As-Salam. Bukan mudah nak dapatkan trafik dari sebuah cerita dan entri yang tajuknya telah sebelum itu diterbitkan oleh blogger lain. Isi kandungan sama tetapi sensasi memang boleh menarik trafik ke blog. Tetapi, bagaimana nak membolehkan blog kita mendapat sebahagian besar trafik tersebut?

Untuk menulis kandungan yang hampir sama, yang punyai isi yang serupa, apa yang perlu anda tampilkan ialah dengan menggunakan tajuk yang sedikit berlainan daripada tajuk entri blog yang lain. Contohnya; kisah bertajuk Blogger Uncle Seekers Ditahan Polis; anda boleh ubah jadi Polis Tahan Uncle Seekers atau Uncle Seekers Ditahan atau Blogger Didakwa Memfitnah Ditahan Polis.

Tajuk tak sama, isi kandungan serupa je. Untuk lebih kelainan, anda boleh bermula dengan perenggan permulaan yang lebih catchy atau santai bagi menarik minat pengunjung. Perenggan pertama amat penting kerana ia akan terpapar di enjin carian. Pastikan kata kunci iaitu tajuk entri anda ada di perenggan pertama.

Begitu juga kesimpulan atau pengakhiran entri anda, tulis sesuatu yang boleh memikat pembaca untuk terus datang ke blog anda, cuba membolehkan mereka melihat dan membaca entri yang lain. Petua untuk anda menulis blog dengan isi kandungan serupa .... dengan sedikit ilham dan kreatif, anda boleh curi sedikit trafik.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement