As-Salam. Kalau difikirkan, agak malang umat Islam zaman masa kini sebab nyawa dan umur amat pendek jika nak dibandingkan dengan umat-umat zaman terdahulu. Umat akhir zaman, rata-rata punyai umur sehingga 60-70 tahun.... itupun dalam keadaan yang uzur, ada sakit-sakit yang perlu penjagaan rapi.
Nak dibandingkan dengan umat sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW, sebelum hadirnya kitab Al Quran; umat sebelum itu rata-rata umur memang cecah ratusan dan ribuan tahun. Adakah umat Muhammad SAW tidak layak untuk memberikan ketaatan kepada Allah SWT sehinggakan dipendekkan umurnya?
Hadiah Buat Umat Islam Akhir Zaman
Dari sudut ibadah kepada Allah Taala, nampaknya satu kerugian sebab usia yang tak cukup panjang ini akan menyebabkan amalan baik yang dilakukan pun tak cukup setara dengan umat sebelum ini.
Dek kerana inilah, baginda SAW memohon kepada Allah SWT memberi peluang umatnya supaya
dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka.
Berdasarkan permohonan inilah Allah SWT telah menyediakan satu bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang penuh hebat, penuh berkat, penuh mulia... malam yang cukup special yang dinamakan lailatulqadar.
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah SWT mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan Nabi-Nya bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.
Tips Serta Pendapat Ulama Mengenai Malam Lailatulqadar
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.
Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Menurut jumhur ulama, malam lailatulqadar berlaku pada malam sama setiap Ramadan iaitu malam 27 Ramadan berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan.
Namun, dalil paling kuat mengenai lailatulqadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, Carilah sedaya upaya kamu lailatulqadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadan.
Sumber: Buku Adab Ramadan
Kredit Foto: Malaysian Big Pictures
*p.s: Terima kasih Allah kerana memanjangkan umurku setahun lagi ... terima kasih dan syukur ke hadratMU.





Post a Comment