Bantu Kongsi Tanda Sokong
As-Salam. Agak malang sebenarnya bagi kita - rakyat Malaysia tidak dapat menikmati sejarah Olimpik negara terlakar apabila hampir pasti (ketika ini) kilauan emas sudah jauh dari capaian. Ini satu kegagalan yang pahit ditelan, tetapi perlu juga dirasai oleh semua.
Bukan sedikit belanja duit rakyat ke arah cita-cita nak mencapai emas pertama negara dalam sukan OIimpik ni, RM20 juta dibelanjakan oleh kerajaan agar dapat merealisasikan impian bagi membolehkan atlit negara membawa pulang emas Olimpik 2012.
Memetik Utusan Malaysia:
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek mengakui Program Road To London 2012 pada asasnya gagal,
berdasarkan tiada kilauan emas mampu diraih kontinjen Malaysia pada
sukan London setakat ini.
Bagaimanapun beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat
kesimpulan secara keseluruhan kerana ada atlet yang masih berjuang
ketika ini termasuk Pandelela Rinong dan rakan-rakannya tetapi perkara
ini perlu dilihat semula secara menyeluruh.
Selepas berakhir Olimpik London nanti, kita akan tengok perkara ini
secara menyeluruh. Ada perkara yang berlaku daripada kesilapan kami
(Kementerian), ada perkara yang perlu diubah dari segi pendekatan sukan
itu sendiri dan ada perkara yang perlu diperbetulkan," katanya ketika
ditemui media pada majlis Berbuka Puasa Kementerian Belia dan Sukan di
sini, semalam.
Jelasnya, selepas berakhir Sukan Olimpik di London, beliau akan
memberitahu secara menyeluruh mengenai Program Road to London kerana
peruntukan yang digunakan sangat besar iaitu lebih RM20juta.
Apapun, HH secara peribadi ucapkan tahniah kepada para atlit yang bertungkus-lumus untuk menjayakan impian rakyat Malaysia melihat kilau emas Olimpik. Nampaknya masih banyak lagi lompang yang perlu ditampal oleh pihak tertentu bagi meningkatkan taraf sukan negara ini.
Bukan Olimpik 2012 ... mungkin di tahun akan datang, di Olimpik yang lain .....






Post a Comment