagi tak? Hmm .... HH rasa ... masih ramai lagi blogger yang sibuk pasal kisah raya ni - terutama bab pergi ke rumah terbuka dan juga membuat rumah terbuka.

Rumah terbuka untuk meraikan tetamu sempena hari raya memang dialu-alukan, tetapi ada adab yang perlu kita sedia maklum, dan jika boleh seboleh bolehnya ialah mengamalkan adab-adab ini. Bukan setakat kita nak meraikan tetapi kita mahukan apa yang kita buat itu tidak jadi sia-sia.

Dengan adab yang betul untuk buat rumah terbuka mahupun hadiri rumah terbuka .... insyaAllah ... kita akan dapat manfaat lebih selain dari perut yang kenyang dan seluar yang ketat ...hehehehe...



Adab Meraikan Tetamu Yang Hadir Menjawab salam dan menerima tetamu dengan hati terbuka serta senyuman.Hak seorang tetamu untuk dilayan adalah selama 3 hari - ini bermakna, anda berusaha menyediakan pakai, minum dan kemudahan keselesaan buat tetamu anda. Lebih dari itu, ia dianggap sebagai sa…

Sesebuah Blog Jadi Terkenal Adalah Kerana ......

As-Salam. Adakah anda, seorang blogger baru secara tiba-tiba tertanya-tanya dalam diri .... "Eh ... macamana blog tu leh popular sakan ye?". Hmm sebenarnya ada banyak faktor yang buat sesebuah blog tu terkenal. Tapi, yang paling paling paling paling terkesan dan jitu, dan bagi HH yang sebenar-benarnya ialah .... kerana pengikut blog yang setia.
Pengikut blog inilah yang buat sesebuah blog tu terkenal. Tetapi bukan sebarang pengikut, tetapi pengikut setia. Alaaa .... kalau dalam politik, orang cakap penyokong kipas tak berhenti, dan kalau dalam dunia hiburan, peminat fanatik gitu. 


Pengikut setia ini bukan setakat membaca blog tersebut hari-hari - memberikan trafik yang konsisten setiap masa kepada blog terkenal tersebut; tetapi juga memberikan backlink berkualiti kepada blog terkenal tersebut (andai pengikut tu ada blog). Mereka akan memasukkan blog popular dalam bloglist, lalu menaikkan ranking blog terkenal dalam Pageranks serta Alexa Ranking.
Senarai blog popular yang ad…