As-Salam. Satu segmen mudah dan ringkas bagi semarakkan blog sempena Aidilfitri 2012, satu hari untuk membuka hati dan minda untuk menerima ucap dan salam maaf sesama kita - sesama muslimin. Adakala, dalam dunia blog ini, kita secara tak sengaja kita tersakitkan hati dan perasaan orang lain.
Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012 ini adalah satu segmen untuk saling ziarah sesama blogger - ziarah blog, tanpa perlu keluarkan sedikit pun duit poket untuk diberikan pada anak-anak tuan rumah (kalau adalah). Ia juga merupakan satu segmen mudah agar blog kita di dalam suasana raya masih ada yang kunjung dan mengunjung walaupun tiada entri baru.
Ia juga satu segmen untuk blogger saling kenal dan menambah kenalan dalam dunia blog Malaysia. Satu platform yang HH sediakan untuk kita andai ada silap dan salah, boleh dilakukan dengan ucapan salam maaf penuh ikhlas, tanpa perlu nak nangis2 dan tanpa perlu nak ratap2 ... hehehehe..
Nak join mudah je ... hanya letakkan banner ini di dalam sebuah entri khas mengenai segmen ini. Entri khas tu anda boleh suka hati cerita atau luah apa yang nak diluah tetapi mestilah yang ada kaitan pasal raya 2012 yer. Jangan cerita anda sakit perut time sahur tadi ehh ... Tajuk - Anda berhak buat apa jua tajuk, tetapi mesti nak ada perkataan ini: Aidilfitri 2012
Dah buat entri? Dah letak banner segmen ini? Dah periksa ada tak perkataan Aidilfitri 2012 .... maka tinggalkan url entri tersebut di ruangan komen entri ini.
Tutup jam 11:59 malam ini (16 Ogos 2012) Dilanjutkan sehingga 10 Malam 17 Ogos 2012





Post a Comment