As-Salam. Waduhhhh ... seksi bangat tu cewek dengan baju kebaya ketatnya ... bentuk tubuh sungguh meliurkan mata memandang, waaaaddduhhhhhh lagi lagi lagi lagi seksi ... terdedah di dadanya sampai belahan yang mulus putih tampak sampai ke dalam. Hmmm ... Ramadan penuh ibadah berlalu sehari, dah ramai yang tak disangka mengumpul dana yang tak sepatutnya dikumpul.
Sayang bukan, kalau ibadah sebulan hancur dek kerana kita lupa bahawa batas-batas yang ada bukan setakat di dalam bulan puasa. Sayang sekali, amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadan, tersia kerana kerakusan kita menyambut Syawal.
Ye, HH bukanlah ustaz yang layak nak kata itu dan ini tak boleh, itu ini salah ... tapi kalau fikir logiklah, buat apa baju yang dah ditampal dalam satu bulan, dikoyakkan di satu bulan yang lain? Tak ke kerja sia-sia namanya?
Ada yang tak kena. Nak cantik boleh, tapi biarlah ikut syarat yang ditetapkan. Siap ada warna rambut lak tu ... katanya sebagai rambut Aidilfitri 2012.
Terliur dik ... lebih terliur dari tgk biskut badam, atau kuih bangkit. Terliur dapat pahala tak mengapa ... tapi .... erkkk ...
Salam Aidilfitri buat semua.




Post a Comment