Masa Loading Blog Penting Untuk SEO

Tips SEO Blogspot daripada saya. Antara perkara yang juga diambil perhatian oleh enjin carian seperti Google ialah jumlah masa yang diperlukan oleh blog anda untuk load. Ia sebenarnya mempengaruhi kedudukan blog anda di enjin carian. Blog anda perlu masa loading yang tidak membebankan pengunjung atau dengan kata lain, blog perlu masa loading pantas.

Blog sebegini dikatakan blog berat. Anda boleh baca mengenainya di sini: Apa Maksud Blog Berat? Di dalam entri tu ada diceritakan juga sebab blog anda tidak mempunyai masa loading yang pantas.

Masa Loading Blog Penting Untuk SEO

Masa Loading Blog Penting Untuk SEO
Apabila blog anda lambat nak load, robot enjin carian akan ambil masa untuk mencari kata kunci dalam blog anda. Menerusi algoritma terbaru, Google tidak akan buang masa untuk hanya gelintar entri anda mencari kata kunci bersesuaian berdasarkan kepaduan (density) kata kunci tersebut. Makanya, blog yang berat ini akan berada di kedudukan paling tercorot sekali.

Enjin carian suka pada blog yang pantas dan mudah untuk akses. Dengan pemahaman mudah, bila klik kata kunci tertentu dalam enjin carian, anda akan dapat melihat terus satu entri dengan kata kunci tadi, samada di tajuk entri, di awal perenggan mahupun di akhir entri tersebut.

Hmm bukan sahaja enjin carian tak suka, pengunjung sesat pun dengan mudah nak klik pangkah kalau nak tunggu tajuk keluar dekat 2-3 minit!

Jika blog anda masih baru, saya sangat syorkan anda jadikan blog anda sepantas boleh untuk loading dengan baik. Jika blog anda dah lama, banyak entri dan sudah ada pengikut sendiri, boleh abai-abaikan sikit bab ni, tetapi harus ingat ... dalam jangkamasa panjang ia akan makan keistimewaan blog anda kerana pencari maklumat bukan lagi mereka yang sama. :)

*p.s: Anda perlu pastikan bahagian on page SEO mantap ...

{ 18 comments.. read them below or add one }

PuanGojesPuanGojes December 26, 2012
terima kasih uncle HH :) suker baca tulisan HH, simple dan mudah di ikuti :)
Syahmi Zaludin Syahmi Zaludin December 25, 2013
Terima kasih perkongsiannya. =)

Akan dipraktikkan pada blog.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 18, 2014
Moga berjaya, ini adalah konsep SEO mudah ...
Lynn Munir Lynn Munir December 18, 2014
Harap-harap blog saya tidak termasuk dalam kategori blog yang berat tempoh loadingnya.
SEO Mudah SEO Mudah December 18, 2014
Betul. Masa loading website / blog memang penting dalam SEO. Macam mana GoogleBot tentukan masa loading nie memang tak pasti tapi dalam garis panduan Google sendiri dah pernah bagitahu yang masa loading memang diambil kira dalam index mereka. Tak susah pun untuk kita ukur masa loading website / blog kita. Ada macam-macam tools percuma untuk ukur masa loading website contohnya tool dari Google sendiri iaitu pagespeed insight.
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA TERKINI December 18, 2014
Loading lambat kerana kata google robot crawler mencari kata kunci ye..em ini kena repair balik ni..tenkiu Tuan HH.
Cer Cite Cer Cite December 18, 2014
Buat story yang mesra SEO dan senang untuk pencarian search engine google..terima kasih admin.
aRz MoHa aRz MoHa December 18, 2014
Bro HH napa top komentor saya kerap lambat habis loading? ada penyelesaian tak?
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 18, 2014
saya suka sangat datang ke website Tuan hasrul. banyak ilmu berguna untuk saya guna kan
kucha lana kucha lana December 18, 2014
sekarang nie pun aku masih tercari-cari cara nak bagi blog aku lagi laju..hahaha
Faizal Dahan Faizal Dahan December 19, 2014
memang loading blog yang pantas dapat memuaskan hati pembaca..heheh
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 19, 2014
Cuba ambil script dia pastu hosting kat tempat lain. Ramai sangat guna capaian tu ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 19, 2014
Alhamdulillah, harap lebih ramai akan baca blog ini untuk cari ilmu berkaitan blog dan SEO blogspot.
amirwaffi amirwaffi December 20, 2014
terima kashi bang hasrul
antara sebab lambat download adalah
1.banyak copy paste koding dr laman web lain
2. Banyak gambar bersaiz besar
3.widget yang penuh gambar
4.plugin yg macam macam diinstal

saat loading yg google paling suka 5.0 saat kebawah
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 23, 2014
itu sebablah HH banyak pengunjung,, then MR google pn suka kat HH
Scha Nazri Scha Nazri January 05, 2015
Kalau average speed tu 0, apa maksudnya?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 05, 2015
baguslah kalau begitu, tapi kena tgk samada berlaku kesilapan mana-mana

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.